Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Mini Library : MOTIVATION BOOK
Sunday, January 22, 2012 @ 3:55 AM


JANGAN BERSEDIH by DR. 'AIDH BIN 'ABDULLAH AL-QARNI

hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. ada cerita di sebaliknya. kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi, Allah swt sentiasa bersama bersama kita. hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah swt. mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. ini yang selalunya membuat kita jauh daripada Allah swt dan dilanda kesedihan. terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat kita mudah terlena, terlalu sedih atau kecewa juga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.

oleh itu, hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan. hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia.

jangan bersedih, mungkin itu lafaz yang amat mudah dan ringkas. makna dan jiwanya besar. Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni mengupas indah dan mudah pengisian ilmunya. menyuntik semnagat untuk jiwa yang bersedih, berduka dan hati yang bercelaru. agar kita lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah swt. kita memohon kekuatan dan ketabahan daripada Allah swt bagi menghadapi kesusahan dan kesedihan.


290 NASIHAT UNTUK MUSLIMAH by MUHAMMAD NAJIB & NUR YASMIN ZULAIKHA

PETIKAN ISI KANDUNGAN :

- TIDAK REDHA TERHADAP TAKDIR ALLAH :
pernahkah kamu mendengar salah seorang wanita mengatakan, "apakah yang telah Allah takdirkan untukku?" kamu mendengar yang lainnya menentang Rabnya ketika ditimpa suatu musibah dengan mengatakan, "apakah tidak ada yang lain selain diriku?" ungkapan yang sama makna dengan yang lain...

- SIAL AKIBAT SESEORANG :
ini adalah menganggap terhadapnya orang-orang tertentu yang dapat menyebabkan sial, seperti orang yang buta mata, orang hitam, orang yang terkena kusta dan orang yang buruk rupanya.

- MEMBURUKKAN SUAMI :
seorang wanita yang memiliki fikiran sihat dan bijaksana tidak akan mengeluh perihal suaminya kepada orang lain, walaupun kepada orang tuanya sendiri. setiap permasalahan di rumahnya hanya diselesaikan di dalam lingkungan rumah sahaja.

sesungguhnya, memindahkan permasalahan rumah ke luar lingkungan rumah tidak akan menyelesaikan masalah. bahkan ia menambah api amarah. apatah lagi jika permasalah itu berpindah kepada salah sebuah keluarga pasangan itu. ini kerana, pada hakikatnya mereka tidak mengetahui permasalahan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pasangan ini dan juga sebab-sebabnya...


JANGAN BERTANGGUH by ABDUL SALAM AL KUDRI

sesungguhnya taubat di sisi Allah swt adalah suatu kewajipan. taubat adalah titik penentu bagi kelansungan hidup seorang hamba di akhirat. taubat merupakan setinggi-tinggi darjat penghambaan seorang hamba kepada Rabb-Nya.

keperluan kita kepada taubat sangatlah mendesak. disebabkan oleh kita yang selalu berbuat disa terhadap Allah swt. kita lupa dan lalau di waktu siang mahupun malam. oleh kerana itu, kita sangat memerlukan sesuatu yang dapat menjernihkan hati kita dari noda-noda dosa yang pernah kita lakukan.

pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja. apakahdia seorang musyrik, munafik, orang yang murtad, orang yang zalim, orang yang selalu bermaksiat dan mereka yang lalai melaksanakan hukum Allah swt? adakah kita layak untuk bertaubat kepada Allah swt. maka lahirlah hidup kita ini dalam keampunan Allah swt dengan segera bertaubat, ataupun dalam maksud lain, 'JANGAN TANGGUH LAGI!'

"ya Allah, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya ENgkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat. tunjuki dan bimbinglah kamu kepada kebenaran serta kasihanilah kamu. jangalah Engkau biarkan hati kami untuk terus bertangguh bertaubat kepada-Mu."

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah swt wahai orang-orang beriman, nescaya kamu beruntung. [surah An-Nur : 31]


JANGAN BERSEDIH : JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA by DR. 'AIDH BIN 'ABDULLAH AL-QARNI

saudariku!
buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah dan telah dianugerahkan kepadanya, dah bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

saudariku!
bacalah buku ini agar ianya dapat mangusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayangkan kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, kekuatan dan kekhuatiran.

saudariku!
setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hidarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhilah dari keputusasaan dan kegagalan. marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadda' dan qadarNya.

pada saat itu, anda dipanggil oleh penyeru keimanan : "andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita paling bahagia di dunia ini."

Labels:


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me