Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
TIDUR DAN KASUT
Friday, September 24, 2010 @ 1:16 AM

Salam hari Jumaat...

Hari ni OE cuti. Biasalah bila dah duduk Kelantan ni, hari Jumaat dengan Sabtunya cuti. Dan hari Ahad adalah hari berkerja.

Masa mula-mula nak adapt dengan benda ni, amatlah susahnya sebab OE orang Johor. Jadi hari Ahad cuti dan Jumaat berkerja. Jadi, asyik jelah tertukar hari.

Nasib baik tertukar hari je tak tertukar jadual waktu nak pergi kelas. Kalau tertukar jadual juga, alamatnya tunggang terbaliklah hidup OE. Hailah...

Dan bila dah sampai hari cuti hujung minggu, tahunya buat apa lagi kalau tak memperbanyakkan tidur di siang hari. Kononnya nak topup tidur yang tak cukup.

Pernah ke tidur OE tak cukup? Tipu sungguh. Ayah OE selalu kata macam ni kalau OE balik rumah bila cuti dan kerjanya asyik tidur je.

“Separuh dari hidup kau ni tidur je. Sedarnya tak sampai separuh dari hidup.” – AYAH OE


Tak pun kalau ibu OE marah, ayah OE pula yang backup OE dan berkata begini...

“Tak apalah. Dia tengah nak ambil sleeping beauty. Macam artis dengan model selalu buat tu... kan diorang ada sleeping beauty time untuk diorang sendiri. Supaya mengekalkan kecantikkan diri.” – AYAH OE

Bernaslah alasan ayah OE. Anak ayahlah katakan...

Waktu cuti je, mata malas nak dibuka. Waktu malas nak buka mata je, hari cuti.

“sama ke maksud dia?”

Dan inilah yang akan terjadi kalau dah otak set kata hari Jumaat mesti tidurnya lebih...



Sampai nak ambil gambar pun boleh tertidur... ni raya first hari Jumaat. Amatlah mengantuknya... Hailah OE nie...

Okay sebenarnya bukan itu yang OE nak cerita hari ni. Bukan pasal tidur, tapi pasal kasut.

“ada kena mengena ke kasut dengan tidur?”

Nak kata tidur menggunakan kasut, tak juga. Nak kata pakai kasut kemudian akan tertidur, jauhlah sekali.

“dahlah merpeknya OE nie. Tak ada kerja lainkah selain dari merepek macam kerepek cips?”

Tadi waktu OE baru bangun tidur, dalam keadaan separa sedar, OE pun keluarlah bilik. Dan mendapati...

WOW!

Terkejut OE tengok.

‘Tak ada perubahan pun untuk hari ini.’


Itulah yang terlintas dekat hati OE waktu melihat benda tersebut. Bukannya benda apa. Benda ni je...



OE pun malas nak fikirkan benda tu, dan terus je pergi bilik air. Cuci muka sikit, basuh segala yang basi di sana dan kemudian kembali semula ke bilik dan mendapati...

Tak ada juga perubahan. Sungguhlah tak ada perubahan. Dah tak ada orang yang nak mengubahnya.

Terus OE terfikir sesuatu...

‘bukan ke apa yang kita tengok tu melambangkan sifat pemiliknya?’


Tak susah rasanya nak susun kasut tu elok-elok supaya tak menyusahkan orang lain. OE kadang-kadang membebel juga dalam hati bila nak jalan dan tertendang kasut sesiapa makhluk pemilik bilik tersebut.

Dahlah jalan sempit, boleh pula kasut dia bersepah. Kadang tu OE tengok, kasut yang orang biliknya bertentangan boleh bersama-sama bercampur. Sampai tak tahu mana satu kasut bilik A dan mana satu kasut budak bilik B.

Sumpah susah nak berjalan kalau jalan tu penuh dengan kasut. Nak pijak karang, kesian kasut orang. Bila nak cepat pula, tertendang. Dan terpaksa pula memulang balik kasut yang dah ditendang tu pada tempatnya. Tak ke menambah lambat tu? Haish...

Nak marah pun rasanya orang-orang tersebut dah besar dan dah boleh fikir sendiri. OE sendiri pun tak faham kenapa....

OE punya kasut pun kadang-kadang sepah juga. Tapi, kebiasaannya OE akan susun elok-elok bila dah tengok benda tu terlampau bersepah pada pandangan OE bila OE keluar untuk pergi tandas atau pergi mana-mana yang memerlukan keluar dari bilik.

Bukannya lama pun, tak sampai 5 minit pun untuk susun tu.

Hailah...



Of courselah ini gambaran depan bilik OE...

“ceh membangga diri nampak...”

Okaylah itu je rasanya hari ni. OE nak pergi siapkan SHE’S MY MAID... OE jealous tengok orang lain novelnya dah ada dekat pasaran. OE? Terkedek-kedek lagi membuatnya.

Okay... da...

KATA OE... “Setiap apa yang kita buat tu kebiasaannya mencerminkan siapa diri kita. Kalau elok, eloklah. Kalau tak elok? Hah... fikir-fikirlah sendiri. Janganlah jadi orang yang tak ada common sense. Susah nanti.

Labels: , , , , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me