Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE an independent girl? betul ke istilah ni?
Tuesday, January 4, 2011 @ 9:17 AM

HUSH-HUSH by PUSSYCAT DOLLS


I never needed you to be strong
I never needed you for pointing out my wrongs
I never needed pain, I never needed strain
My love for you is strong enough you should have known

I never needed you for judgment
I never needed you to question what I spent
I never ask for help, I take care of myself
I don't why you think you got a hold on me

And it's a little late for conversations
There isn't anything for you to say
And my eyes hurt, hands shiver
So look at me and listen to me because

I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby, hush hush

I never needed your corrections
On everything from how I act to what I say
I never needed words, I never needed hurts
I never needed you to be there everyday

I'm sorry for the way I let go
From everything I wanted when you came along
But I am never beaten, broken not defeated
I know next to you is not where I belong

And it's a little late for explanations
There isn't anything that you can do
And my eyes hurt, hands shiver
So you will listen when I say, baby

I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby, hush hush

No more words, no more lies
No more crying
No more pain, no more hurt
No more trying because

I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby hush hush

Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby

MyEm0.Com

salam…


apa kena mengena lagu nie dengan benda yang OE nak cerita ni?


“sebenarnya OE sendiri pun tak mengerti dengan diri sendiri”


Sejak pagi tadi lagi OE duduk layan lagu nie tak berhenti.


Boleh dikatakan dah nak 100 kali OE dengar


“naik toreklah telinga dia tu… haishlah budak nie”


dalam hari nie, nak dikatakan hari gembira OE, mungkin jugak sikit… asyik je tertawa senang hati

MyEm0.Com


sebenarnya OE nak cerita pasal semalam punya hal…


“apa-apa jelah OE oi… cepatlah sikit, kamu tak mahu tidurkah?”

Jam dilampu : 1.28 AM

Okey dengan pantas…


Semalam hendak dijadikan cerita, OE sepatutnya tak ada kelas, OE boleh menggatal terpegi kelas. Dengan muka bersungguh-sungguh…



Tunggu punya tunggu sampai punggung pun dah naik berapi dekat situ, tiba-tiba dapat tahu kelas tak ada hari tu


“dahlah seorang diri. Nampak sangat tak alert dengan persekitaran…”


OE pun apa lagi, dah terasa sadis sendiri, OE pun membawa diri untuk pergi membetulkan kad bank OE yang entah kenapa bila masuk je, dia tendang balik

MyEm0.Com

Nasib baik OE ayu… tak adalah OE tendang pula mesin ATM tu kan… jadi OE terus masuk dalam bank dan uruskan perkara tersebut


Selepas kejadian tersebut, OE dengan cergasnya ke kedai komputer berdekatan… bercadang nak menempah sesuatu…


Tak sampai beberapa minit OE dah keluar dari kedai tersebut…


“adakah OE ditendang keluar oleh pemilik kedai tersebut?”


Oh! Sudah tentunya tidak… ini menjadi RAHSIA DISEBALIK DIARI & MIMPI… eh salah… ini tajuk e-novel OE kan…


Biarlah ini menjadi RAHSIA sampai ke sudah entry ni…


“ada pula masa nak berahsia..”


OE keluar dan pandang jam… ‘oh! Baru 11 setengah! Awal lagi ni…’


Dengan tak sengajanya OE pun telah tercall pakcik Hanafi…


“opss… tercakap pula nama pakcik yang selalu jadi mangsa OE nie…”


Pakcik tersebut dengan berbesar hatinya nak hantar dan ambil OE balik sampai OE tiba depan pintu asrama. Alamak baiklah pula pakcik ni…

MyEm0.Com

“padahal memang dah kenal kan…”


Pakcik tersebut pun menghantar OE ke tempat kejadian


Masuk je dalam tempat kejadian (KB Mall, Kelantan) OE dengan tersenyum sendiri melangkah dengan yakin…


‘terasa mall nie macam OE yang punya’ – hati yang tak berapa kecil OE berbicara

MyEm0.Com

Tempat pertama yang dituju, WATSONS… oh entah benda merepek apa yang OE beli…


Dan bukan itu tujuan utama OE nak pergi mall tersebut, dan kemudian OE terus je menuju ke tempat yang sebenar-benarnya OE nak pergi…


Nak beli lampu study…


“bajet banyak sangat study sampai nak kena beli lampu study…”


Dan sekali lagi ada pakcik ni jadi mangsa OE… alahai… itulah nasib orang sekeliling OE kalau OE keluar sendiri…


‘pak cik… yang ni, warna pink… tolong carikan…’ – leher OE macam nak patah menjenguk atas rak


‘yang mana? Ini ke?’ – pakcik pula mematahkan lehernya untuk mencarikan OE lampu pink


Beberapa minit berlalu…


‘tak adalah… warna biru je yang ada’ – pakcik menggaru kepala


‘alah… saya nak warna pink… pakcik carikanlah lampu lain yang warna pink’ – barang di tangan OE letak mana-mana yang OE suka… buat macam mall tu OE yang punya sambil cari tempat nak duduk


Dengan muka kesian pakcik tersebut mencari dengan gigihnya tanpa sebarang bunyi


‘yang ni boleh?’ – satu kotak bertanda warna pink ditunjukkan pada OE


‘oh! Bolehlah. Janji pink. Jom pakcik’ – boleh pulak nak terajak pakcik tu ke kaunter pembayaran. Ingat pakcik tu escot kamu ke?


