Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
bercinta kalau pergi WATSONS
Wednesday, February 23, 2011 @ 5:54 AM

As salam...

music mood : rock and karok

MyEm0.Com
perkataan bercinta boleh diertikan sebagai...

- pergi menemui cinta
- lama sangat
- susah sangat

untuk menerangkan tiga keadaan dekat atas tu... OE lebih pada erti yang nombor dua

"OE... kenapa awak start dengan ayat-ayat skema ni?"

oh sebenarnya OE hari tu adalah singgah Watsons... kalau tak tahu watsons dalam zaman sekarang ni, OE tak tahulah nak cakap

mesti ada antara kamu-kamu yang memang beli banyak barang di Watsons dan ada kalanya suka-suka hendak menjenguk Watsons hanya kerana nak tengok new stuff yang ada dekat sana

okeylah OE sediakan gambar beg plastik Watsons supaya kamu-kamu dapat merecall balik apa itu Watsons pada hati kamu-kamu

health
beauty
fun

pada mulanya OE memang rasa fun nak pergi ke Watsons... lagi-lagi bila fikirkan barang yang OE nak beli
MyEm0.Com

tapi sampai je di Watsons, OE rasa sedikit kurang fun tu sebabnya OE terpaksa duduk lama dalam tempat berair cond itu semata-mata nak beli...
satu barang ni je...

"kebiasaannya OE pergi beli barang make-up OE dekat Watsons je, bukan maksud OE untuk mempromote tempat tersebut"

lama bukan sebab OE terlampau lama memilih macam yang OE selalu cakap dekat orang

'nak pilih benda ni pun bercinta' - dengan muka bosannya

sebabnya OE bila nak beli barang, memanglah amat mudah hanya dengan beberapa step...

1- masuk dalam tempat tersebut
2- terus tuju pada tempat yang ada barang yang hendak di beli
3- nampak je barang tersebut terus gapai
4- berlalu tanpa toleh lagi

kebiasaannya OE boleh berbelanja secepat 15 minit dan menghabiskan dalam 200 ke 300 lebih dan membawa keluar 20 hingga 30 barang untuk ke kaunter

"itu pun kalau ada duitnya di tangan. kalau tak ada, OE tak adalah masuk tempat-tempat mall yang besar-besar"

MyEm0.Com
oh tabiat OE berbelanja memang teruk sehinggakan ibu OE cakap macam ni dengan OE

'kahwin dengan tokey balak pun boleh bankrup' - ibu marah

MyEm0.Com
okey OE akui memang buruk gaya OE berbelanja kalau OE ada duit
MyEm0.Com

"wait... apa kena mengena bercinta dengan berbelanja"

oh! terlari tajuk pula

balik semula pada bercinta kalau pergi Watsons:

yelah OE waktu tu dahlah nak cepat. OE pun dengan machonya menggapai apa yang OE nak dan terus ke kaunter

dengan senyuman lebar dan semanis madunya

'nak bayar ke?' - tanya akak di kaunter

OE terkebil-kebillah kejap ditanya macam tu
MyEm0.Com

nak je OE cakap, 'takkanlah OE nak tengok muka akak pula datang sini'

tapi tak adalah OE nie jahat sangat kan. OE pun senyum jelah

dan dia pun cakap...

'adik ada kad Watsons? nak buat kad? dapat discount, dapat barang free. nak?' - sudah lebih 100 kali OE dengar ayat dia ni

OE nak kata biasa pergi Watsons, tak adalah memandangkan Watsons yang dekat Kubang Kerian ni pun baru je buka hujung tahun lepas

tapi OE rasa akak tu selalu jugak tengok OE sebab obviously OE kalau datang Watsons mesti buat benda pelik
MyEm0.Com

apa peliknya? lain kalilah OE cerita. segan pula nak cerita nanti mesti orang kata OE tak matang

jadi akak tu memang dah kenal OE lah kan...

dan dia pun promote kad dia tu sampai OE rasa huh! terbakarnya!
MyEm0.Com

okey taklah... OE cuma menggeleng dan buat muka innocent

menggeleng dan menggeleng dan menggeleng dan menggeleng

sampai OE cakap dalam hati... 'akak tolonglah berhenti. janganlah paksa saya'
MyEm0.Com

memang OE nie tegar sikit. kalau OE kata nak beli yang itu, itu jelah. tak payahlah habiskan masa nak tawarkan OE benda lain sebab OE takkan nak beli punyalah

dan akak tu pun terus bercakap dan bercakap. datang lagi kawan dia bercakap juga pasal kad yang sama

OE menggeleng dan menggeleng sampai rasa macam nak menangis
MyEm0.Com

"dahlah OE... kalau macam ni sampai bila nak habis cerita?"

last sekali kawan dia cakap

'adik nak cepat ke?' - dalam loghat Kelantan

OE memang dah tak keluar perkataan apa sebab dah naik 15 minit OE diri depan kaunter tu sambil menggeleng

nasib baik tak teleng

dan akhirnya OE dilepaskan dengan kecewanya

"ada ke orang nak kecewa kamu tak beli barang dia?"

oh memang OE rasa bercinta kalau pergi Watsons...

okeylah... OE bagi ruang untuk kamu-kamu recall balik apa-apa kejadian yang dah berlaku antara kamu dengan Watsons...
MyEm0.Com

jadi, OE perlu berlalu dulu...

OE katakan...
"kadang tu bukan OE tak nak beli, sebab OE rasa benda tu tak penting untuk OE. memanglah dia ada discount dan dapat barang percuma. tapi untuk barang yang dalam list dia je. kalau OE beli luar dari list dia, OE takkan dapat apa-apa. jadi, buat apa OE beli sebab bukan selalu pun OE nak tahu perkembangan Watsons"

Labels: , , , ,


16 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me