Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Perkara Yang Akan Dirindu...
Thursday, August 15, 2013 @ 9:37 PM

Assalamualaikum...

mood : masih malas dan mengantuk walaupun di tempat kerja

kerjalah sangat kan. padahal datang practical tanpa berbayar. hari hari buat benda yang samanye pun. dah bangun dari tidur, mandi, pakai baju, jalan ke Hospital Sultanah Aminah, JB (HSAJB). kemudian, meronggeng dalam department perubatan nuclear

sekarang pun sebenarnya OE tengah practical lagi tapi tak tahu nak buat ape

kebanyakkan masa dihabiskan dengan tertidur, tergelak kuat, terkacau orang, termengata orang.

"opss... bukan termengata. bercakap sikit je"

OE asyik fikir, macam nie ke kalau kerja nanti? rasa macam... boring pulak

mula mula dulu time masuk je kerja macam skema, terus belajar itu, belajar ini. sebab nama pun pelajar kan. jadi tugasnye mestilah belajar.

bila dah lama lama, start jadi macam otai. tak takut pun. alahai sabar ajelah.

OE tinggal lagi seminggu je nak habiskan practical. dan time practical nie pun tak ada benda yang seronok berlaku melainkan tengok pesakit setiap hari.

walaupun OE nie bukan doktor, tapi masih jugak akan nampak pesakit setiap hari sebab kerjanya dalam hospital kan...

sebulan lepas practical, puasa. jadi tak adalah nak cuba makanan dekat kawasan hospital nie. cuma sempatlah beberapa hari tu OE makan dekat hospital. selebihnya tak sempat.

sekarang dah tak puasa, bolehlah pergi breakfest tiap tiap pagi. setiap hari pun, bila nampak makanan OE akan teringat makanan sedap sedap dekat Kelantan

ayam percik
ikan keli goreng
spagetti goreng
laksa penang
tengkorak ayam
dan sebagainya yang sedap

padahal sebelum nie OE pernah cakap dengan orang, yang bila OE dah habis belajar OE takkan rindu apa apa pasal Kelantan.

sekarang nie, disebabkan dah 5 tahun duduk Kelantan, OE dah mula rindu makanan Kelantan. sampaikan masa tu balik dari Kelantan nak ke Johor, OE cakap dekat ibu OE...

"hari tu family OE datang ambil OE. sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik."

OE cakap macam nie...

"bu, orang rasakan nanti kalau orang dah habis belajar, orang nak ajak A**** bercuti dekat Kelantan. nanti boleh makan puas puas."

datang Kelantan semata mata nak makan. alahai...

p/s: OE belum habis belajar lagi ada setahun lagi dekat Kelantan.

tapi ada satu benda yang OE jumpa dekat HSAJB nie...

blueberry cheese tart

okey, itu adalah makanan jugak. OE rasa, nanti OE mesti rindu benda tu bila OE dah tak practical

oh oklah sampai sini je dulu. bye..

'Disebabkan raya, nie OE letaklah satu gambar raya. tahun nie tema kuning merah bata.'




OE katakan..."OE nie memang kuat makan. tapi OE tetap jugak memilih makanan apa yang akan masuk dalam perut OE. yang penting, makanan yang sedap. yang tak sedap nanti, perut akan meragam."

Labels: , , ,


4 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |



Tetamu Tak Diundang
Sunday, October 14, 2012 @ 11:17 PM


Assalamualaikum... 

mood  : sedikit sedih kerana period cramp

OE ada terfikir nak kongsikan benda ni sebab ada sebelum nie ayah OE cakap dekat OE...

"kau pergi letakkan orang tu air. orang tu kan tetamu kita. tak elok biarkan dia macam tu je. sekurang kurangnya nanti dia keluar dari rumah kita, dia akan bawa sekali dosa dosa kecil kita keluar sama" 

pernah dengar tak hadis ni?



'sengaja OE highlight yang satu rangkap tu... tapi, keseluruhan hadis memesan perkara yang baik.  jadi perlu dibaca jugak'

entry nie macam tak nak tulis panjang panjang je, tapi kalau terpanjang, sabar jelah ye dengan OE nie

jadi disebabkan nak pendek, itu jelah rasanye. OE tetibe tertengok gambar gambar raya yang memang tahun nie OE tak upload pun dekat FB atas sebab tak rasa nak beraya tahun ni

kenapa OE tak rasa nak beraya?

past is past... tak payahlah cerita benda yang tak best 

okey... walaupun dah sangat sangat basi gambar nie duduk dalam folder baby pink OE, OE letak je. alahai...



