Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Perkara Yang Akan Dirindu...
Thursday, August 15, 2013 @ 9:37 PM

Assalamualaikum...

mood : masih malas dan mengantuk walaupun di tempat kerja

kerjalah sangat kan. padahal datang practical tanpa berbayar. hari hari buat benda yang samanye pun. dah bangun dari tidur, mandi, pakai baju, jalan ke Hospital Sultanah Aminah, JB (HSAJB). kemudian, meronggeng dalam department perubatan nuclear

sekarang pun sebenarnya OE tengah practical lagi tapi tak tahu nak buat ape

kebanyakkan masa dihabiskan dengan tertidur, tergelak kuat, terkacau orang, termengata orang.

"opss... bukan termengata. bercakap sikit je"

OE asyik fikir, macam nie ke kalau kerja nanti? rasa macam... boring pulak

mula mula dulu time masuk je kerja macam skema, terus belajar itu, belajar ini. sebab nama pun pelajar kan. jadi tugasnye mestilah belajar.

bila dah lama lama, start jadi macam otai. tak takut pun. alahai sabar ajelah.

OE tinggal lagi seminggu je nak habiskan practical. dan time practical nie pun tak ada benda yang seronok berlaku melainkan tengok pesakit setiap hari.

walaupun OE nie bukan doktor, tapi masih jugak akan nampak pesakit setiap hari sebab kerjanya dalam hospital kan...

sebulan lepas practical, puasa. jadi tak adalah nak cuba makanan dekat kawasan hospital nie. cuma sempatlah beberapa hari tu OE makan dekat hospital. selebihnya tak sempat.

sekarang dah tak puasa, bolehlah pergi breakfest tiap tiap pagi. setiap hari pun, bila nampak makanan OE akan teringat makanan sedap sedap dekat Kelantan

ayam percik
ikan keli goreng
spagetti goreng
laksa penang
tengkorak ayam
dan sebagainya yang sedap

padahal sebelum nie OE pernah cakap dengan orang, yang bila OE dah habis belajar OE takkan rindu apa apa pasal Kelantan.

sekarang nie, disebabkan dah 5 tahun duduk Kelantan, OE dah mula rindu makanan Kelantan. sampaikan masa tu balik dari Kelantan nak ke Johor, OE cakap dekat ibu OE...

"hari tu family OE datang ambil OE. sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik."

OE cakap macam nie...

"bu, orang rasakan nanti kalau orang dah habis belajar, orang nak ajak A**** bercuti dekat Kelantan. nanti boleh makan puas puas."

datang Kelantan semata mata nak makan. alahai...

p/s: OE belum habis belajar lagi ada setahun lagi dekat Kelantan.

tapi ada satu benda yang OE jumpa dekat HSAJB nie...

blueberry cheese tart

okey, itu adalah makanan jugak. OE rasa, nanti OE mesti rindu benda tu bila OE dah tak practical

oh oklah sampai sini je dulu. bye..

'Disebabkan raya, nie OE letaklah satu gambar raya. tahun nie tema kuning merah bata.'




OE katakan..."OE nie memang kuat makan. tapi OE tetap jugak memilih makanan apa yang akan masuk dalam perut OE. yang penting, makanan yang sedap. yang tak sedap nanti, perut akan meragam."

Labels: , , ,


4 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me