Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
BUAT SEMUA BENDA NAK KENA ADA SEBAB KE?
Tuesday, January 11, 2011 @ 6:48 AM

Salam...

Oh! Okey hari semalam memang penat. Nak kata penuh kelas dari pagi sampai petang? Oh sudah tentulah tidak.

“kamu pagi semalam bukan tak ada kelas ke? Sejam je dari pukul 8 sampai 9. Dan baru petang tadi kamu ada kelas balik. Itu pun after lunch, kan?”

Itulah tu. Petang tak sempat nak menjejakkan kaki ke tandas pun.

“Err... apa kena mengena?”

Oh sebab straight dari pukul 2 sampai pukul 7. Letih jugak... Lepas kelas, terus ko-k...

“OE... Jangan mengeluh. Kamu kan seorang pelajar. Kerjanya belajarlah, kan?”

Okey stop di situ...
MyEm0.Com

Dari hari tu OE nak tulis pasal satu benda ni, tapi asyik ditunda dan ditunda. Sampai terlupa sedikit. Kemudian baru ingat kembali

Memandangkan hujung minggu ni OE nak pergi BUKIT MERAH bersama... siapa eh?

“oh kamu masuk bawah satu rancangan pelancongan kah? Oh whatever...”

Tapi yang pentingnya OE tak adalah hujung minggu ni. Jadi jangan cari OE di bilik...

“ada ke orang nak cari? Macam dia popular sangat je...”

Balik semula pasal entry yang OE nak tulis tu...

Sebenarnya pasal ada orang cakap yang OE nie TALAM DUA MUKA or MUKA TIN BISKUT (ada 4 muka) or BERMUKA-MUKA...

Bukan depan-depan tapi kedengaran ada suara-suara halus lagi seperti mak nyah tak cukup hormonnya... gitu...
MyEm0.Com

Kalau orang tu cakap depan-depan. Mungkin OE akan senyum je rasanya...

“ke kamu slap sekali on her or his face? Ha! Watch out!”
MyEm0.Com

Ceh... OE nie tak adalah gangster kampung pisangkan...

Oh OE teringin nak tengok cerita HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH. Rasa macam best je cerita tersebut...

“OE... kamu dah keluar tajuk... kembali semula ke pangkal jalan”

Macam apa yang OE selalu cakap dan tekankan di sini... TAK KENAL MAKA TAK CINTA...

“kamu ke yang tekankan? Oh bukan sudah tentunya. Itu pepatah melayu you know...”

Bukanlah OE suruh kamu kenal OE dan jatuh cinta dengan OE... okey. Please correct that one...
MyEm0.Com

Kalau tak kenal OE, macam mana nak tahu OE nie macam mana. Kan? Kan? Kan?

Dan OE nak sangat cakap dengan orang-orang bersuara kecil tersebut... OE apa yang kamu-kamu tengok, tak sama dengan kalau kamu-kamu duduk sebelah OE dan start to know me...

Okey... please bare in mind that I’m different from different perspection...
MyEm0.Com

“pulak dah minah ni nak speaking. Dahlah BI tunggang terbalik...”

Sebenarnya... apa yang orang tak tahu tapi OE buat dan apa yang OE tak buat, orang juga tak tahu dan cuma tahu judge je...

1st – OE berlainan dari satu kawan ke satu kawan...
MyEm0.Com

Mean :
kalau OE ada dua kawan dalam satu masa, dalam perasan atau tidak, OE ada dua character dekat situ. Dan seterusnya kalau ada tiga atau empat. But usually, OE selalu dengan seorang sahaja dalam satu masa jadi orang tak pernah perasan yang ni

2nd - Dalam waktu yang sama, OE boleh guna bermacam kata ganti nama

Mean :
dalam satu keadaan juga... OE boleh guna ‘kau aku’, ‘saya awak’, ‘I you’, ‘OE awak’, ‘kita awak’ dan seterusnya seterusnya... banyak bukan. Itu juga memberi makna untuk yang 1st statement tadi

3rd – OE buat semua benda nak COVER kalau depan orang
MyEm0.Com

Mean:
Bila depan orang, OE akan jadi... makan dengan sopan santun, cakap sebolehnya tidak berterabur, sentiasa menunjukkan sifat pemalu yang amat. Okey itu memang tak dapat dielak sama sekali. Even untuk berbual dengan lelaki OE akan lebih banyak tunduk dari bertentang mata

4th – OE nampak garang bila tak bersuara dan akan jadi macam orang masuk air kalau berbual

Mean:
Orang takut bila tengok OE diam. Bak kata kawan OE dulu... diorang takut nak dekat atau tegur OE bila OE tengah serius buat kerja atau kalau OE diam je dalam kelas.

5th – OE nampak berlagak
MyEm0.Com

Mean:
OE nampak macam tak nak tegur orang. Suka bersendiri dan macam pilih bulu je bila nak berkawan. Dahlah suka pakai barang yang mahal. Lepas tu suka menunjuk...