Yang pentingnya pakcik tu buat muka kesian je dekat OE


“tak ada siapa nak buli, kamu buli pakcik wahai OE? Bawak-bawaklah bertaubat nasoha sikit…”

MyEm0.Com

lepas tu dengan muka tak bersalah OE terus ke kaunter… yosh! Satu selesai… NEXT!


OE merantaulah satu mall tu… buat-buat macam tuan besar tengok store dia kan…

MyEm0.Com

Nampak kedai kasut… oh! OE nak beli sandle… terkonyong-konyong OE pergi ke kedai terbabit…


Perkara pertama, duduk… huh! Lega.


Dalam berapa saat, akak kedai tu dah tengok OE. Oh… masa untuk memilih. Toleh belakang, terus berkenan

MyEm0.Com

“dengan anak teruna siapa pula yang kamu berkenan tu OE?”


Oh jangan salah… berkenan dekat kasut. Akak dipanggil…


‘akak… nak saiz besar sikit… tak muatlah yang ni’ – kasut dah dibuka sebelah sebab menerai tadi…


Tanpa bersuara akak tu hilang… woshhh…


OE dengan muka bahagia seperti di bawah…



pergi tengok-tengok kasut lain dengan kaki sebelah pakai kasut, sebelah tak… alahai…


akak tadi datang menghampiri – ‘adik! Tak adalah… ini je yang ada…’


OE dah sedih…


Susah OE nie kalau dah berkenan dengan satu benda tu, itulah yang OE nak… dan nak suruh adakan jugak…


‘cuba try sekali lagi…’ – OE tak puas hati, masukkan sandle ke kaki… tarik betul-betul


‘hoh! Muatlah kak… yang inilah… ambikkan eh…’ – dengan buat muka comelnya…


Sabar jelah jadi akak tu kan…


Dan masanya untuk pulang… but OE singgah dulu McD… tak sahkan kalau tak singgah… lapar…


Dah tu, pergi cari pakcik mangsa pertama (pakcik teksi)


‘oh! Adik! Dah siap ke?’ – pakcik berlari-lari anak mendapatkan OE…


‘dah… sorrylah pakcik… lama tunggu (dalam 1 setengah jam)’ – OE hanya mampu buat muka comel


‘oh tak apa… pakcik pergi minum dekat warong depan tu je tadi’ – mesra pakcik dengan OE, kan? Kan? Kan?


“perasan!”


Dan entah apa yang pakcik berbual dengan OE panjang bebenor sampai depan asrama, OE pun melepaskan pakcik tu pergi dari menjadi mangsa OE…


Petangnya, OE pergi kedai komputer yang OE pergi pagi tu, ambil nie…


Oh… inilah dia ‘mamat pink yang bosan’

MyEm0.Com

“wait… kenapa banyak benda pink nie? Adakah sem nie OE nak jadi budak pinky? Oh yessa… OE rasalah”


Dan seterusnya sampai bilik OE terus kemas… dan ini susunan terbaru meja OE… OE still lagi penyambut tetamu bilik 358… oh… itulah dia…

Ni kasut yang OE paksa akak tu cari saiz untuk OE… tak adalah vouge tapi okeylah untuk dibawa ke kuliah…


Banyak benda pink… alamak ai…

MyEm0.Com

Dan penat…


Itulah sahaja perjalanan OE mengembara seorang diri.


Cuba menjadi independent sekejap…


Kadang tu, kita perlu escape dari mengharapkan orang.


Sebenarnya seronok kalau kita berjalan sendiri… tak perlu nak bertunggu-tunggu, kan?


Okeylah… OE rasa OE perlu tidur…

Jam di lampu berwarna pink : 2.07 AM

Dan OE berlalu dulu...

OE katakan…

“sebenarnya lagu tu nak tujukan pada seseorang yang pernah ada di sisi OE (dengan lebih lemah-lembut, macam nak nyanyi lagu leleh gitu). Awak tak perlu risau, awak tak ada pun, saya still boleh hidup dan bernafas… juga jalan walaupun sendiri… that’s all I can do so that I not think about you every moment. Saya harap awak bahagia dan tenang di sana…”

Oh… ini jam pun OE beli waktu berjalan tu… OE memang suka boylish style… tapi suka pink… macam manalah OE nie tau…


Labels: , , , , , , , , ,


0 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me