RESEPI UNTUK MEREKA YANG TAK PANDAI MASAK, LIKE ME... ouch!
Monday, December 20, 2010 @ 2:52 AM
huh! hari ni OE sedikit sedih... diam tak diam, dah sebulan OE cuti dan OE dah kena balik semula ke KELANTAN minggu depan... andwey... OE tak nak!!!! nak duduk rumah.... “ternak lemak? bangun lambat? membuatkan ibu OE membebel? membuli adik OE yang bernama YOME?” oh! semuanya tak kan ada lagi start minggu depan... semuanya hanya tinggal kenangan... yang datang nanti Cuma... kelas... kuliah... assigment... lab... notes... oh no.... OE rasa macam nak menangis... “tapi OE kena ingat, itu harapan ibu dengan ayah nak OE capai cita-cita” oh skemanya OE di sini... okeylah OE tak nak merepek dah... OE nak ajar kamu-kamu buat nasi goreng yang OE selalu buat kalau OE ada kerajinanlah... kalau rajin... bak kata ibu OE semalam... “eleh kalau ibu tinggalkan dia dekat rumah tak masak, pandai je dia nak hidup” dan OE akan hidup dengan makan nasi goreng OE nie. yang penting si buah hati, jangan risau, kalau kahwin dengan OE nanti, OE takkanlah nak masak benda ni je setiap hari, kan? kan? kan? cakap pasal orang kahwin, hari tu OE pergi rumah orang kahwin pakai all BLUE... oh OE in BLUE... okey balik semula pada perancangan OE tadi nak ajar resepi. “pergh! orang tak reti masak nak ajar resepi... apakah?” tapi OE pasti ini memang memuaskan. OE selalu makan nak tambah lagi. “adoi.... sama ke perut OE dengan perut kamu-kamu? sudah tentu tidak kan?” okey... resepi OE untuk buat... NASI GORENG CAMPUR ALA KEZAMBO “kenapa macam tu peliknya nama... eh! suka hati OE lah nak letak nama apa” okeylah semua, jangan dikisahkan dengan namanya itu. itu dicetus spontan.... alahai... first of all... mestilah bahan-bahan dia... semuanya kamu-kamu ambillah secukup rasa hati kamu-kamu NASI (yang utama) IKAN BILIS BAWANG BESAR BELACAN (oh ini penyedap je. kalau kamu-kamu tak boleh makan belacan, jangan berani ambil okey...) LADA HIDUP (kalau tak hidup, buat CPU... eh silap... yang penting ambil yang hidup. kalau yang kering tak sedap. kalau nak tukar dengan CILI PADI pun okey juga) AYAM (atau kamu-kamu boleh gantikan dengan SOTONG, DAGING, UDANG apa-apa jelah. buat penyedap) KICAP (buat jadi pewarna...) okey dah sudah ambil kesemuanya? benda-benda ni ada je dekat rumah. kalau tak ada tu, OE tak tahulah. yang pentingnya rumah OE memang sentiasa ada benda-benda ni seterusnya, BAWANG, BELACAN, LADA HIDUP, IKAN BILIS tu, kamu-kamu goreng sampailah garing... campurkan je okey... lepas garing dan nampak macam best je, kamu-kamu angkatlah. jangan sampai hangus pula then ayam pula, kamu-kamu goreng asing. jangan lupa tambah garam skit dekat ayam tu. “kenapa tambah dalam ayam? pelik!” okey OE ada resonnya lepas ni. dan jadilah macam ni.... pastikan ‘empat sahabat’ tu dah tergoreng sempurna, juga ayam kamu-kamu.... nasi? jangan buat apa-apa lagi nampak benda alah warna hitam tu? hah itulah lesung. bukan lesung pipit... tapi batu lesung... korang bersedia, tumbuk ‘empat sahabat’ yang tadi kamu-kamu goreng tu. jangan sampai lumat. yang pentingnya nampak macam ditumbuklah. jangan malas okey... dan reveiw sekali lagi bahannya... nasi, ‘empat sahabat’, kicap and ayam... ada semuanya? okey, ini step yang terakhir. gaul segaul gaulnya.... sehinggalah jadi sebegini... “nampak macam apa je OE..............” tak kisahlah. yang penting kamu-kamu wajib try. sedap tau. gerenti! okeylah. OE berlalu dulu... dadadadada................
Labels: aku yg pelik, disember 2010, gambar2, resepi, sedih, teremo for more reading, click 'history' or 'future'... |
Me, Orkid Edyliyne
Mummy Babies Links Blog List Jom Kita Kawan!
conected to... boleh like2 jugak Nota Pemberitahuan
sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya. kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL! any novel's review? can visit that blog, okey... p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^ Big thanks...
Header Image : Hana Header Edited : me |