Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
apa krateria sahabat bagi OE?
Tuesday, November 2, 2010 @ 5:33 PM

yo yo yo... selamat pagi Malaysia...

MyEm0.Com

“relaks OE. bagi salam dulu...”

salam...

mood: rindukan sekolah dan kawan-kawan lama

MyEm0.ComMyEm0.Com

tak betul. tiba-tiba bangun pagi, OE rasa rindunya nak balik sekolah...

tak kisahlah apa sekali pun, OE teringinnya...

walaupun OE...

...tak suka pakai uniform
...pergi sekolah pun, tak buat apa. belajar pun dok
...pergi sekolah datang lambat semata-mata nak tengok TUT...(rahsia)
...tak suka dengan makanan kat kantin
...tak tahu nak lepak mana kalau rehat
...asyik kena rotan sebab datang lambat
...selalu kena perli dengan cikgu sebab tidur dalam kelas


MyEm0.Com

hai... banyak sangatlah kalau nak mengingat pun...

kalau nak cerita, sampai ke esok pagi pun tak sudahnya...

OE rindu sekolah sebab OE rindu...

...tempat duduk OE yang dekat depan pintu tu
...KAWAN-KAWAN BAIK OE yang gila-gila tu
...cikgu-cikgu yang selalu kata OE baik tu
...nak usha-usha budak TUT...(rahsia lagi)
...nak bawak gula-gula pergi sekolah
...nak makan ais krim setiap hari dekat apek paddle pop
...beramah mesra dengan musuh-musuh ketat
...tengok budak-budak fly pagar


argh! ini pun banyak jugak... lagi banyak dari tadi. Sampaikan tahun depan pun tak selesai nak terangkan

yang pentingnya OE rindu sangat sangat sangat sangat dengan KAWAN-KAWAN BAIK OE...

MyEm0.Com

“korang tahu... aku tak jumpa lagi kawan sebaik korang”

weh korang... aku tak boleh jumpa lagi kawan yang macam korang ni

korang yang...

...boleh masuk dengan kepala gila-gila aku
...daring tak sudah tambah-tambah lagi bila ada aku, kan? (perasan)
...boleh layan otak aku yang kadang masuk air ni
...selamba alam je, tak pernah berselindung dengan aku
...boleh gelak sampai satu hari suntuk
...tak kisah kalau dunia tunggang terbalik pun, korang tetap korang
...ingat ayat-ayat skema yang kadang-kadang terkeluar dari mulut masing-masing
...ingat benda pasal aku walaupun tak banyak
...sayang aku macam aku sayang korang (ye ke?)
...tak sama perangai dengan aku tapi boleh carry persahabatan ni sampai mana-mana


“ceh panjang bebenor. entah ye, entah tidak si OE nie”

korang nak tahu, aku nangis bila ada orang yang aku ingat dah boleh jadi kawan aku, tiba-tiba diorang khianat aku. korang tahu tak?

MyEm0.Com

“mestilah korang tak tahu, kan? kalau aku tak beritahu”

aku rindu dekat korang... bilalah agaknya kita boleh together-gether pergi melaram dekat sekolah?

MyEm0.Com

argh! andai masa boleh diputar kembali...

“skemalah pula...”

okeylah mari OE kenalkan kawan-kawan OE yang OE tak boleh nak biarkan diorang terkontal-kantil kalau dunia ni mengkhianati diorang...

MyEm0.Com

“ceh! ayat nak gempak habis”

bermulalah kenangan itu...

mereka-mereka ni, nama macam yang tertulis di situ


MyEm0.Com

sesungguhnya dia ni...

...kawan OE dari sekolah rendah lagi
...lembaga waktu sekolah dulu (prefect)
...mesti duduk sebelah OE kalau dalam kelas tu
...suka ada sorang budak dalam kelas kitorang
...ada rambut maggie (OE suka yang ni)




MyEm0.Com

dia ni lain pula. yang pentingnya dia...

