Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
punctual? (eh! macam serius je tajuknya...)
Sunday, November 14, 2010 @ 8:13 AM

salam and aloha...

“erk! dah kenapa dah?”

sejak dua tiga menjak ni OE rasa macam tak sedap badan je... mual-mual, pening kepala, kengantukkan yang amat

MyEm0.Com
“hmm... kamu berapa bulan?”

haish! apalah. mungkin disebabkan OE galak sangat main hujan agaknya tiga empat hari lepas

“tapi... ah! agaknyalah”

tadi OE ada teman kawan OE pergi hantar kawan dia ke tempat bas...

“maksudnya? banyak sangat ‘kawan’ dalam ayat OE nie”

MyEm0.Com
kawan OE punya kawan... macam tulah lebih kurang. sekarang ni kan waktu cuti... I mean cuti raya haji. semua orang pun berpusu-pusu nak balik

“OE tak balik?”

OE duduk raya dekat Kelantan je. rumah kawan OE. terpaksa sebab tiket tak ada

inilah nasib hidup di rantauan...

“apakah.....”

MyEm0.Com
berbalik pada cerita kawan OE tu... dia sikit punya daring. bas dia pukul 9.40, dia bertolak nak pergi tempat bas tu, 9.35

walaupun tempat tu tak adalah jauh sangat kalau naik kereta, berdesup je teruslah sampai. tapi, OE pula yang risau tengok dia

“yelah kamu risau. kamu kalau bas pukul 8 malam, kamu dari pukul 6 dah tercongok dekat stesen bas tu, kan?”

takut kena tinggal bas satu hal, teruja nak balik lagi satu hal. sebab tu datang 2 jam awal

“sungguh pun tak ada apa pun dekat perhentian bas tu. sadis sungguh”

MyEm0.Com
tapi sebenarnya, bukan itu yang OE nak cerita...

“dah panjang dia pusing baru kata bukan itu dia nak cerita. apahallah dia ni”

OE nak cakap pasal OE punya punctuallity...

MyEm0.Com
“eh! betul ke ejaan dia? OE ni bab ejaan memang duduk dekat F je”

macam apa yang kawan OE cakap dekat OE tadi...

‘eh! awalnya hang siap’

kawan OE tu orang utara... harap maklum...

okay memandangkan OE memang seorang yang slow motion... ala-ala kura-kura yang tak cukup khasiat gitu bila bersiap, OE kebiasaannya akan siap awal

sebab kalau OE bersiap memang makan masa yang panjang

bayangkan mandi pun dah sampai setengah jam lebih

MyEm0.Com
“sebab tulah OE malas nak mandi. sehari sekali je, jadi jimat air, kan? eeEE... pengotor”

tak kisahlah orang nak cakap apa. OE suka main air ni... tapi... yelah disebabkan OE suka sangat main buih-biuh sabun tu, OE tak naklah sabun OE habis cepat

“ceh! alasan nak panjang”

lepas tu, nak bersiap lagi... make up lagi...

MyEm0.Com
apa lagi... memang makan masa dengan kadar pergerakkan kuasa kura-kura dan labi-labi OE nie

lagi pun, OE tak suka buat orang menunggu OE sampaikan berasap sana sini

MyEm0.Com
kesian kan...

OE nak bersiap macam ni je pun... (ini gambar tadi waktu OE nak keluar)

1
dah ambil masa setengah jam and above lah kalau OE dok telek muka berejam dekat cermin

sampaikan cermin pun dah naik retak tengok muka OE

“eh! cermin boleh tengok ke? bukan kita yang tengok cermin? tak apalah. esok fikir”

hah. macam mana OE tak siap awal.

dan satu lagi, tabiat OE ni... OE kalau orang tanya...

‘pergi kelas petang ni? pukul berapa?’

kalau OE jawab ‘datang’ je tanpa menyatakan waktunya...

MyEm0.Com
“okay skema dan poyoan di situ”

OE akan datang lewatlah tu ke kelas. kalau OE jawab...

‘oh! datang. pukul 2 aku datanglah’

dan OE akan datang pukul 2 tepat... ikut jam OE lah

tak pun bila orang suruh OE...

‘hui. jumpa aku kul 9 nanti’

pukul 9, confirm OE ada di tempat kejadian. tak lewat, cepat lagi ada

“ada aura kebanggaan meresap masuk ke jiwanya...”

MyEm0.Com
OE amat-amat menitik beratkan waktu. tak perlulah cakap dengan OE...

‘eh! datang pukul 8 setengah! punctual tau!’

lepas tu orang yang tukang cakap tu pun datang lewat. alamatnya, nak suruh OE marahlah tu

“ceh! siap nak marah. poyo bebenor”

tak adalah OE marah sungguh-sungguh. cuma bagi senyum rabbit jelah dekat dia. lepas tu, jangan haraplah OE nak makan cakap dia lagi

MyEm0.Com
OE ni amat perihatin ye... OE takkan buat dekat orang tanpa sebab

“selalunya bersebab. semua orang buat benda bersebab, kan?”

tapi selalunya, orang takkan perasan perangai OE yang ni

“oh sungguh kesedihan di situ... tak ada siapa rasanya nak perasan pasal kamu OE oi...”

okaylah. sampai sini je. OE nak pergi study menstudy sebentar sebelum berguling mencari tilam kesayangan OE...

MyEm0.Com
OE kata kan...
“hari selasa nanti OE ada paper last... wheee... merdeka mereka... apakah... dan 18 haribulan pula OE akan balik ke JOHOR. argh! kerinduan terserlah waktu-waktu begini”


Labels: , , , , ,


0 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me