Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Susah Kalau Dah Jadi Tabiat...
Friday, March 30, 2012 @ 5:26 AM

Assalamualaikum.

dah lama OE tak update blog ni. sekali lagi, asyik rasa macam sibuk tapi sebenarnya tak sibuk. tak tahulah macam mana nak buat mem-blog-ing ni menjadi satu tabiat supaya satu hari tak update, rasa tak lengkap hidup.

"okey kamu sangat over Orkid Edyliyne oi..."

cakap pasal tabiat, biasanya benda ni, kalau dah selalu buat, nak buang , memang sangat sangat sangat susah.

contohnya...

suka membebel sendiri, suka berbual dalam kelas, suka pada sesuatu yang tak wujud, tak suka mengemas rumah, tak suka mengemaskan diri ect. ect.

tabiat ni bukan je benda yang buruk . yang baik pun ada jugak. dan kalau yang baik tu, dah tentulah orang akan suka. dan yang buruk tu, dah tentu tentu orang takkan suka.

"OE nie nak bagi nasihat dekat siapa ni? cuba cakap sikit..."

OE nak bagi nasihat untuk diri sendiri jugak sebab kadang kadanglah kan, OE perasan, ada beberapa tabiat OE nie yang kadang kadang memang akan membuatkan diri OE sendiri rasa geram.

"uish! bukan orang lain je geram, OE sendiri pun boleh geram ni."

beberapa tabiat OE yang OE cuba ubah, tapi tetap tak boleh... antaranya...



~ iklan jap... ni masa minggu lepas. OE tak ada banyak gambar, jadi ini jelah yang ada. satu ni OE tak tahu kenapa OE suka sangat. tak faham dibuatnya.

okey OE bukan nak cerita pasal gambar pun, OE kan memang suka letak gambar yang tak ada kena mengena lansung.

antara tabiat OE... (yang buruk dan baik mungkin)

1) 'pantang' tengok benda yang COMEL

kalau pantang tengok je tanpa membazirkan duit, tak apa. masalah datang bila time tu dalam tangan OE tak ada duit dan OE nampak benda yang sangat sangat sangat comel

memang duduk jelah OE dekat situ merenung masa depan. oh silap. merenung benda tu macam benda tu boleh dibawa pergi dengan tidak mengeluarkan duit.

ada dua kategori barang COMEL ni.

satu, comel barang, comel juga duitnya yang perlu dikeluarkan.

dua, comel barang, tapi harganya berbaloi dan murah.

selalu yang jadi mangsanya, IBU OE (apa lagi, tempat nak mintak duitlah ).

tapi, biasanya, tabiat ni, OE elakkan dengan tak banyak berjalan dekat kedai cendramata atau shopping mall untuk window shopping. sangat dielakkan.


2) tak suka pergi rumah orang kahwin, tapi suka tengok pengantin.

ini, OE boleh buat sehari semalam kalau OE tengok gambar wedding yang ada dekat blog sesiapa yang biasanya photographer untuk majlis kahwin.

duduk tengok gambar gambar tu, kadang kadang kalau cantik, senyum sendiri. kalau tak berkenan, skip. tapi, kebiasaannya OE tak jumpa lagi gambar yang OE tak berkenan kalau gambar wedding.

dan kalau IBU OE suruh OE pergi rumah orang kahwin, even sedara sendiri pun, liatnya OE nak pergi. sebab OE tak suka dengan crowd... sangat sangat sangat tak suka.

duduk seminit pun, OE dah boleh rimas. hailah...


3) OE, peluh dan tisu.

sekarang ni, satu yang OE pelik. tak boleh lansung OE kalau tak ada tisu dekat tangan. dah kalah orang berlakon filem pulak nak asyik lap peluh.

memandangkan Kelantan ni pun memang panas dan OE harus berjalan kaki selama 15 minit lebih untuk sampai ke bangunan kelas, jadi memang sangat berpeluh lah kan.

dan kalau nak lap je dengan tapak tangan atau dengan lengan baju, memang OE tak nak. tapi, macam orang tak betul akan bongkar beg untuk cari tisu.

tabiat ni, baik ke buruk? OE sendiri pun tak tahu.


4) suka senyum tak kena tempat.

OE nie pantang terpandang muka orang. mesti nak senyum. walaupun orang tak senyum dekat OE.


"oi OE... dah dah lah tu membebelnya. dah panjang sangat dah ni"

okey lain kali sambung list lagi. dan satu tabiat lama OE, OE dah boleh buang dengan jayanya.


make up dan OE


~iklan yang ada kena mengena. ini sengaja je make up sebelah lain, sebelah lain. sebab dah gian lama sangat tak make up sampaikan bakul make up dah berdebu setebal make up OE dulu. I admit it...

OE pun tak tahu kenapa tabiat OE yang ni, OE boleh buang dengan mudahnya. lansung tak payah nak suffer apa apa. just drop the make up and going out without wearing make up. memang rasa puas hati tak tahu kenapa.

lepas ni, make up hanya untuk bergedik dan berglamor je . untuk keluar pergi pasar malam, tak payah make up pun tak apa.

mungkin disebabkan OE dah gain confidence agaknya sejak menjadi matang ni.

"am I? mature? lawaklah OE"

okey masih ada lagi yang cakap OE childish. malah sejak tak pakai make up, ada pulak mak cik yang cakap OE ni budak sekolah.

tapi bila ada yang cakap macam tu, bukan tak suka. tapi lagi suka ... sabar jelah OE nie.

oh... okeylah. OE nak pergi buat benda lain.

until the next entry... bye

OE katakan...

"sebenarnya, tabiat bukan susah nak dibuang, tapi cuma bergantung pada hati. kalau kita ikhlas untuk buang tabiat yang buruk, kita takkan rasa menyesal apa apa pun. malah, kita akan rasa puas hati atas keputusan yang kita buat. jadi, kekalkanlah tabiat yang baik dan buang tabiat yang buruk. "

Labels: , , , , ,


4 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me