Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
soalan juga sebab musababnya...
Sunday, November 14, 2010 @ 8:00 PM

bukan ku pinta
untuk kau genggam kataku
bukan ku harap
untuk kau ikut tiap telunjukku

cuma aku mohon
bolehkah kau letakkan kata-kataku ini
jauh di sudut benakmu
jauh di dalam hatimu

kamu tahukah yang aku menangis?
kamu tahukah yang aku sakit?
kau tahukah yang aku hampir hilang nafasku?
kau tahukah yang aku hampir hilang detak jantungku?

sudah tentunya tidak
kerana yang kau lihat
aku dingin denganmu
aku menjauhkan diri darimu
aku senyum dan ketawa
tika bersama dengan yang lain

tolong jangan sekali
kau tanyakan kenapa aku begini
kau bedakan aku dengan yang lain
kau pandang sinis caraku ini

kerana percayalah
aku bukannya apa yang kau anggapkan
aku tidaklah seperti apa yang kau bayangkan
aku semestinya bukan semua yang ada di fikiranmu


salam...

“uh! OE dah start dengan jiwangan karatan paku karatnya”

sigh...

MyEm0.Com

OE sendiri tak pernah faham dengan diri OE... OE selalu tanya dengan diri OE...

1)kenapa orang tak macam aku eh?

2)kenapa aku je kena adapt supaya orang rasa selesa dengan aku eh?

3)kenapa dia tak pernah nak faham diri aku eh?

4)kenapa aku ni tak boleh nak keluarkan kata-kata teguran eh?

5)kenapa aku ni suka sangat simpan dendam? benci? tak suka sedang orang tersebut tak tahu pun apa yang aku rasa ni eh?

6)kenapa aku perlu nangis sedangkan aku dah kata aku tak suka dengan dia eh?

7)kenapa aku perlu ambil tahu pasal dia eventhough aku benci sangat pada dia eh?


“dahlah banyak kenapa, banyak pula ‘eh’ dia”

untuk soalan yang pertama...
...sungguhlah orang tak macam OE sebab OE selalu kata OE nie pelik. ada ke orang lain pelik macam OE? orang pun selalu kata OE pelik...
...OE selalu tanya bila OE geram sangat dengan ‘seseorang’ tu yang tak pernah nak faham reaksi OE
...OE tak harap orang lain jadi macam OE, sekurang-kurangnya faham dengan OE


untuk soalan yang kedua...
...OE takkan paksa orang lain kawan dengan OE sebab OE tahu OE ni jenis yang tak pandai nak berkawan. dan OE akan stick pada seorang je kawan dalam satu-satu masa
...kadang tu, OE paksa diri OE untuk berkawan dengan semua orang dan OE paksa diri OE untuk adapt supaya selari OE dengan kawan OE tu
...bak kata kawan OE, OE nie 1001 character (yang ini, lain kali ceritalah ye)
...tapi, tak ada sorang pun yang OE jumpa (i mean yang selalu buat OE ‘sakit’ tulah) cuba nak adapt dengan perjalanan hidup OE


untuk soalan yang ketiga...
...OE sangat sangat geram bila tak ada sorang pun nak cuba faham OE (but OE tak minta banyak pun, just faham OE)
...OE cakap OE tak suka. than, I mean it eventhough waktu tu OE tersenyum (OE tak suka nak tegur orang dalam muka masam macam asam kecut)
...OE nangis bila dah terlampau hebat sangat orang duga OE dengan benda yang OE tak suka. OE dah cakap berkali-kali dan dia tetap buat. OE takkan cakap lagi dah...


untuk soalan keempat...
...OE sangat sangat sangat tak pandai nak tegur orang bila orang tu buat benda yang OE tak suka depan mata OE
...tambah lagi OE dah pernah cakap dengan dia yang benda tu OE TAK SUKA!
...OE akan diam dan terus diam dan diam lagi sebab OE tak pandai nak tegur orang


untuk soalan kelima...
...OE nie memang kuat pendendam dan yang pentingnya, orang-orang tertentu yang OE dendamnya pun... OE bukannya jahat sangat... (setakat ni, baru 3 orang yang buat OE dendam dengan dia)
...OE tak mudah nak benci orang dan sekali OE benci, OE akan benci sampai mati (3 orang tersebut turut dapat benci OE)
...macam apa yang OE dok ulang... OE bila dah tak suka, walau macam mana pun, OE tetap cakap tak suka even kau letak pisau dekat leher OE pun, OE akan tetap cakap tak suka
...dan adalah beberapa orang yang OE tak suka sebab diorang buat apa yang OE tak suka sedang OE dah cakap dengan dia pasal benda tersebut
...dan tak ada orang tahu siapa orang yang OE benci, dendam dan tak suka itu (hanya OE yang tahu)


untuk soalan keenam...
...hati OE ni tak adalah kering macam mana pun walaupun OE nie macho. kadang tu, air mata mengalir juga bila dah tak tahan sangat nak pendam dalam hati ni
...dan kebiasaannya OE akan menangis mengenangkan orang yang OE tak suka tu. sebab, selalunya orang tersebut pernah jadi kawan OE. rapat tapi tak cukup kualiti untuk jadi sahabat
...sebab OE ni jenis yang suka suka suka sangat muhasabah diri, ingat benda-benda yang OE pernah buat dulu (dah tu, meleleh tak tentu pasal)


untuk soalan ketujuh...
...alasannya lebih kurang sama dengan yang keenam
...OE tak boleh elak. OE taklah jahat macam mana pun. OE nie manusia bukannya evil, kan?


okaylah... sampai sinilah dulu entry yang merepek dan merapu ni... da...

OE kata kan...
“entry ini dibuat khas untuk ‘seseorang’ tu yang dekat di mata OE tapi jauh di hati OE. OE tengah tidur masa ni, jadi ini autopublish. OE tak harap kamu minta maaf pada OE sebab kamu pernah lakukan sungguh pun dari mesej. dan OE tak harap kamu tegur OE sebab kita dah tak macam dulu. OE cuma harap kamu behave yourself supaya OE dapat abaikan kamu. dan abaikan OE. tolong jangan buat OE sakit dengan tindakkan kamu. sekian...”


Labels: , , , , , ,


2 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me