Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
novel a.k.a baby OE
Monday, May 2, 2011 @ 5:50 PM

As salam...

entry nie just nak perkenalkan baby OE je... dan manalah tahu ada orang nak tempah dengan OE kan... bolehlah dilakukan nanti sesudah membacanya ye...
MyEm0.Com

sekurang-kurangnya adalah jugak kerja OE diwaktu-waktu ketiadaan kerja nanti cuti...

okey... mempersembahkan...

baby yang FIRST (launch 22nd April 2011)



sinopsis :


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?" - Emir Jihan.

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tak mengerti mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi mera menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu lansung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengerti dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis Identiti Indrian Dani akan terungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi?


nak tahu selanjutnya, kenalah dapatkan buku TRPR nie dan baca kemudian nilai sendiri ye...
MyEm0.Com

baby yang SECOND (launch 15 February 2012)



sinopsis :


"Kau silaplahbro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Im Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah ~ rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Im Aus.

Tapi, Im Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup 'berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya : Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini :


"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya boleh ke kekal bersama?

nak tahu selanjutnya, kenalah dapatkan buku KAK nie dan baca kemudian nilai sendiri ye..
MyEm0.Com


baby yang THIRD (launch in January 2013)


sinopsis : 

Lutfa Shirin Mawar, seorang gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahannya dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.


"Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin."

Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi, seperti apa yang orang kata... tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka tak adalah pula rasa sayang. Membila rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan Lutfa jatuh cinta kepada suaminya sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak status Married kat Facebook tu!

Jadi bila orang lain nampak Lutfa bersama dengan Feroz (suami Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz. Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada nampak Lutfa tidur rumah Feroz, mulalah kata Lutfa perempuan begitu, perempuan begini. Lutfa pula bukan jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan baik Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa dan Feroz kekasih halal! Suami isteri!

Tapi, kalau orang dah tak percaya... Sungguh! Lutfa begitu mencintai suami yang begitu penyayang, yang menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun, ada satu perkara yang dia tidak tahu.

Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!

Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya. Siapa Johan dalam hatinya?



nak tahu selanjutnya, kenalah dapatkan buku KH nie dan baca kemudian nilai sendiri ye...
MyEm0.Com




okey kalau nak tanya apa apa boleh mesej ke : asma_lee89@yahoo.com
nak PM dekat facebook pun boleh juga. inshaAllah kalau OE boleh balas OE akan balas.





SORRY. OE TAK ADA JUAL NOVEL NOVEL OE MEMANDANGKAN OE JARANG JUGA AMBIL STOK DI FAJAR PAKEER. KALAU MAHU BELI ONLINE, DI BLOG FAJAR PAKEER PUN BOLEH JUGAK. TQ...






OE katakan...
"benda nie OE buat jadi macam promosi gitu... jadi kalau nak beli silalah ye... selamat membaca ye..."

Labels: ,


33 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me