Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE at expo campus
Saturday, October 16, 2010 @ 11:05 AM

An-nyong hassayo...

OE rasa dah lama OE tak tulis benda. Idea pun semakin mengeras dalam kepala otak OE nie. Entah kenapa, OE pun tak tahu. Mungkin hari semakin gawat dan dekat dengan exem.

“OE ni sokmo ada exem”

Hailah... Inilah dia dinamakan seorang student. Kalau tak ada exem, itu student kaki limalah namanya.

“Ye jelah tu, merepek tak tentu pasal”

Start hari Khamis hari tu, USM Kampus Kesihatan [tempat OE belajarlah] ada buat expo campus. OE mula-mula tak ada pun rasa teruja sesangat. Sebab OE tak ada masuk apa-apa pun. Berjual pun tidak, menolong orang berjual pun tidak.

Jadi, petang hari Khamis tu OE pun pergi la turun tengok-tengok apa yang ada dengan kawan OE...

Sampai je dekat gerai pertama, OE jumpa ramai kawan-kawan OE. Rindu dengan diorang.

“Alamak ai OE ni. Ada rasa pula nak rindu merindu”

Dan duduk dekat bawah salah satu gerai jual tumbuh-tumbuhan tu...

“Tumbuh-tumbuhan ke, bunga-bungaan? OE pun tak berapa nak pasti apa nak panggil”

Tiba-tiba ex-roomate OE yang tahun lepas cakap dekat OE...

-Eh! Tu kat sana ada jual ayam percik! [dengan nada semangat macam tak nampak OE 10 tahun]

OE pun dengar je perkataan AYAM PERCIK tu, mata OE pun dah bersinar-sinar

“Bersinarlah agaknya. OE pun tak berapa nak pasti sebab OE tak nampak mata OE sendiri. Yang penting OE rasa bersinarlah waktu tu”

Dengan sepantas kilatnya OE pun pergilah menyerbu ke arah kedai tersebut

MyEm0.Com

Dan semakin teruja bila...

Ayamnya besar!

“Ceh! Memang hantu ayam sungguh”

Alright. Tapi, bukan itu yang OE nak cerita sebenarnya. Ayam tu, sampai tiga hari berturut-turut OE bedal. Aum! Cedapnya...

“Slurp! Air liur menjejeh sedikit sebab teringatkan AYAM PERCIK @ AYAM GOLEK yang sedap itu”

Hari kedua dalam kata lain hari Jumaat. Seperti hari Jumaat sebelumnya tapi, lain sikit.

Sama sebab OE akan tidur sampai tengah hari. Lain sebab OE pergi turun ke expo pada pukul 1 setengah.

“Ceh! Skema tak sudah tau si OE nie”

OE yang dah berniat masa tu nak singgah kedai buah sebab nak jumpa kawan lama OE. OE terus je pergi kedai dia. Sebelah kedai dia, ada kedai tumbuh-tumbuhan yang macam OE cakap tu

OE beli rambutan dekat kedai kawan OE tu, lepas tu OE nak beli kaktus dekat kedai tumbuh-tumbuhan.

Semalam, OE dah belikan ‘kawan baru’ OE kaktus. Lepas tu, OE fikir-fikir, nak bagi roomate OE kaktus juga dengan belikan untuk diri OE sendiri. OE suka kaktus.

Sekali ‘kawan lama’ OE kata, tak nak belikan dia, OE pun terus je jadi nak belikan dia.

Kenapa kaktus nak bagi pada orang?

Hah! Specifikasinya begini bagi OE:
-OE akan bagi someting pada kawan-kawan yang OE rasa OE boleh jadikan kawan sampai mati
-OE pilih kaktus sebab, waktu tu ada kaktus je... hehe itu salah satu sebabnya dan sebab lainnya, kaktus ni senang nak jaga.
-kaktus yang senang nak di jaga ni, melambangkan nak berkawan dengan OE ni, mudah je
-kaktus ni sifatnya dia akan membesar mengikut saiz bekas yang diletakkan bontotnya @ pangkalnya @ tempat kita meletakkan dia @ pasunya melambangkan, selagi diorang buka hati diorang seluas mana, seluas itu juga OE akan bagi kasih sayang OE pada diorang. Ceh!
-kaktus ni walaupun high resistance, dia ni sensitif sebenarnya. Silap je, dia terus mati macam kaktus OE yang OE beli waktu sekolah menengah dulu. Itu melambangkan, sekali je diorang khianati kepercayaan OE, hati OE terus akan mati untuk menjadikan diorang kawan sampai mati OE


“Hai panjang sungguh penerangannya macam orang buat tesis je dah”

MyEm0.Com



Inilah dia kaktus OE. OE suka bulu-bulu dia yang tajam tu. Itu melambangkan, OE suka orang yang nampak taf dan ada sikit jahatnya.


“Ok... yang itu sila abaikan OE”

Lepas tu, OE pun pergilah lagi serbu gerai makanan.

“Makan je kan yang OE tahu.”

OE beli AYAM GOLEK lagi... Ok ini dah cakap tadi.

Lepas tu OE pun pusing-pusing ekspo. Pergi tengok kuda, tapi OE tak naik. OE ni penyegan orangnya.

“Ceh! Segan ke, takut?”

Lagipun, kuda tu mucuklah. OE tak suka mucuk-mucuk ni.

“Ceh! Ia sangatlah tu. Kamu tu memang pengecut OE oi”

Dan singgahan terakhir untuk hari kedua OE dekat expo campus ni, kedai PET. Ulang sekali lagi... kedai PET!

MyEm0.Com

OE sangatlah teruja tengok binatang-binatang comel @ makhluk tuhan. Kucin, rabbit, hamster, kekura, ikan emas dibawa belayar. Semua ada. OE geram sangat.

Dan OE terjatuh cinta pada sesuatu... iaitu IKAN EMAS dibawa belayar tersebut.

MyEm0.Com

“Sebab dia murah satu hal. Sebab OE geram satu hal”

OE pun apa lagi... Dengan segala sifat teruja OE luahkan dan OE belilah sepasang...

“Walaupun OE tak tahu mana jantan mana betina. Silap-silap dua-dua jantan. Tak pun, dua-dua betina. Hailah”



Inilah dia dipanggil BABY OE. Comelkan?


MyEm0.Com

OE bagi nama dia satu CHEESE, satu CAKE. Slurp! Terliur lagi. Nasib baik OE tak minat cheese cake yang sedap yang terjual di pasaran. Kalau tidak... OE gigit diorang sikit.

Kenapa OE bagi nama ikan dengan nama makanan? Ok... specifikasinya sebegini pula...

-OE memang suka dengan MAKANAN. Semuanya buat OE teruja


Ok... cukup-cukup merepeknya. Setakat itu jelah celoteh OE. OE nak pergi berangan pepari untuk cari idea menulis. Hai... Tak boleh jadi ni...



Sebelum tu, ini susunan baru meja OE...


OE katakan...
“Ikan atau haiwan belaan adalah satu terapi untuk pemiliknya. Untuk menghilangkan stress @ tekanan. Walaupun OE tak stress, OE tetap nak pelihara juga. Untuk awet muda juga...”(n_n)

Labels: , , , , , , , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me