Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Susah Rupanya Nak Jadi Mummy Nie...
Sunday, April 1, 2012 @ 4:12 AM

Asslamualaikum...

sejak kebelakangan nie, OE asyik je terfikir pasal benda nie... "susah rupanya nak jadi mummy nie." tak pun... "susah rupanya nak jadi seorang suri rumah ni."

OE terfikir semua tu pasal menjaga budak budak kecik yang memang lincah dan bucuk kalau tak dimandikan. sebab dia tak reti nak mandi sendiri dan perlu dijaga dengan baiknya.

padahal, OE sendiri juga yang gatal masa tu nak ada budak budak ni. tambahan lagi bila tengok dia masa nak beli tu... argh! comelnya!!!


~ nie lah budak budak OE. hamster yang bucuk.





~ baru sehari semalam OE beli dia, dia dah beranak dan sekarang anak dia dah besar.

mana tak penatnya kalau dah 2 hari sekali OE kena membersihkan tempat tidur dia tu. lagi lagi kalau OE bagi dia makan sayur, memang kalau tak dia kencing sampai melimpah ruah, tak sah. itu tak cakap lagi kalau dia dah membuang sisa kumbahan.


dari apa yang OE tengok, dia lebih suka makan sayur dari makan kuaci atau dedak dia.

sebab tulah OE manjakan dia dengan makan sayur sampai dia bulat.


sebelum nie OE cuba nak bela kucing, tapi disebabkan kucing nie jenis yang tak boleh dikurung sebab OE kesian nak kurung kucing,

nak bela anjing. nanti karang najis pulak.

jadi, OE pun bela lah hamster je yang mampunye pun.

dan bila OE dah kemas tempat diorang, OE pun dengan jayanya akan mengemas rumah. dah bila dah macam tu, OE startlah fikir benda yang bukan bukan.


"dah macam budak budak main kahwin kahwin lah pulak asyik nak fikir jadi mummy, siapa daddynya..."

tapi satu je... hamster OE nie tak mesra alam. tahu tahu dah kena gigit dengan dia. yang babynya pun dah pandai jugak nak menggigit. nasib baik tak kuat. jadi boleh buat buat nangis je. (eh ini nangis ke, ketawa jahat?)

walau macam mana pun, tetap jugak sayang kalau nak marah.


~ sangkar untuk baby. dah bersih. itu babynya 4 ekor kontot.





~ sangkar untuk yang dah besar. tengok tu bulu dah macam apa, kerinting. OE pun tak faham...




~ sudut rumah yang dulu tak ada apa apa, sekarang dah ada tempat tidur budak budak bucuk.

okeylah. sampai sini dululah. OE berlalu dulu.

until the next entry. bye.



OE katakan...

"sebenarnya kan... OE kan... tak tahu dan tak rancang nak tulis entry nie. jadi, macam pening sikit dan pendek yang pentingnya. alahai. nantilah OE fikirkan lagi perkara yang menarik untuk OE share."

Labels: , , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me