Okay let me rationalize all the negative things... for the statement, all same as above...

1st – OE berlainan dari satu kawan ke satu kawan...
MyEm0.Com

Sebenarnya:
OE buat macam nie adalah untuk menyesuaikan diri. OE sendiri tak tahu kenapa OE selalu macam ni. OE akan ubah diri OE untuk selaras dengan seseorang tu bila OE dah berkawan dengan dia. OE tak harap dia berubah untuk OE sebab OE percaya memang susah untuk berubah. OE tak kisah yang tu sebab OE dah biasa buat macam tu. It’s call addaptation with surrounding... ceh...

2nd - Dalam waktu yang sama, OE boleh guna bermacam kata ganti nama

Sebenarnya:
OE buat macam tu, sama alasannya macam dekat atas tu. OE memang selalu akan ikut apa yang kawan OE tu gunakan dulu. Then baru OE akan ikut. Bukan disebabkan OE suka ikut orang, sebab OE nak dia lebih selesa berbual dengan OE.

3rd – OE buat semua benda nak COVER kalau depan orang
MyEm0.Com

Sebenarnya:
OE ni seorang perempuan dan sudah semestinya OE ada sifat perempuan. OE memang makan lambat walau dimana OE berada even dalam bilik pun OE makan macam tu
dan tak pernah OE ‘cover’ biar bagi nampak sopan santun. It’s come naturally. Jangan buat OE bersumpah okey... OE tak suka.
OE memang susah nak berbual dengan orang sebab OE tak tahu apa topik yang sesuai.
Dan kalau lelaki, silalah jarakkan diri kamu ketika berbual dengan OE supaya OE tak nampak macam saje nak cover ayu...

4th – OE nampak garang bila tak bersuara dan akan jadi macam orang masuk air kalau berbual

Sebenarnya:
Itulah OE. OE dilahirkan macam tu. Boleh buat orang gembira dan boleh mendisasterkan orang. Oh ganas... taklah. OE memang nampak garang, tapi sebenarnya tak. OE tak pernah jadi orang yang garang okey. OE sentiasa je nak senyum. Tapi, kalau tengah buat kerja, takkan nak senyum kan? Nanti orang kata tak center pulak...

5th – OE nampak berlagak
MyEm0.Com

Sebenarnya:
Okey OE tak pernah buat macam tu. Kalau boleh OE nak tegur orang. Nak buat macam mana, OE tak pandai nak mulakan perbualan.
Dan OE TAK PERNAH PILIH BULU kalau nak berkawan. OE nak kawan dengan semua orang kalau boleh.
Dan OE TAK PERNAH PAKAI BARANG MAHAL... siap buat huruf besar lagi... seriously memang OE tak pernah ada niat nak menunjuk. Kadang tu orang terperasan dan hati setiap orang kan... OE tak boleh nak jangka sedang hati OE sendiri OE tak dapat nak jangka. Kalau betul pun OE beli barang mahal, OE rasa orang pakai barang lebih mahal dari OE... buat apa nak menunjuk.

Pelase don’t judge me by just looking at what I’m doing at that instance...

Sometimes OE sendiri tak dapat nak agak apa yang OE akan buat. Apa yang OE akan lakukan.

Untuk pengetahun...
1...OE memang suka berlakon dan ada benda yang OE buat BUKAN atas dasar lakonan
(sebab OE suka eksperimen sesuatu mood. Kata penulis...)
2...OE memang suka buat benda pelik dan orang lain tak buat pun
(sebab OE sukalah. Kata penulis...)
3...OE memang kadang tu hipokrit sebab nak menjaga hati sesetengah pihak
(itulah OE... kata penulis...)
4...OE memang ramah kalau orang tak tengok OE terus ke mata sebab OE penyegan orangnya
(jadi jangan tenung saya... saya malu... kata penulis...)
5...OE memang selalu nampak blur
(sebab kadang tu OE tak focus dan otak OE sedang fikirkan benda lain... kata penulis...)


MyEm0.Com

“statement yang ke-4 tu, apa kena mengenanya dengan jadi penulis?”

Oh OE memang friendly orangnya... tak percaya... trylah...
MyEm0.Com


‘Okey OE memang gila sikit nak bermain dengan selendang tu. Tapi kat bilik jelah...’

“oh kamu kalau buat entry mesti nak panjang eh?”

Itu sudah semestinya sebab macam tulah OE. Kalau dah start menaip, tak nak berhenti dan ada je benda nak keluar

Kalau tak menaip, tak nak pula dia keluar idea ni, kan... sebab tu entry OE jarang-jarang

Okeylah. OE kena berlalu dulu...

OE katakan...
“tak ada siapa tak buat silap dalam dunia ni. Kalau buat silap, sebolehnya OE nak betulkan. Kadang tu, OE sendiri tak tahu apa silap OE pada orang sampai orang suka-suka nak judge OE macam OE nie tak ada telinga. OE tak buat orang, kenapa orang buat OE eh? Ish ish ish...”


Labels: , , , , ,


0 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me