Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
jalan2 di PWTC @ PBA
Monday, May 2, 2011 @ 12:00 AM

As salam...

alahai dah berapa hari tak dapat nak online... nak kata sibuk, tak adalah sangat...

"padahal tak ada internet... tu yang tak dapat nak online tu"

jadi dengan itu, semuanya terabai...

but OE tak lupa pasal contest OE yang dah pun tutup 30 April lepas...
MyEm0.Com

OE tengok-tengok dan rasa-rasa, semua yang masuk ada peluang nak menang... jadi silalah bergembira sesiapa yang menyertainya...

tapi seberanya OE bukan nak update pasal contest sebab kan OE cakap, OE nak bagi hadiahnya pertengahan atau akhir bulan 5 nanti...

OE cuma nak cerita pasal Pesta Buku hari tu... yang OE kata OE nak pergi hari tu...

sempatlah nak bergambar sekejap dekat depan tu... ini pun dah nak balik barulah ambil...

bayangkan OE rasa macam nak pengsan bila ada dekat sana...
MyEm0.Com

"tapi tak pengsan pun kan... elok je lagi"

masa sebelum sampai tu je rasa macam nak membuang je tak sudah... lepas tu, masuk dalam tu... ramai sangat sangat sangat orang...

rasa macam terlemas dalam LAUTAN orang dibuatnya...

OE pegang tangan ibu OE, tapi menggigil-gigil... kakinya macam dah tak nak jalan, lembik semacam je...
MyEm0.Com

nasib baik ada ibu...

oh patutlah orang kata muka OE macam ibu... ambil gambar macam nie, memang tererlahlah mukanya sama...

cuba tangok gambar tu, OE senyum nampak gigi... mukanya nampak macam rabbit, kan kan kan? sebab tulah OE tak senyum nampak gigi...

"rabbit tu comel apa... nampak gigi depan... alahai..."

jadi OE pegang tangan ibu sampailah depan booth Fajar Pakeer... itu pun masih menggigil-gigil dan berpeluh nipis...
MyEm0.Com

"OE! ingat kamu nak tulis novel ke apa?"

sorrylah... dah lama tak update, jadi nak panjang-panjang sikit... layankan je...

bila dah sampai tu, jumpa kak Fida... kak Fida kata...

'tak kenal... dalam gambar lain mukanya...'

MyEm0.Com
okey... itulah OE... lain tudung yang OE pakai, lainlah muka OE...

kenapakah kamu tersenyum bangga begitu? oh bangga melihat ada kak WANNIE NORDIN dekat sebelah OE... itu kakak memang comel...

kak WANNIE NORDIN nie tulis buku DISEMBER CINTA KITA dengan yang baru, HINGGA KE DISEMBER...
MyEm0.Com

itulah sebabnya OE berada di sana... nampak tak baby OE tu? oh dah lama-lama OE duduk situ sambil...

buat benda seperti di atas, datang lagi beberapa orang yang memang happening sangat-sangat... baru jumpa, baru bual dah boleh gelak-gelak...
MyEm0.Com

selalunya OE kalau jumpa orang, OE susah sangat nak berbual... tapi dengan diorang, OE sendiri pun tak tahu kenapa senang je OE nak keluar suara...

gelak je tahunya...

tapi diorang memang best... diorang di bawah...
NURAQILAH SYUHAIDA , QASH IRDINA, penggemar novel, OE... (dari gadis yang pakai shawl putih)

NURAQILAH SYUHAIDA nie penulis ABANG KHAI TOMBOI... QASH IRDINA pulak, penulis DIBIUS CINTA... yang OE tu, TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH
MyEm0.Com

"nak jugak...."

OE boleh katakan, OE seronok sangat dekat sana... sampai ke petang... dan dapatlah jugak OE borong novel... adalah dalam 8 novel OE beli...
MyEm0.Com

nanti kamu-kamu boleh tengok dekat mini library OE... OE update minggu depan sebab OE dah nak balik Kelantan untuk paper last 5 hari bulan nanti....
MyEm0.Com

okeylah penat nak cerita... kat bawah nie gambar lagi... silalah tengok...

berterima kasih pada diorang sebab temankan OE yang memang PUBLIC PHOBIA nie...
orang tengah berganti pada adik OE...
ini masa sebelum pergi... tersekat dalam jam yang amat-amat mengerikan... dahlah sesat beberapa kali... janji pukul 12 sampai PWTC, jadinya pukul 3 baru ada dekat sana...

okeylah... OE nak pergi tampal selotape dekat novel baru OE... sayang novel tu... kena jaga elok-elok...
MyEm0.Com

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"OE semakin gemar membaca... jadi OE rasa OE perlu bahagi masa sekarang nie... beberapa jam untuk NOVEL, beberapa jam untuk BLOG dan WALKINGnya sekali.... beberapa jam untuk olah cerita untuk NOVEL yang seterusnya... kalah orang besar!"

Labels: , , , , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me