Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Orang Dulu vs. Orang Sekarang
Tuesday, April 10, 2012 @ 7:04 PM

Assalamualaikum...

tadi pagi, OE dengar ayah OE bergurau dengan ibu OE membuatkan OE teringat apa yang pernah ibu OE cakap dulu.

diantara orang DULU dengan orang SEKARANG, banyak sangat bezanya.

kalau nak dibandingkan, memang banyak. tapi, OE ambil beberapa jelah yang biasanya OE mudah teringat bila ibu OE buat benda tu jadi bahan gurauan.

benda yang selalu jadi bahan gurauan tu sebenarnya yang akan diingat, itu pendapat OE lah.

"apasal OE macam skema je nie? cuba biasa biasa je, tak boleh ke OE oi..."

staright forward jelah ye...


1) pasal adab masuk tandas.

Orang DULU :

kalau masuk tandas, mesti nak senyap je dalam tandas tu. kalau buang air kecik ke, air besar ke, mesti senyap senyap.

jangan sampai orang dekat luar dengar walaupun setitik bunyi air.

kalau tidak, boleh jadi bahan bualan satu kampung sampaikan orang yang nak masuk meminang pun boleh cancel.


Orang SEKARANG :

kebanyakkannya tak kisah pun. masuk je tandas, melepas, terus je keluar dengan muka selamba.

siap orang yang kat luar tu kalau dengar, dia pun sama je buat selamba.



2) orang perempuan dan orang lelaki.

Orang DULU :

diantara orang lelaki dengan orang perempuan, kerjanya ada beza.

kalau lelaki keluar bekerja, perempuan mesti duduk rumah memasak, mengemas dan uruskan hal rumah.

tak ada pun seorang lelaki pun yang duduk rumah untuk uruskan rumah. untuk cari duit adalah.


Orang SEKARANG :

tak kisah je kalau lelaki duduk rumah.

dan sekarang dah banyak chef dari kalangan lelaki berbanding perempuan.



3) bercinta sebelum atau selepas.

Orang DULU :

selalunya orang dulu bercinta lepas kahwin.

antara perempuan dengan lelaki tak pernah jumpa. diuruskan keluarga. tahu tahu dah kahwin.


Orang SEKARANG :

jumpa dan bercinta dulu. dah kenal hati budi, baru bertunang dan seterusnya kahwin.



4) bersih atau berjerawat.

Orang DULU :

semuanya muka bersih, putih mulus. sampaikan kalau tumbuh satu jerawat, dah tak nak keluar rumah.

macam macam petua yang diamalkan supaya kulit tak ada masalah lansung.

bagi orang DULU, kulit yang bermasalah tu akan membuatkan seseorang tu dipinggirkan.


Orang SEKARANG :

disebabkan keadaan sekeliling yang kurang memberansangkan (termasuklah penglibatan habuk, hama, asap) membuatkan ada orang yang kulitnya bermasalah.

dan sekarang juga banyak produk untuk muka yang melibatkan bahan kimia yang banyak hanya untuk membuang kulit yang bermasalah.



5) perangai perempuan.

Orang DULU :

mestilah menepati ciri ciri perempuan melayu terakhir.

sopan santun, lemah lembut, pandai masak, pandai ambil hati, pemalu dan sebagainya.


Orang SEKARANG :

tak kisah kalau perangainya kasar sikit. sekurang kurangnya boleh membenteras jenayah yang melibatkan kaum perempuan.

kalau tak pandai masak, tak apa lepas kahwin boleh belajar sikit sikit.

dan sebagainya.



"dah cukuplah itu je OE. sambung lain kali."

sebenarnya banyak je bendanya.

ada tak kamu kamu tahu apa apa lagi pasal beza orang dulu dengan orang sekarang?

kalau ada, bolehlah kongsi dengan OE.

okeylah. sampai sini je dulu.

until the next entry...


OE katakan...

"semua perkara yang orang DULU dan orang SEKARANG lalui berbeza membuatkan banyak perbezaan yang berlaku. contohnya didikan. didikan orang dulu lain, lebih keras dan tegas berbanding dengan orang sekarang yang lebih lembut dan tolak ansur. keadaan sekeliling jugak buat orang SEKARANG berbeza dengan orang DULU."

Labels: , , , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me