Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
laksa dan minggu pink sedunia?
Friday, February 18, 2011 @ 6:31 PM

As salam...

Oh amatlah tak eloknya ini budak tidur sampai matahari dah naik. Entah apa je yang dimimpikan sampaikan tak bangun-bangun tak sedar-sedar

Entry nie dari semalam punya hal dan juga seminggu yang telah berlalu yang telah mematangkan usia OE

MyEm0.Com

“oh janganlah kamu pakai tagline Safi Rania Gold tu”

Dan juga kamu... janganlah lari sebab takut OE cerita panjang lebar. Oh tidak sebab OE bukan nak cerita panjang-panjang.

Dalam entry nie pun hanya banyak gambar je. Gambar kan mampu menceritakan segalanya

“oh can anyone stop this budak from being copy othres tagline?”

Eh kenapa OE pakai perkataan budak dari tadi? Adakah disebabkan OE baru mendapat seorang budak?

MyEm0.Com

Oh sudah semestinya tidak sama sekali

Apasal OE macam tak betul menaip entry ni? Entahlah... abaikan je ye

Okey first of all... OE nak cerita pasal OE pergi pasar malam semalam

“berapa banyak malam dah dia nak guna”

OE pergi tu dengan kawan OE. OE sebenarnya pelik dengan certain orang yang berjual dekat pasar malam ni

Kenapa diorang tak pernah SENYUM eh?

MyEm0.Com

Tertanya-tanya OE dibuatnya. Boleh nak dikatakan, OE dekat Kelantan ni je OE pergi pasar malam, I mean, OE duduk asrama je, barulah OE menjejakkan kaki ke pasar malam

Sebab orang rumah OE tak makan benda pasar malam. Biasanya ayah OE atau ibu OE yang masak dan tak pernah diajar untk pergi pasar malam

Dan yang satu lagi peliknya pasal pasar malam ni, kenapa benda yang diorang jual tu kadang TAK BERKUALITI

MyEm0.Com

Cuba suruh diorang makan, agaknya diorang pun tak nak makan

Oh dekat sini, OE suka makan laksa penang. Kenapa?

Sebab itu makcik yang menjual laksa tersebut pandai nak senyum dan juga laksanya amatlah sedap

MyEm0.Com

Sebentar...

Okey iniah laksanya... memang the bestlah bagi OE dekat sini. OE tak jumpa lagi yang dekat pasar malam tu, sesedap yang ini

MyEm0.Com

Of courselah ibu OE punya laksa lagi sedap dan disebabkan OE duduk jauh dan jarang dapat makan laksa ibu, jadi seminggu sekali OE makan laksa makcik ni

OE sungguh tak suka kalau orang MENIPU bila dia jual makanan. Sangat-sangat tak suka

MyEm0.Com

Dahlah pasal makanan, OE nak cerita apa yang terjadi seminggu minggu lepas

“minggu pula yang banyak”

Sebenarnya OE cuma nak cakap yang minggu lepas nak pergi kelas, OE mengikut tema kesukaan OE, pink hitam

MyEm0.Com

Tak caya? Okey scroll down a little bit...

MyEm0.Com

Ini hari Ahad... dekat Kelantan, Ahad adalah hari berkerja

Ini hari Isnin

Ini hari Rabu

Ini hari Khamis

“mana pergi hari Selasa OE oi... kamu tak pakai baju ke?”

Oh jangan membayangkan... cuba ingat balik apa benda yang berlaku hari Selasa... ingatan kamu-kamu mesti kuat lagi kan... jadi ingat sendiri...

OE memanglah penggemar pink dan OE tak tahulah kenapa sekarang OE dah jadi semakin fanatik dengan pink

Oh pink... I love you

MyEm0.Com

“merepek!”

Dan dikenakan pula dengan benda yang OE tatang dan bawa pergi kelas pun adalah warna pink juga...

Okeylah... dah terlampau banyak benda pink dalam persekitaran OE sampaikan OE rasa sekarang OE dah menjadi seorang yang... errr... yang... apa eh nak cakap...

Alah malaslah OE nak fikir panjang-panjang... OE nak pergi bercanda dipasiran pantai sambil makan lolipop

MyEm0.Com

“ingatkan dah hilang dia punya senget dia tu”

Taklah... OE nak pergi jalan-jalan cari bahan pembacaan...

Okey... OE berlalu dulu...

OE kata kan...

“cuba kamu-kamu perhatikan kawan-kawan kamu yang gemarkan pink, macam mana diorang punya behavior? Tak pun kalau kamu yang gemar pink, cuba kamu fikir-fikirkan macam mana sifat kamu? Adakah manja dan lembut macam OE? Tet...”


Labels: , , , , , , ,


14 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me