Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
cikgu OE nak mengajar tips periksa
Wednesday, February 16, 2011 @ 11:51 PM

Salam...

Oh begitu penat menjadi cikgu mengajar roommate OE bermake-up dan memakai selendang...

MyEm0.Com

Nasib baiklah dia ni jenis senang belajar... kalau tidak, pasti Cikgu OE dah mencubit beliau sebab geram punya pasal...

“tak baik betulkan OE nie... nak mengajar, tapi tak sabar”

Tapi... disebabkan OE memang berminat dalam hal macam ni, terutamanya bab-bab nak pergi dinner nie kan...

MyEm0.Com

OE pun tak kisahlah mengajar dia dari sebelum tengah hari, sampai petang...

Sampai penat dia... tertidur-tidur dibuatnya..

Samapi OE terlupa yang sebenarnya OE nak buat entry untuk blog nie...

Tak ada apa sangat pun benda yang OE nak beritahu.. pasal tips dos and don’ts if you sit for exem

“ceh... english dia yang broken tu dah keluar...”

MyEm0.Com

Ini OE buat cuma pandangan OE lah... tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggalkan dunia ini

“merepek!”

Okey... mula dengan...

1-masuk dalam dewan periksa dan duduk di tempat yang sepatutnya kamu duduk. Janganlah duduk tempat orang lain dan lepas tu bila orang sebenarnya duduk dekat tempat tersebut datang, kamu mulalah nak buat kecoh yang sit kamu tak ada atau telah diambil oleh orang lain

2-dah tu, duduk dengar arahan dari pengawas. Janganlah kamu nak buat kepala kamu je. Pengawas kata jangan buka, janganlah pula kamu gatal juga nak buka lepas tu terus jawab dengan jaya dan pantasnya macam masa yang diberi untuk kamu menjawab nanti, seakan tak cukup

3-dah mula pengawas suruh menjawab, kamu jangan main terjah je sampai tak tahu mana satu kertas soalan, mana satu kertas jawapan

“melampaulahkan kalau tak tahu kertas soalan atau bukan”

Cont. 3-bacalah doa sikit supaya saluran ingatan kamu tu, lancar. Sekurang-kurangnya baca doa penerang hati...

Dan seterusnya... benda ni yang OE nak tekankan pada sesiapa yang duduk berdekatan dengan OE bila exem atau test...

MyEm0.Com

“macamlah orang yang baca blog kamu ni, satu tempat study dengan kamu cik OE oi... apa-apa jelah”

Tak kiralah.. sebab OE rasa, benda ni pun akan buat certain orang rasa kurang selesa...

4-kamu tak perlulah memutarkan pen di jari sebab kononnya nak lebih mudah berfikir. Buat kata pen tu jatuh, terpelanting jauh sampai tak tergapai dek tangan, tak ke menusahkan orang pula. Elakkan sama sekali.

MyEm0.Com

5-pastikan kamu jangan bergerak terlampau kerap @ terlampau drastik sampaikan orang rasa tak selesa dengan kamu. Contohnya, menggerakkan kaki dengan ganasnya.

Oh... OE memang sanggat tak selesa kalau orang duduk sebelah OE dan sering menggerakkan kakinya... nanti dalam entry seterusnya OE akan bagi sebab kenapa kamu tidak digalakkan menggerakkan kaki

6-kalau kamu hendak meminta kertas lebih dan kemudian hendak memanggil pengawas peperiksaan, pastikan kamu tiada bau ketiak yang kuat... supaya tak membantutkan pemikiran kawan di sebelah kamu. Okey... ini merepek

Dan lagi... ini benda yang OE rasa, patut dilakukan ketika menjawab kertas periksa...

MyEm0.Com

7-kalau boleh, dalam kertas jawapan kamu terutamanya dalam test bertulis, kalau boleh kamu tulis tu biarlah besar dan jelas. Jangan sampai kamu sendiri pun pening nak baca tulisan kamu sendiri.

Kamu bayangkan kalau pemeriksa baca, tambah-tambah Prof.-prof. yang dah berumur tu. Tak ke nanti dia 10x lagi pening dan ia akan menurunkan kadar markah kamu sebenarnya.

Jadi, tulislah dengan besar dan semangat. Sebab tulisan besar dan kemas itu bermakna, kamu seorang yang yakin.

Jangan jadi macam tulisan bawah ni...

okey... itu tulisan OE... nota waktu pergi kelas pagi tadi

8-nak jawab tu, kalau boleh jawab yang kamu yakin benar-benar kamu tahu soalan itu, apa jawapannya. Macam 10+10 sama dengan... atau (log10 + sin 90 -72) x cos 90 sama dengan...

Dah tentulah kamu nak jawab yang 10+10 tu dulu kan... walaupun tak mengikut turutan soalan. Sebabnya, setiap soalan yang kita jawab akan membuatkan semangat kita naik, atau turun. Kalau awal-awal dah jawab yang kita tak boleh jawab, dah tentu-tentu kita rasa down... kan kan kan...

9-tenang sahaja ketika menjawab... jangan mengelabah sebab kalau menggelabah, idea takkan keluar. Terutamanya soalan esey... guaranty punya sumbat otaknya

10-kamu tak perlulah membincangkan soalan yang dah kamu jawab dengan kawan bila keluar dari dewan periksa sebab ia lansung tak memberi apa-apa kesan terhadap markah kamu sebab kamu dahpun keluar dan dah submit kertas kamu tu

MyEm0.Com

Kalau tak nanti buat kamu tension je sebab tahu apa yang kamu jawab tu salah. Tak perlulah berbuat begitu

Okeylah 10 jelah nasihat yang OE boleh berikan... yang selebihnya, kamu fikirlah sendiri

“pulak macam tu”

Sebenarnya OE dah mengantuk dan pening kepala. Nak rehat sekejap sebelum sambung mengajar roommate OE untuk trick solekkan yang seterusnya

MyEm0.Com

Okey... OE berlalu dulu ye....

OE katakan...

“kalau kamu nak praktikkan apa yang OE tulis tu, silalah.. tapi kalau tak setuju pun, janganlah marah OE sebab semuanya dari diri OE sendiri, OE tak pula terfikir nak tanya orang lain. Jadi OE tanya kamu, kamu setuju ke dengan apa yang OE tulis?”


Labels: , , , , , , ,


6 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me