Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
contest by Orkid Edyliyne
Thursday, February 24, 2011 @ 6:36 AM

As salam...

Oh OE rasa amat berdebar hendak melakukan perkara ini

apatah lagi memikirkan...

...apakah sambutan yang akan OE dapat nanti?

MyEm0.Com

oh sehinggakan OE rasa amatlah takut sekali

sekali je... taklah berkali-kali

"okey cukuplah berdrama di sini dengan ayat yang begitu skema alam"

OE rasa nak sangat buat contest sebenarnya sebab OE nak bagi orang hadiah

boleh gitu?
MyEm0.Com

tak adalah susah pun sebenarnya contest yang OE buat ni... cuma nak buat yang sempoi-sempoi je sehinggakan orang yang multitasking boleh membuatnya sambil makan jagung rebus
MyEm0.Com

OE tak nak buat yang terlampau mencabar sehinggakan orang rasa berat hati nak join contest OE yang BUAT PERTAMA KALInya OE anjurkan ni

"dah-dahlah tu kata-kata aluannya OE oi... start jelah"

okeylah... OE start ye... dengan lafas Bismillahhirahmannirrahim...
MyEm0.Com

OE nak buat contest yang bertajuk : ODD BEHAVIOR CONTEST (contest perangai pelik)

okey OE tak tahu nak buat macam mana bannernya, jadi OE hantam sajalah...
MyEm0.Com

dan OE beri syarat-syaratnya:

1- ikut suka kamu yang join ni sama ada nak follow blog OE yang pink dan macho ini atau tidak

2- tajuk yang kamu nak tulis, suka hati kamulah. blog kamu

3- letaklah dekat entry tu nanti, banner yang ala-ala banner nak pergi melancong ke mana tu kan

4- dan kamu pecahkanlah sedikit rahsia tentang PERANGAI PELIK yang kamu ada. kalau nak panjang sampai macam karangan budak sekolah rendah pun, OE pasti akan membacanya

5- contest ni terbuka kepada semua orang tak kira keturunan, jantina dan wang ringgit yang kamu perolehi

6- contest ni OE nak buka dari saat dan detiknya entry nie keluar sampailah akhir bulan 4 (30 April 2011) dan pemenang kemungkinan akan diumumkan pada bulan 5 pertengahan atau hujung selepas OE habis exem

7- pasal tag pulak... sukalah kamu nak tag ke tidak. OE alu-alukan kalau kamu nak tag orang sebab lagi ramai lagi meriah, kan?

8- juga jangan lupa tinggalkan link ye di kotak komen OE di bawah...

9- apa lagi eh? oh! about the presents... nanti dekat bawah ye... scrollah sikit

MyEm0.Com
tamatlah sudah syaratnya... dan OE pun naklah juga menerangkan contoh-contoh supaya kamu-kamu tak adalah tersesat jalan ketika melakukannya nanti

"sesat jalan? ingat nak berjalan menuju bahagia ke apa?"

okeylah...

perangai pelik yang OE ada...

...OE ni tak boleh naik atas katil
sebabnya : OE nanti mesti nak cium bantal busuk OE yang bernama ginger yang berwarna merah

...OE kalau jumpa orang lebih tua OE akan tunduk ala-ala orang Jepun
sebabnya : OE menghormati mereka dan OE rasa mereka perlu dihormati

...OE jalan pelik
sebabnya : kadang OE rasa OE jalan tu macamlah cat walk tapi kadang macam penguin pun ada jugak. last-last OE namakan dia penguin walk

...OE suka makan benda yang sama dan tak pernah muak
sebabnya : OE kadang tak berani cuba benda baru dan OE dah rasa benda tu sedap, dari ambil risiko, lebih baiklah OE makan benda yang OE dah tahu ianya sedap

...OE pernah mengurat seseorang
sebabnya : OE suka dekat dia dan nak buat macam mana lagi. ngurat jelah

...OE suka berjoget bila kebosanan tak kira depan orang ataupun tidak
sebabnya : untuk menghilangkan ketegangan urat-urat OE terutamanya ketika menunggu kawan OE berbelanja

okeylah dah terlampau banyaklah pula

jadi kalau kamu-kamu nak buat macam apa yang OE buat pun boleh, and if you want make it with your own style pun boleh (allowed)

"rasa macam skema je entry ni. gasaklah"

oh again I almost forget about the presents...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
MyEm0.Com

okey ianya adalah...

tempat pertama : seekor teddy bear berharga RM40
tempat kedua : seekor teddy bear berharga RM 30
tempat ketiga : seekor teddy bear berharga RM 20
saguhati pertama : topup RM10 untuk mana-mana rangkaian (5 orang)
saguhati kedua : topup RM5 untuk mana-mana rangkaian (5 orang)

sponsored by IBU OE
MyEm0.Com

"dan nanti OE kerja dengan beliau untuk memberi hadiah tersebut. jangan risau"

dan teddy bear tu nanti, disetiap belly teddy-teddy tersebut, OE akan jahitkan dengan cantik dan indah

'THE MOST ODD PERSON'

tag:
2- cik BELLA AYUB
8- kamu semua yang membacanya ye...

"tak nak cukupkan 10 ke OE oi? kalau boleh semua orang kamu nak tag"

macam mana? silalah join ye...
MyEm0.Com

jadi, OE perlulah berlalu dulu sebab OE nak pergi jalan-jalan sekejap

OE katakan...
"OE tak kisah kamu-kamu nak buat macam mana. yang penting ada isi dan kereative... don't copy others okey dear. dan juga, kalau kamu nak letak gambar pun, OE tak kisah. ikut suka rasa okey and don't forget to put the banner at your sidebar okey."

Labels: , , ,


53 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me