Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
ayah OE romantik... ayah kamu?
Monday, February 28, 2011 @ 3:12 AM

As salam...

OE hari ni tak boleh berhenti duduk depan blog disebabkan tidak mahu kebosanan yang teramat kerana seharian duduk dalam bilik yang indah ini

oh tadi waktu OE buka facebook, OE ternampak satu benda yang akak OE post... mungkin semalam, mungkin hari ni

sebab sekarang ni OE dah tak berapa kerap buka facebook macam selalu

kalau nak cari gambar OE dekat facebook memanglah dah tak ada... OE entah dah buang ke apa, OE pun tak pasti...

tengok jelah muka OE yang besar bebenar tu dekat profile picture... OE memang tak aktif sangat FB sekarang ni

kalau nak cari OE, wujudnya OE dekat blog ni hah

"wujud? apakah ayat yang kamu gunakan OE?"

jadi time ada mood, OE bukalah FB dan OE ternampak benda di bawah ni... buat OE tersenyum dan ingatkan ayah OE

kalau tak dapat melihatnya, click untuk bagi dia besar ye... abaikan tarikh tu... OE dah edit, tapi OE rasa OE nak post hari ni jugak sebab dah tak tahan...

oh inilah situasi keluarga OE... ayah memang suka tunjuk romantik dengan ibu OE

biarlah dah tua, biarlah dan ada uban di janggut, jalan tetap berpegang-pegang tangan

OE suka tengok cara ayah sayang ibu... OE suka tengok cara ibu manjakan ayah

boleh gitu?

OE ni membesar dalam keadaan yang nampak ayah OE bermanja dengan ibu. makan suap-suap

jadi OE dah tak kisah... dan of courselah diorang yang jadi cikgu mengajar benda-benda asas ni untuk OE dan adik-beradik

tengok tu...

birthday ibu nanti, diorang pergi Dubai. InsyaAllah...

ini tak dekat. ayah kata :

'kenapa ambil gambar suka jauh-jauh. tak nampak hidung ayah yang mancung ni'

dan terus ambil gambar bawah ni...

hah! kan... dengan mulut terbuka sekali...

OE rindu mereka... amat-amat... mata OE berair buat entry ni

hish! inilah yang OE malas ni menunjukkan ke tidak machoan OE nie

dan yang pentingnya... OE rindu juga mereka di bawah ni...
kak esah, yome, amin, mukmin...

kak ma rindu!

alahai... kenapa lambat sangat nak balik rumah ni? OE nak cuti...

"startlah homesick dia tu. hai budak ini tau. duduk diam-diam dekat Kelantan ni. habiskan study"

OE harap sebelum atau selepas ibu dengan ayah pergi Dubai, OE dapat balik. tak kiralah sekejap je pun...

OE sempat juga nak belek semua gambar-gambar yang OE ada dan jumpa beberapa gambar OE bersama mereka yang tersayang...

ayah dengan ibu je tak ada sebab dah besar gambar ayah dengan ibu dekat atas tu hah

OE dengan kak Esah... akak yang paling seksi, yang paling memahami, yang paling suka mendengki, yang OE rindu

OE dengan amin... kenapa tak ada adik di hadapannya?

pergilah entry khas birthday dia untuk tahu...

amin yang suka cakap diri handsome dan comel, amin yang suka pukul-pukul manja tapi tak manja lansung, amin yang banyak awek, amin yang OE rindu...

OE dan yome... yome yang ganas dan boylish, yome yang asyik nak buat rambut Amber tapi tak jadi, yome yang suka cerita pasal kawan dia, yome yang OE rindu...


OE dan mukmin... mukmin... ama rindu mukmin...

'ya kesian macam budak kecik' - mukmin jawab dekat wall post dia

mukmin... mukmin yang gendut, mukmin yang ada lemak dan OE suka dengan hangat badan gendut dia tu, mukmin yang suka bebelkan OE macam orang tua, mukmin yang suka tamak, mukmin yang OE rindu

argh! dah tak boleh nak tahan... pipi dah terlampau panas menahan air mata

"alahai skema diwaktu-waktu begini"

OE RINDU DIORANG...

kalau dekat rumah, waktu lepas Isya' mesti ayah balik bawakan OE rojak sambil cakap

'ni makan. ayah dah beli ni banyak. ayah tahu kau makan banyak'

ayah... orang makan asyik skip je kalau deka asrama...

kalau malam pula, ibu balik je mesti nanti dia bebel

'ni kenapa tak tidur lagi? pergi tolong ibu angkat barang'

ibu... orang selalu malas dekat asrama. baju pun malas nak basuh

susahlah... OE dah tak boleh tahan.. nanti OE menangis...
MyEm0.Com

OE katakan...
"kadang kita rasa nikmat sangat bila berada dengan keluarga. kadang bila dah jauh nie, OE selalu fikirkan diorang. bila fikirkan diorang, kadang boleh tersenyum fikir gelagat diorang. kadang boleh menangis sebab rindukan diorang. hailah..."

Labels: , , , , , ,


12 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me