...yang agak blur
...yang agak lambat tangkap apa yang kitorang cakap
...yang agak manja
...yang agak sopan-santun
...yang agak comel kelakuannya




MyEm0.Com

yang ni pula. Dia ni...

...prefect juga
...selalu jadi photographer kitorang
...kadang tu skema sikit (prefectlah katakan)
...suka take serius dalam banyak benda
...dia suka budak main bola keranjang dulu
...dia dah kaya sekarang sebab berkerja (bila nak belanja?)




MyEm0.Com

dia ni pun satu lagi perangainya. dia ni...

...anak HEM
...selalu ada je petua yang tah apa-apa je
...suka sekel orang
...mulut panas, hangat lagi lazer
...suka cari gaduh dengan budak-budak yang konon kerek
...suka bun-bun...(nama panggilan manja untuk budak yang dia suka)



MyEm0.Com

dan yang seterusnya... dia ni...

...couple dulu dekat sekolah walaupun ditentang oleh kitorang
...OE kenal waktu sekolah rendah lagi but dia masuk sekolah asrama then, masuk balik sekolah OE waktu form 4
...paling pandai bercantik-cantikkan
...suka buat rambut (pergi salon)
...ada gigi comel dekat taring (hakhakhak)



MyEm0.Com

last but not least, ni dia. kumbang dalam taman. Dia ni pula...

...suka ulang ayat-ayat skema yang dikeluarkan oleh kitorang lepas tu, gelakkan
...dia ni selalu yang membuatkan cikgu ingat PELAJAR LELAKI MELAYU dah pupus dalam kelas kitorang
...daddy OE (nama ayah OE sama dengan dia)
...ada bela kucing. comel sangat-sangat
...ikut je kepala gila kitorang bila dah berdepan dengan ‘musuh’


"okey korang, aku cilok sekeping gambar korang dalam FB nun..."

nak tahu siapa musuh kitorang? tak boleh beritahu public. bahaya...

“ceh! macam secret agent je. perasan”

okaylah. OE dah sudah melepaskan rindu pada diorang. kalau boleh hujung tahun ni kita melaram pergi memana, nak?

“alahai macam anak terbiar je si OE nie. kurang kasih sayang”

untuk itu, ternyata OE tak pandang apa-apa kalau berkawan. tengok jelah kawan-kawan OE nie. semuanya tak sama dengan OE perangainya, caranya, pemikirannya...

yang penting bagi OE dalam berkawan kena...

...ada kejujuran
...melengkapi
...saling protective
...ingat kelebihan kita adalah untuk menampung kekurangan sahabat kita
...ingat apa yang OE suka dan tak suka (itu PALING penting bagi OE)

sebenarnya, kawan OE tak perlu berubah jadi orang lain kalau dia jujur nak kawan dengan OE. OE boleh terima keburukkan dan kebaikkan orang. start je orang tu berubah jadi orang lain, OE dah tak rasa nak kawan dengan orang tu

kalau berubah jadi lebih baik, OE tak kisah. cuma OE tak suka orang yang suka terikut-ikut dengan orang. ikut benda yang tak sepatutnya. OE tak berapa gemar

dan OE tak kisah kalau dah lama OE tak jumpa diorang, perangai diorang berubah. itu mungkin disebabkan kekangan yang diorang hadapi waktu tak ada OE. OE tak tahu tak apa...

kalau orang tu depan mata OE pun dia dah berubah menjadi yang lebih teruk. OE no komenlah pasal yang tu

"apahal lah OE nie skema pepagi ni? sudahlah tu OE..."

weh korang berENAM...tengok benda cute yang aku bela ni...di bawah ini...

MyEm0.Com

ingat tu...

okay... da...

OE kata kan...
“OE tak dapat nak cari kawan macam diorang ni lagi sebab OE ni susah nak berkawan. serius OE memang tak ada skill nak menarik orang supaya jadi kawan OE. sekali orang tu dah jadi kawan OE, sampai matilah gamaknya OE kawan dengan dia. sekali dia ‘buat’ kat OE, sampai matilah OE tak nak kawan dengan dia. ceh!”


Labels: , , , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me