Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
When Someone Care About Us
Tuesday, April 3, 2012 @ 10:10 PM

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan nie, OE asyik je demam dan sakit itulah, sakit inilah. dah sekarang nie, hanya disebabkan stress dengan perangai orang sekeliling, terus je sakit gigi.

"tak pasti apa kena mengena sakit gigi dengan stress"

actually bukan sakit gigi betul pun. ada ulcer dekat gusi yang memang dekat dengan gigi membuatkan sakitnya bertambah parah rasanya bila dalam keadaaan yang tension.

memang sekarang nie, kalau ada orang buat salah sikit pun, even tak jawab call OE pun, OE dah boleh naik angin. tapi, sekejap je dah reda marahnya.

"biasanya, OE jarang nak irritating dengan sesuatu perkara. entah kenapa jadi tak macho pulak boleh ada perasaan nak marah nie."

bila muka dah ketat semacam, memang dah tak ada oranglah yang nak tegur OE. even waktu kelas pun semua orang bising, OE boleh jadi moody semacam.

tapi, sebaiknya dikawal sebab OE tak nak jadi tak cool sebab marah tiba tiba sedangkan selalu boleh je OE kawal semua keadaan dengan jayanya.

okey, finish about that. OE cuma nak cerita pasal sorang kawan yang sangat CARING.

yah biasanya OE bila sakit, dia mesti call dan waktu dia call, dia mesti akan tanya sama ada OE sihat atau sakit.

"agaknya, disebabkan seseorang nie memang suka tanya benda tu, jadi, OE pun sentiasalah mengada ngada nak sakit."

mana taknya. dah ada orang yang nak ambil berat dan sayang

here's the tips that he always asked me to do :

1) kalau tak sihat.

banyak banyak berehat. jangan buat kerja berat berat



2) kalau demam.

ambil kain, basahkan dah letak atas kepala


3) kalau sakit gigi.

sapu majerin dekat gigi yang sakit.


4) kalau hati tak tenang.

pergi ambil air wudu'



semuanya nasihat yang biasa didengar dan memang biasa dipraktikkan, bukannya apa sangat pun kan.

basically, orang yang sakit sebenarnya bukan nak ubat untuk menawar sakit yang dia alami. tapi, cukup sekadar ada orang yang concern tentang keadaan dia.

dah lepas tu, dah tak sakit. boleh berceria hidup macam biasa. makan benda yang macam macam.

"ibu OE pun pernah kata yang OE nie kalau depan ibu je, mesti nak sakit. tak ada apa yang tak sakit."

itulah sebenarnya. OE nie suka mengada ngada dengan cara sakit bila ada orang yang nak bagi kasih sayang.

bila dah penuh meter kasih sayang, mesti lepas tu okey terus.

tapi ada orang cakap, tak elok asyik je buat macam tu. nanti orang akan menyampah. benarkah?

itu OE tak tahu.

satu lagi... OE ada masuk satu kelas sem nie. lecturer dia cakap...

'kalau seseorang tu demam, maknanya dia tak cukup rehat. jadi, bila demam, berehatlah. insyaAllah akan baik demam'

okeylah. sampai sini dulu.

until the next entry, bye...


OE katakan...

"kalau tak bermanja dengan orang yang sayang pada kita, takkanlah kita nak bermanja pada orang yang membenci kita pulak, kan? biasanya, kalau sakit tu, bukannya sakit benar benar sakit fizikal. tapi sakit emotional je tu."

Labels: , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me