Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE in a mood swing
Thursday, October 28, 2010 @ 10:25 AM

salam...

OE selalu kurang idea nak menulis untuk blog comel lagi macho ini. kasihanlah selalu diabaikan begitu sahaja tanpa kasih sayang

“okey...awal2 OE dah merepek”

jujur OE ni seorang yang tak mudah nak...

...bosan
(sebab OE akan buat sesuatu tu berkali-kali tanpa rasa jemu. lagilah kalau benda tu OE suka sangat buat)

...marah
(sebab OE tak suka marah. OE benci nak marah. hodoh sungguh kalau OE marah)

...buat muka tak senang bila tengok orang
(memang selalu senyum kalau orang pandang OE dan tersenyum. dan buat tak tahu kalau orang buat tak tahu dekat OE)

...berkecil hati
(sebab OE ni seorang yang suka terus-terang. jadi OE kena bersedia bila orang pun turut sama berterus-terang pada OE. tak adalah nak ambil-ambil hati ni. buang masa)

...lontarkan kemarahan pada orang lain
(tambahan lagi kalau orang tu tak buat salah dengan kita, buat apa kita nak marah dia, kan?)

...cerita apa yang OE tengah rasa
(sebab OE ni seorang yang misteri dan banyak rahsia. ceh! perasaan pula)


tapi kenapa?
MyEm0.Com

Kenapa sesetengah orang suka sangat...

...nak suruh OE rasa bosan dengan dia

...nak cuba membakar marah OE

...buat something sampai OE rasa kecil hati

...suruh OE ni mengamuk tak tentu pasal


Nak sangat ke tengok OE ni jadi HULK! Buruk tau OE kalau dah marah. OE tak suka tengok diri OE kalau tengah marah...

“eh! boleh nampak diri sendiri ke? ok...kalau ada cermin depan muka, bolehlah”

OE ni memang seorang yang tak mudah marah dan bila dah marah, susah pula nak cool down. entah ambil masa berapa kurun nanti baru OE cool down
MyEm0.Com

“OE biasanya marah pada orang A, OE akan marah pada orang A je. Orang B, C, D, E dan seterusnya takkan jadi mangsa OE”

Kenapa? OE tak faham sungguhlah pada sesetengah orang yang lansung tak nak faham apa yang OE rasa. Hasih!

“OE sabar...tak baik marah-marah. Nanti muka kedut”

dan OE paling-paling benci kalau...

...orang tu tak tahu apa salah yang dia dah buat pada OE
(tak reti nak muhasabah diri ke?)

...orang tu buat tak tahu dengan kemarahan OE
(macam OE ni tak marah dia lah...lebih kurang macam tu)

...orang tu tak pernah nak KEEP IN MIND apa yang pernah OE beritahu dekat dia
(usually, OE akan beritahu orang yang OE kawan tu, di awal-awal lagi... OE akan cakap apa yang OE PALING TAK SUKA. Kalau setakat kenalan tu, OE tak adalah beritahu. Dan OE takkan kisah pun kalau orang tu buat salah. OE boleh maafkan sebab dia tak pernah tahu)

...dia dah tahu OE ni tengah marah dengan dia, lepas tu boleh tanya lagi
(OE tak suka soalan bodoh. bagi OE, itu soalan PALING bodoh)


serius OE kalau dah marah, OE... ish! OE pun tak tahu apa nak cakap
MyEm0.Com

Dan yang paling OE perasan, bila OE marah...

...OE akan diam dan dingin je dengan orang tersebut

...OE akan pening, kepala jadi panas, macam terbakar dan menggelegak je

...OE akan jadi tak senang duduk

...OE akan ramas kertas, lepas tu ratakan balik dan ramas balik dan seterusnya sampai kertas tu jadi lunyai

...urat dekat tangan OE yang warna hijau tu, timbul-timbul

...jantung OE rasa macam nak pecah dan rasa macam tak cukup udara je dekat keliling OE ni

...OE boleh bertindak ganas sampaikan dinding pun pernah jadi mangsa penumbuk OE

...dan akhirnya bila dah sampai tahap kritikal, OE akan meletup dan akan menengking macam halilintar


yang last tu, OE belum sampai lagilah... Kalau dah sampai, itu maknanya orang tersebut OE akan benci sampai mati

“haish! dahsyatnya OE ni. buruk sungguh perangai kalau dah marah”
MyEm0.Com

dahlah. OE tak nak marah-marah. PEACE NO WAR

“pandailah tu...”

okay. OE sampai di sini sahaja... da...
MyEm0.Com

Labels: , , ,


0 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me