Beberapa Hari Sebelum Tahun Baru...
Tuesday, December 28, 2010 @ 3:19 AM
huh! semalam, betapa penatnya setelah sampai ke asrama, terus je kena berkemas...
mana taknya... malas nak biarkan dua tiga beg berlonggokkan di sana sini...
OE kalau balik je, tak bawa dua tiga beg, memang tak sah. balik rumah bawa satu beg, balik asrama semula, jadi double dose...
“mana taknya, semua benda kamu nak bawa balik asrama. kalau boleh rumah pun nak masuk dalam beg”
oh... bagus juga cadangan tu, kan? kalau OE ada poket doremon, kan senang...
“okey jangan nak merepek tak sudah”
diam tak diam, dah nak masuk tahun baru balik. rasa macam sekejap sangat
dahlah banyak benda yang terfikir nak buat masa awal-awal tahun dulu, semuanya tak tercapai lagi, dah nak tahun baru dah ke?
alohai... perlukah masa berubah dengan begitu pantas?
“dah... jangan nak mengeluh pula kamu OE oi...”
biasanya orang kalau nak naik tahun baru je, mesti nak ada AZAM tahun baru, kan? kan? kan?
OE pun macam tu jugak...
tapi, boleh tak tahun nie OE tak nak buat azam-azam ni... OE nak seorang yang bernama Azam je...
“aish! OE... jangan nak merepek...”
mana tak nya... nanti kalau tak tercapai, OE juga yang sadis sendiri.. siapa yang tak sadis kalau azam dia tak tercapai, kan? kan? kan?
nak kata tak berusaha nak mendapatkan apa yang dihajatkan tu, taklah... dah kita nak benda tu kan, tak kan kita tak berusaha pula
“melainkan benda tu kita terpaksa lalui”
dan itu dah tak dinamakan kita idamkan... tak gitu?
“putar alamlah OE nie bercakap”
OE sendiri pun pening dengan apa yang OE tulis...
tahun nie nak ubah sikitlah... tak payah berazam... Cuma biarkan je apa nak berlaku, berlakulah...
boleh ke macam tu? aiyak!
tapi... tapi... tapi...
“tak nak! tak nak buat azam...”
dah banyak kecewa tahun nie, belum tentu tahun depan kita tak dapat apa yang kita mahukan, kan? kan? kan?
“saja nak sedapkan hati sendiri...padahal tak nak benda yang sama berulang lagi...”
huh! entahlah...
dan yang pentingnya, OE nak simpan sendiri je apa-apa yang OE nak buat... tak nak bagitau sesiapa... “ceh... ada pernah kamu beritahu orang ke azam kamu sebelum ni? tak ada kan? kan? kan?”
entahlah... haih! berapa banyak ‘entahlah’ yang OE nak letak ni? dahlah... OE tak nak tulis lagi...
okey cukup sampai di sini... dadadadada...
OE katakan... “walau apa sekalipun yang terjadi, OE terpaksa habiskan tahun nie dengan menghantar satu cerpen ke Aksara Keraian untuk pertandingan Write Cup... macam biasa, idea mesti tangkap lentok last minit punya...” Labels: aku yg pelik, diri ini, disember 2010, sound of me'heart for more reading, click 'history' or 'future'... |
Me, Orkid Edyliyne
Mummy Babies Links Blog List Jom Kita Kawan!
conected to... boleh like2 jugak Nota Pemberitahuan
sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya. kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL! any novel's review? can visit that blog, okey... p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^ Big thanks...
Header Image : Hana Header Edited : me |