Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
SUSHI & CERI-BERI
Monday, January 23, 2012 @ 5:16 PM

Assalamualaikum.

mood : oh sungguh tidak disangka perut memulas tak menentu.

dah berapa hari OE tak sempat lansung nak update blog. memandangkan orang dekat dalam rumah OE nie, semua pun nak memegang netbook untuk online.

biasalah, kakak mesti mengalah.

"ceh! padahal dah bergaduh bertumbuk nak rebutkan netbook untuk online jugak"

yelah memandangkan sekarang nie pun tengah cuti raya cina. makanya, semua orang pun cuti.

nak buat macam mana, mengalah jelah. dan disebabkan dah terbiasa tak tidur lepas Subuh, jadi OE pun terus je tak pandang lain selain nak bukak blog.

"macam sadis je bunyinya."

beberapa hari lepas kan cuaca baik.

jadi, OE keluar. dengan adik perempuan OE. lepas tu, keluar lagi hari seterusnya. dan kemudian keluar lagi semalam.

- iklan : yang nampak gigi rabbit tu, OE. yang terjelir tu, adik OE. alahai.

hari nie baru bertekad tak nak keluar. duduk rumah sambil baca novel yang melambak.

adik OE yang lelaki tu, selalu marah dan kata... "kau nie, tahu beli je novel banyak banyak. bukan kau baca pun. membazir duit. bla bla bla"

OE, sabar jelah.

- iklan : time tunggu makanan sampai dengan muka sabar yang dicover. tak faham kenapa mesti nak cover.

lepas tu...

"sebenarnya bukan nie yang nak diceritakan, kan OE?"

okey tak payahlah dipanjangkan memandangkan OE pun tengah menanggung perut yang asyik meragam.

sebenarnya macam nie...

semalam, OE dengan adik perempuan OE tu, pergi bandar nak buatkan dia cermin mata memandangkan dia pun dah lama cermin matanya rosak.

nak pakai contact lens, mata dia macam tak boleh nak stand hanya dengan pakai contact lens sebab mata nanti jadi merah.

takut nanti jadi apa apa pulak dekat mata comel dia tu, jadi belikanlah dia cermin mata.

- iklan : sikit punya lama menunggu cermin mata dia siap. inilah rupa adik perempuan OE yang tak serupa perempuan. tapi tak faham kenapa setiap kali mengambil gambar, mesti nak buat pose gedik.

dan disebabkan menunggu cermin mata tu siap, kitorang pun pergilah nak try makan SUSHI sebab kedai tu paling dekat dengan kedai cermin mata tersebut.

"OE, kamu nak mengarang cerita ke apa? cerita tu, sempoi sempoi dahlah"

- iklan : cover lagi. dah macam orang ape je OE nie.

- iklan jugak : dengan muka penuh teruja nak makan benda yang tak pernah dimakan.

OE nie satu je, perut manja tapi mulut suka nak sumbat apa sahaja.

dah tu, outcome dia, jadilah ceri beri (cirit birit) hari nie.

sebenarnya dari malam tadi memang perut dah reject habis semua benda yang masuk. lepas tu, sebu, masuk angin.

nasiblah kalau perut dah manja sangat.

okeylah OE dah tak tahan. OE berlalu dulu.

- iklan : wait. saja je nak pose gedik jugak. tak faham kenapa jari OE nampak begitu bulat. kakak OE cakap, tangan OE macam doremon kalau menulis. sebab bulat bulat.

OE katakan...

"selama nie, OE tak pernah berani nak try makanan yang OE tak pernah makan. entah kenapa sejak kebelakangan nie, asyik je nak cuba benda baru. untuk OE, sanggup explore sesuatu untuk memberi impak menarik bila menulis. alahai"


ayah OE pesan pulak...

"kalau nak menulis, kita mesti membaca dan explore sesuatu supaya kita sendiri dapat hidupkan watak yang kita tulis. membaca memberikan idea idea yang mungkin kita takkan terfikir time kita tak membaca."

Labels: , , , ,


6 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me