Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
3 in 1... untuk mengenakan 1 hari, 1 entry
Thursday, February 17, 2011 @ 5:13 PM

Salam...

Untuk memudahkan OE dan memanjangkan lagi entry OE untuk kali nie, OE nak bubuh 3 cerita terus...

Yelah sebab hari ni hari Jumaat nak digunakan untuk berehat dan mengarang untuk e-novel OE yang dah seminggu tak update tu...

Cerita pasal... Kejadian yang semalam, yang semalam-semalam punya malam dan yang terfikir semalam dan baru nak tulis hari ni

MyEm0.Com

OE mulakan dengan yang terfikir semalam... OE ada cakap dekat entry lepas kalau perasanlah...

Pasal kenapa kita tak digalakkan menggerakkan kaki... you know what I mean, right? If not, just ask...

“mula dah...”

Okey OE bagi dalam bentuk pointlah senang sikit nak membaca kan...

1-tak digalakkan sebab menggerakkan kaki tu bermakna kita dalam keadaan nervous dan ia amatlah tak digalakkan ketika pergi interview atau berhadapan dengan seseorang yang penting

2-tak digalakkan sebab ia menunjukkan sifat kita yang mudah menggelabah. Kan tak elok kalau musuh kita tahu yang kita cepat melatah...

MyEm0.Com

Cont. 2- nanti senang je dia nak jatuhkan kita. Dan orang jenis ni memang sentiasa ada benda yang dirisaukan di benaknya dan tak tenang orangnya.

“benak eh OE... ada pula terkeluar ayat novel”

3-tak digalakkan terutamanya kaum perempuan sebab ia nampak kurang manis

OE tak bermaksud nak rujuk pada sesiapa. Cuma kalau bolehkan kita nak nampak manis walaupun kita berkelakuan otai sedunia.

OE pun otai juga apa... tapi OE tak gerakkan kaki. Kaki statik je

“eleh... bajet macho dan coollah tu OE... ingat orang tak tahu agenda kamu?”

4-tak digalakkan sebab mengganggu perhatian orang. Sebab tak semua orang selesa kalau orang sebelah dia sering menggerakkan kaki sehinggakan kadang tu sampaikan orang sebelah kena tempiasnya. Tak elok..

MyEm0.Com

5-tak digalakkan sebab ada maksud yang tak elok disebalik sering menggerakkan kaki tu. Err... macam mana nak cakap eh...

MyEm0.Com

“just share je OE... berterus terang kalau kamu tahu supaya orang pun boleh perbaiki diri”

Okey... maksud menggerakkan kaki kalau yang contohnya tapping kaki tu... you know what I mean? Harap-harapnya fahamlah ye...

cont. 5-Itu bermaksudnya, keinginan sex kamu tinggi. Entahlah sebab apa macam tu tapi, OE pernah terbacalah. OE tak ingat dekat mana. Just nak share pada yang tak tahu

Tapi OE tak tahu sejauh mana kebenarannya. Jangan pula baling durian dekat OE sebab OE silap okey... silalah tegur

Itu dari pendapat OE lah. Memang agak tak elok kalau kita menggerakkan kaki terlampau kerap jadi cuba kawal diri... boleh macam tu?

MyEm0.Com

Then... pasal semalam...

OE amatlah lapar semalam dan bila perut dah bergendang tak tentu pasal tengah-tengah syok OE menjelajah alam maya, barulah OE ingat satu benda...

OE tak makan tengah hari lagi rupanya... alahai... patutlah lapar sangat...

“kesian betul ini budak. Pelupa sangat macam mak nenek dah bongkok tiga”

Jadi... OE pun dengan bersemangat juangnya... masaklah benda ni...

Ceh macam masak ayam masak merah je nak dibanggakan... kan tak logik tu

nak buat macam mana. Dekat asrama, tak boleh memasak

“ceh... padahal memang tak pandai masak. Masak maggie pun fail. Nasib baik lapar, makanlah juga”

OE nak kongsi macam mana OE buat maggie sebab kawan OE kata cara OE buat maggie pelik... nampak sangat OE fail bab-bab masak ni kan. Sadis...

MyEm0.Com

Resepi maggie kari sedap sehingga menjilat jari:

1-mula-mula masak air dalam heater. Tunggu sambil korek hidung

MyEm0.Com

“oh jangan nanti tambah masin pula... pengotor”

2-setelah itu, letakkan air ke dalam mangkuk yang kamu rasa sedang elok. Janganlah besar alam pula sedang nak masak satu packet je

3-masukkan perencah kari ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata dan memberi warna kari tersebut dan barulah masukkan maggienya ke dalam air kari tadi

Kenapa OE boldkan yang dua tu, entah... fikir-fikirkanlah. OE sadis nak menerangkan kenapa OE buat maggie macam tu

MyEm0.Com

Dan dah tentu-tentu ada tips untuk membuatkan maggie nie jadi sedap.

Silalah makan menggunakan chopstick sebab dengan itu ia akan menjadi bertambah sedap 4 kali ganda

“ceh... bajet dia tu separa cinalah tu nak guna chopstick”

No no no... entahlah kenapa OE rasa sedap kalau makan guna chopstick. Layankan je

MyEm0.Com

Stop that... untuk yang cerita semalam semalam punya malam pula...

Ada OE tengah jalan-jalan dekat mydin tiba-tiba ada orang ni cakap dekat OE...

“macam artislah. Boleh nyanyikan satu lagu?”

– I remember exactly what that person said

OE dah blur dekat situ

MyEm0.Com

Nak gelak, rasanya tak kelakar. Nak menangis, rasanya tak adalah sedih pun. Nak terharu, lagilah macam orang gila nanti jadinya

Akhirnya, OE pun senyum dan dengan muka sposennya OE nyanyi...

MyEm0.Com

okey tipu...

OE terus je tunduk dekat dia dan berlalu begitu tanpa apa-apa benda yang orang tu harapkan

Ada muka macam ni dia kata artis...

The style I ware that night, exactly like this...

Ke orang tu rabun? Hailah...

MyEm0.Com

OE rasa itu jelah untuk kali ni. OE sebenarnya mengantuk lagi ni. Semalam tidur lewat sangat sebab terlampau khayal dengan dunia baru OE di alam maya

Okey... OE berlalu dulu...

OE kata kan...

“sekarang ni punya dunia, kadang OE pun tak faham. Kadang OE yang blur menjadi bertambah blur dibuatnya. And jangan gelakkan cara OE masak maggie... sadis betul maggie pun tak pandai nak masak. Dan pesanan OE, kalau nak gunakan, silalah... OE memang suka menolong orang”


Labels: , , , , , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me