mini library : COMIC
Tuesday, May 19, 2009 @ 10:22 PM

CINTA SEINDAH LANGIT by ICHIKAWA SHOW
Selama ini, Sora kerap berpindah sekolah kerana mengikut keluarganya. Sora sentiasa berharap ini kali terakhir baginya bertukar sekolah. Sora juga selalu mengimpikan dirinya dikelilingi ramai rakan sekelas dan bergembira melalui detik-detik indah zaman persekolahan.
namun tanpa disangka, selain dirinya, kesemua pelajar dalam kelas barunya adalah PELAJAR LELAKI!
tambahan pula, setiap dari mereka mempunyai personaliti tersendiri. Sora sangka Hiruki adalah ketua kelas tersebut lalu cuba berkawan rapat dengannya.
tetapi apa yang akan berlaku pada Sora seterusnya?

RITMA PERMATA IMPIAN by SHIBANO YUKA
Walaupun Satsuki berasal dari keluarga muzik klasik, bakatnya lansung takde! lantas Kiichi, pemain gitar genius mengajaknya menjadi vocalis sebuah rock band. cinta menerpa dalam jiwa dan mereka membuat persembahan sebagai pasangan bahagia.
band mereka semakin popular... lalu datang undangan dari sebuah syarikat rakaman. peluang menghasilkan karya ebut hampir menjadi nyata... tapi hanya Stasuki seorang! apakah kesudahan irama ini?
kandungan:
1- Ritma Permata Impian
2) Suka Duka Yuki
3) Cinderella Selama Seminggu
4) Ritma Permata Impian Edisi Tambahan

1/3 ROMANTIKA by SHIBANO YUKA
Hana baru sahaja mula berkapel dengan Tokumoto, seorang yang sangat feymes di kalangan pelajar perempuan dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di dalam kelas.
Hana semakin rasa suka dan sayang pada teman lelaki barunya itu yang sering mencuit hati dan mengambil berat terhadap dirinya. tetapi suatu hari Hana mendapat tahu tentang kisah bekas teman wanita Tokumoto. tanpa diduga, bekas teman wanita itu adalah cikgu mereka sendiri.
kandungan:
1- 1/3 Romantika
2- Kami yang Sentimental
3- Hidup Saya, Melodi Saya

MESEJ CINTA DI TANGAN KIRI by CHIBA KOZUE
"selamat pagi Nishino" sapa Taiga Minami. dialah satu-satunya lelaki yang menyapa khabar Nishino, seorang pelajar perempuan yang sangat biasa dan tidak menarik perhatian ramai di kelas. namun kerana malu, perbualan mereka sekadar sapaan sahaja.
tanpa diketahui, dalam diam, Nihino yang duduk bersebelahan Taiga turut meminatinya.
suatu hari, di tangan kiri Nishino tertulis memo untuk menarik perhatian Taiga. mungkinkah ini peluang Nishino menyampaikan isi hatinya?
kandungan:
1- Mesej Cinta di Tangan Kiri
2- Pemandangan Petang di atas Roda Feris
3- Cinta Orang yang Kabur
4- Jarak yang Merbahaya
5- Pengajaran Keadaan Semula Jadi

LAWAK KAMPUS by KEITH
Jilid 12

WARISAN PUAKA by NIZAM BACHOK
dunia ini bukan milik manusia sahaja... suka atau tidak, kita berkongsi dunia dengan makhluk dari alam lain. namun, apabila dua alam ini bertembung.... pasti pelbagai kejadian misteri akan berlaku.
Nizam Bachok membawa anda meneroka warisan puaka. setiap cerita diolah dengan mesej teladan tersendiri. selami alam angker dari sudut persepsi berbeza.
kandungan:
1- orang minyak
2- susuk
3- toyol
4- anak patung Manisah
5- garam

JANGAN PANDANG by IMAI YASUE
apakah perkara yang kau takutkan? setiap orang ada perkara berbeza yang ditakuti. ketakutan pada perkara yang tidak diketahui. ketakutan pada perkara yang diketahui. ketakutan itu ibarat kesunyian. ketakutan pada perkara yang telah dilihat...
dari bermacam-macam jenis ketakutan, buku ini mengandungi 6 cerita seram paling digeruni di dunia.
kandungan:
1- wajah
2- pendemik
3- refrain
4- duniaku
5- foto roh
6- jangan pandang

ANTI CHOCOLATE by WASHIO MIE
Kagami ialah seorang gadis yang dilahirkan pada Hari Velentine tetap dia amat membenci coklat. Jadi, sebelum ketibaab hariVelentine - selain coklat, apakah yang patut Kagami hadiahkan kepada lelaki idamannya untuk mendapatkan temu janji? Pelajar lelaki yang disukainya adalah Sakuraba yang amat sukakan coklat. Dia seorang jejaka yang amat populat di kalangan pelajar perempuan! Meskipun begitu, cinta mereka berdua berdepan dengan seribu satu halangan terutamanya dari...?
Kandungan:
1- Anti Chocoate
2- Hanya Memandangmu
3- Selamat tinggal s Jelita Kool
4- Jemput Makan!!!

COKLAT & PUDINA by FUJITA NAMI
Mengisahkan Keito yang lansung tiada jodohdalam percintaan sungguhpun sudah berada di tahun dua menengah rendah. Satu pagi, dia membantu seorang budak lelaki comel yang jatuh pengsan akibat anemia. Di sebalik wajah comel ersebut, dia lansung tidak berterima kash pada Keito malah memanggilnya 'mak cik' pula! Lebih mengejutkan, sungguhpun berbadan kecil seperti pelajar sekolah rendah, sebenarnya dia adalah pelajar sekolah menengah rendah tahun satu yang sama sekolah dengan Keito!!!
Kandungan:
1- Coklat & Pudina
2- Takkan Lepaskan Tanganu
3- Hubungan yang Manis

PUTERI DAN CINDERELLA by NATSUNA KAWASE
Kisah romantik impian dan cinta Puteri Tsubaki - pada majlis hari jadinya yang ke-16, ayahandanya iaitu raja telah bertidah bahawasanya dia mesti memilih calon bakal suami dengan segera. Merumitkan lagi keadaan apabila puteri meminta bantuan secara rahsia dari seorang pemuda yang hidupnya bak 'Cinderella' bernama Aoi...
Kandungan:
1- Puteri dan Cinderella
2- Kisah Lucu Selepas Sekolah
3- Hadiah dari Bintang Jatuh
4- Kuartet Carta
Labels: library
visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog
for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future