Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
the best thing ever...
Wednesday, November 10, 2010 @ 12:03 AM

mood : seronok, teruja, tak dijangka

MyEm0.Com
mood sebegitu sebab mendapat benda yang sudah menambah koleksi OE... benda ini...
Untitled-1 copy
lamalah OE tunggu dari bulan 8...

tadi OE duduk-duduk dengar lagu dengan boyfriend OE, tiba-tiba ada orang call OE, nombor perjabat... OE dengan selambanya mengangkat...

‘hallo... ini Orkid ye? Ni awak punya barang dah sampai lama, tak nak ambil ke? dekat pejabat desa'

OE dengan semangat cipannya pun bersiap ala kadar dan terus berdezup pergi nak mengambil barang tersebut. tertanya-tanya mana pula datangnya ada orang nak bagi barang dekat OE?

sekali tengok... lah... KAKI NOVEL rupanya dan dah sampai dari awal bulan 9 lagi... patutlah akak tu sampai telefon OE suruh ambil barang berharga ni...

“oi OE... kamu tak beri salam lagi tadi... pakai terjah je. terperanjat Mak Timah. nasib baik tak kena heart attack”

opss... sorry.... salam...

dah makan...

tidur

dah mengantuk...

tidur

dah penat...

tidur

dah bosan...

tidur

dah malam...

tidur

dah siang...

tidur

MyEm0.Com
“hailah OE ni tak ada tak tidur ke? asyik je tidur memanjang. dahlan tiba-tiba masuk topik lain”

tak apalah tadi atas tu saja je OE nak terujakan diri. dan masuk topik sebenar...

selagi boleh tidur, tidur jelah OE kerjanya tak ada benda lain

“hai OE... nanti dah tiba masa kau di’tidur’kan nanti, kau tidur jelah puas-puas”

eh tak boleh... kan tidur ni satu nikmat juga...

“nikmat kalau berpada-pada. ini kamu macam dah tak nak bangun je bila tidur”

okay selain dari OE suka makan... OE suka sangat tidur. tak tahulah apa bestnya dengan tidur. sikit-sikit tidur dan tidur boleh nak tidur lagi

MyEm0.Com
“sudahlah tu. dah banyak perkataan tidur kamu gunakan”

bak kata seseorang tu pada OE...

‘tidur ni aktiviti yang paling berguna dan amatlah berfaedah’

OE terpaksa rahsiakan siapa yang mengeluarkan kata-kata tersebut

dan sejak kebelakangan ni, jadual tidur OE sedikit terganggu

MyEm0.Com
disebabkan exem? bukan

disebabkan tertekan? bukan

disebabkan kemalasan melanda? bukan juga

disebabkan OE gemar tidur? itu adalah yang paling tepat

OE boleh jadi orang tak betul kalau sehari tak menidurkan diri dikala siang, tengah hari, petang, selepas Isya’, selepas pukul 12 malam dan begitulah kitarannya

MyEm0.Com
anytime, anywhere

“pergh! macam nak buat promosi apa je”

OE paling tak boleh bila OE tidur, ada makhluk yang mengganggu gugat

melakukan perkara-perkara seperti...

...pergerakkan di katil OE sama ada kuat, perlahan, lembik, lemak tepu

sebab OE boleh tersedar dalam sekelip mata bila ada pergerakkan. Orang lain lakukanlah. bukannya OE yang buat. maksud OE orang lain buat

...mesej OE waktu-waktu OE tidur

kalau OE tak balas mesej tu, maknanya OE tengah rasa irritatedlah tu. sambil cakap dalam hati. ‘orang ni tak tahu ke aku tengah ada dekat syurga sekarang ni’

MyEm0.Com
okay perasan di situ...

“mana orang nak tahu bila kamu tidur. dah gamaknya tidur macam tak nak bangun”

itulah pasalnya. OE pun tak faham dengan diri sendiri. orang sedar, OE tidur. orang tidur, OE tidur. hailah...

sebabnya OE akan tersedar kalau sayang OE yang satu tu memekik-mekik tak tentu pasal. berbahasa korea, melayu, jerman. habis semualah direpek dan dirabankan

“hai tak faham dengan diri sendiri”

dan...

...bunyi bising yang sampai boleh buat OE rasa... ARGH! BINGITNYA!

MyEm0.Com
macam tu. tak sukanya OE...

kebiasaannya OE akan biasa-biasa je. marah-marah manja je bila terbangun tu...

MyEm0.Com
“ceh nak coverlah tu. padahal mengamuk macam nak baling katil dekat orang tersebut”

dan features OE tidur tak sedar adalah... OE tidur meniarap

OE pernah dengar orang kata tidur macam tu tak elok...

MyEm0.Com
satu lagi, pipi akan jadi macam pau...

kamu-kamu tahu pau tu apa? okay saya tunjukkan pipi pau yang saya miliki... ceh!

4
kamu-kamu lihatlah sendiri betapa ‘pau’nya disitu... pau kacang, pau kari, pau daging... semua pun boleh

OE suka tidur sampai membuatkan pipi OE jadi pau tu sebab bagi OE, tidur macam tulah paling selesa dalam dunia

“yelah sampaikan tak bangun-bangun bila orang kejut. menyusahkan”

okay OE sedar yang itu. bila OE tidur, tak perlulah ada orang yang suka-suka nak kejut. OE boleh bangun sendiri bila dah cukup masanya nanti

“cukup kamu tu takat mana OE? sampai dunia terbalik?”

ada waktunya OE boleh tersedar dan ada waktunya OE takkan tersedar lansung. harap maklumnya mengenai itu

“apa kamu ingat semua orang yang baca ni nak pergi kejutkan kamu ke? perasan di situ sekali lagi”

kemudian bila dalam keadaan sejuk OE akan menarik selimut supppp... terus sampai leher

wah... sedapnya hangat...

dan yang hanya terlihat ini sahaja...

5
kaki yang berstokin tersebut... okay OE suka pakai stokin berwarna-warni macam pelangi di kala petang sebab nanti boleh mimpi indah...

“kena mengena ke? tak apalah...”

dan bila menaip entry ni, OE pun rasa dah mamai semacam je walaupun petang

okaylah... OE nak tidur... daaa....

OE kata kan...
“OE cuma praktikkan apa yang ayah OE kata, BEAUTY SLEEP. bukan artis je kena ada beauty sleep. OE pun kena juga. dah kalah nenek tua umur 100 tahun. Opps... OE baby lagi okay. harap maklum...”


Labels: , , ,


0 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me