Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
No Pet, No Monster...
Thursday, May 24, 2012 @ 11:59 AM

Assalamualaikum...

mood : dalam dilema

dah lama OE tak update blog. kadang rasa macam sibuk, kadang rasa macam tak ada yang nak dicerita. kadang rasa...

"tak payahlah nak rasa rasa OE oi... cakap jelah yang awak tu malas."

memandangkan OE pun dah nak habis sem, lepas tu, dah nak study week, jadi maknanya OE dah nak cuti panjang.

jadi, OE pun rasa macam nak tulis something.

orang patutnya time dah nak exam, pergi focus study ke, apa ke yang berkaitan dengan exam, ini tidak...

OE memang macam tulah...

time study week tulah nanti banyak idea yang mencurah curah untuk OE menulis ... sabar jelah.

dan time macam nilah nak galak buka blog sana, buka blog orang sini.

tiba tiba jadi macam nak sibuk sibuk. padahal dah nak exam.

"okay stop talking about exam... lain tajuk, lain isi."

OE ingatkan study week ni, OE nak balik Johor memandangkan OE dah sangat sangat home sick dan dah kena tahap kritikal sampaikan tak boleh nak tidur malam.

macam cuit mid sem yang lepas, OE bawa balik semua hamster OE.

dan unfortunately, semua tu dah meninggalkan OE dan dunia ni.

one after another. dan yang tinggal hanyalah hamster OE yang jantan tu sekor.

"kesian dia tak ada kawan. lepas tu, makan tidur je kerja sampai bulat dan membuatkan OE geram sentiasa sebab dia comel sangat."

macam biasa, OE kalau nak buat something, OE akan call ibu OE dulu...

hari tu, masa OE cakap OE nak balik masa study week, dia terus cakap...

'kau jangan lupa hantar ke, jual ke MONSTER kau tu dekat pet shop. biar diorang yang jaga. kau bawa balik, nanti mati lagi MONSTER kau tu.'

okey maksud MONSTER tu, HAMSTER.

dah banyak kali OE betulkan, dia tetap cakap...

'yelah MONSTER. jangan bawak balik MONSTER kau tu.'


'hai saya HAMBARI'

"nak ambil yang betul asyik tak dapat sebab dia banyak gerak. jadi lukisan yang kelakar je yang ada."

jadi, OE pun dah dalam dilema, nak jual ke, nak bawa balik.

sayang sebab dia tinggal sekor. nanti kalau OE jual, nanti dah tak ada lah pet. lepas tu, ibu OE cakap, kalau dah jual, nanti boleh beli yang lain.

kalau beli yang lain, sama ke macam yang ini?

baiklah. sampai sini dulu.

until the next entry, bye.


OE katakan...

"OE nie memang tak pandai nak menjaga benda yang kecik cenonet nie agaknya. asal jaga je, mesti mati. hailah. nasib betul. lepas ni nak cari kucing pulalah. sebab kalau OE bela kucing, kucing besar. tapi, kalau anak kucing, mesti mati sebab dia cenonet. alahai dilema lagi."

Labels: , ,


5 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me