'layan tetamu kenalah senyum, tambah tambah lagi kalau nak tuang air yang tak berapa nak manis, at least senyuman kenalah manis'

ini dekat rumah atok kepada atok. atok pun dah tak nampak muka muka cicitnya tapi tetap juga nak berbual.


'entah ape ajelah orang yang pakai baju purple tu buat? duduk dah kalah nyah, tak reti duduk betul betul agaknye'

ini waktu rumah atok sedara yang memang datang setahun sekali je.


'muka menahan kentut sebab banyak sangat makan dan minum tak tentu hala.'

rumah yang tadi jugak.


'apahal nak ambik gambar orang? orang tengah bad mood nie'

caption yang tah ape ape je OE nie. layankan jelah. 

time dekat rumah atok sedara yang memang OE pergi setiap kali balik cuti.

okeylah. sampai sini je

until the next entry, bye 





OE katakan...
"tak kiralah tetamu yang datang bertandang dekat rumah kita tu tetamu yang diundang ke, yang tak diundang ke, yang tersayang ke, yang terbenci ke, dia tetap dikira tetamu dan dia perlu dilayan dengan baik. sebab tetamu datang membawa rezeki walaupun hajat dan niat mereka berbeza."

Labels: , , , ,


14 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |



anyiong-hassayo
Monday, September 20, 2010 @ 8:39 PM

Salam... Selamat hari raya...

“rasanya tak telambat nak ucap, kan?”

Dah lama OE tak menulis seuatu untuk blog nie. Rasa macam blog nie dah menjadi bahan antik pula. Asyik je sibuk memanjang.

“macam orang tak cukup masa. Tahu-tahu dah malam, kan? lepas tu tidur, baru sekejap je rasanya, dah pagi pula. Hmm...”

Macam mana raya kamu-kamu? Okey tak?

Raya OE tahun nie tak seberapa je. Tak meriah macam tahun-tahun sebelumnya. Rasa macam ada yang kurang walaupun tak adalah anggota keluarga yang kurang pun.

Macam tahun lepas, tahun first rumah OE beraya tanpa atok OE. Dan tahun nie pun sama. Tapi, rasanya macam lain macam. Ada je yang tak kena. Tahun lepas, okey je pula semuanya.

“but... no mater what... OE tetap jadi dak cik sebab dapat duit raya lagi... Selonok... Alamak... Lebih pula”



Dahlah tak nak cerita pasal raya. Buat sedih je.


“yelah sedih. Nanti OE teringat rumah. nanti OE sedih. Huhu”

Okey... OE nak celita pasal benda lain. Hmmmmm...

Hah!


Pasal satu kejadian yang tidak OE jangka. OE rasa macam nak cerita, tapi OE tak tahu macam mana nak cerita. Hmmm... Macam mana eh?

Ini melibatkan maruah seseorang. Jadi, OE tak tahu nak cerita macam mana. Macam mana kalau OE cerita nanti akan mengakibatkan satu pengaiban yang besar?

“ada ke perkataan ‘pengaiban’ dalam kamus. Ah! Bantai jelah. Kamu-kamu faham tak? Buat-buat fahamlah ye”

Hah... macam tulah.

OE ada rasa kesian dekat kawan OE nie. Tapi, OE rasa itu pun salah dia juga. Tapi, OE rasa marah juga pada orang yang membuatkan dia jadi macam tu. Tapi, OE rasa nak marah juga pada dia sebab buat perkara tak elok. Tapi, OE rasa macam serba salah pula sebab dia orang yang paling OE sayang. Tapi, OE rasa tak patut kalau OE hanya jadi pemerhati tegar je dan komen je dalam hati. Tapi...

Banyak sungguh tapinya. OE pun tak pastilah macam mana. Alamak...

Penat OE nak fikirkan. Sampai satu malam OE tak tidur...

“eh... semalam ke, dua malam? Agak-agak macam tulah...”

Hah.... macam mana tu? Sedih tau OE...


“Alamak! Sedih lagi pula...”

Okeylah tak nak sedih-sedih. OE nak pergi kelas. Nanti lewat pulak...

Tata...........



OE KATA KAN... Ada sesiapa boleh bagi OE pendapat tak macam mana nak buat suspens thriller punya cerita? OE dah jadi senget dah sebab nak menggayakan cerita nie untuk pertandingan Write Cup.

*tak tahu apa pertandingan Write Cup tu? Dialu-alukan hadir ke blog Aksara Kerian. Sekian...

Labels: , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me