Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
kisah ke-lesbian-an OE...
Wednesday, February 15, 2012 @ 6:13 PM

Assalamualaikum

hari yang cerah!

mood : kerinduan semakin tak boleh ditahan-tahan dan mampu membuatkan OE jadi orang yang tak tentu hala dan hampir gila.

perlu ke tajuk macam tu?

alahai...

tak ada maknanya OE nie lesbian. kalau OE nie lesbian, mesti orang dah lama lari dan ketakutan dan perempuan perempuan yang pernah share tilam dengan OE, mesti rasa terancam.

eh... ke, OE nie gay boy?

"alamak! terconfuse jantinalah pula dia ni."

takkanlah kan...

macam nie sebenarnya.

masa adik perempuan OE cuti masa tu, kitorang banyak keluar sama sama.

~ ceh poyo pakai gambar lama. dah tak ada gambar baru ke OE oi...

lepas tu, pergilah satu shoping mall ni. kat sana, punyalah ramai kaum kaum yang sama jantina berpelukkan dan bergandingan tangan malahan ada yang bercumbuan tak ingat dunia yang dia tu di tempat awam dan mula buat tekak kitorang macam nak tergeli gelian

pulak OE nie kalau berjalan, tak pegang tangan orang, memang tak sah. dah OE duduk bergayut je dekat lengan adik OE nie.

dahlah orang selalu kata yang kitorang ni kawan, bukannya adik beradik sebab mukanya tak sama lansung.

dan setiap kali berjalan tu, orang mesti pandang kitorang pelik. tambah tambah bila ada kaum kaum yang bersamaan jantina tu kan. lagilah diorang pandang pelik. macam kitorang nie lesbian kelas atasan siap berbalut tudung kat kepala.

mesti dalam hati dia... "pergh! minah ni perosak agama sungguh! tak padan dengan bertudung lepas tu berkelakuan tak senonoh. (padahal pegang tangan je)"

mana tidaknya. dah dua dua pakai baju lebih kurang sama, style belit pashmina pun lebih kurang sama, kasut sama, bergerak dan berjalan pun lebih kurang sama.

adik perempuan OE nie, perangai dia macam jantan sikit. dah OE selalu cakap dengan dia... "kau ni... lelaki kan?" tak pun, "eh... kau ni perempuan ke?"

"padahal dia pun sama je. ada suka pakai pakaian lelaki, kasut lelaki, perfume lelaki. nasib baik je awak tu pakai tudung. kalau tidak, orang pun confuse sama"

~ di saat diri ini berangan tak tentu hala dengan mata lalat, ada pulak orang menyebok di belakang.

dan bila dah asyik confuse dengan jantina adik OE nie, dah kitorang tukar pulak perkataan 'lesbian' dengan 'gay boy'.

"perkara sadis ini berlaku adakah disebabkan kami tak ada buah hati?"

alahai tak adalah sesadis itu. OE dah ada calon cuma belum sampai jodoh je lagi.

"hah yang itu sadis."

okeylah dah nak pergi breakfest. dah kena bebel.

sampai sini dulu.


OE katakan...

"perkataan 'gay boy' tu dah jadi mainan je bagi kitorang yang memang sama sama kadang kadang terkeluar kejantanannya ni. sabar jelah. tapi, sayangnya seorang kakak pada adiknya lebih bermakna dari sayangnya seorang kekasih kepada kekasihnya."

Labels: , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me