Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
(tips) opsss... duduk jauh2lah sikit
Sunday, February 27, 2011 @ 2:27 PM

As salam...

caution: siapa yang rasa diri dia terkena, tak perlulah terngadah dan membalas balik perlakuan OE, sesungguhnya OE seorang budak yang sangat innocent dan tak tahu apa yang diperkatakan itu adalah salah (sometimes)

sungguh hari ni OE rasa penat walaupun baru pagi hari

dahlah tak ada kelas. alamatnya duduk membuat tahi mata jelah dalam bilik, paling tak pun pergi buat kawan baru sampailah perut terasa kelaparan

"apalah nak jadi dengan kamu ni OE? kan saya suruh bertaubat"

MyEm0.Com
untuk pengetahuan kamu-kamu, OE punya hidung nie sangatlah sensitif terhadap bau yang dihasilkan atau terhasil dari mana-mana tempat

kalau OE terbau je something yang tak sedap, startlah OE akan mencari

hidung mulalah kembang-kembang sambil merayap je mencari punca bau

sebab OE tak suka dan akan hapuskan bau tersebut dengan sesegera mungkin
MyEm0.Com

tapi, ada beberapa bau yang jarang orang dapat hapuskan. terutamanya OE lah sebab nanti OE segan nak buat

1- bau kaki
2- bau tiak (armpit)
3- bau badan

orang disebelah atau di sekeliling OE berjarak antara 100 meter dari OE

"eh ye ke 100 meter. ke jauh lagi?"

memang... OE amatlah sensitif. sampaikan kawan OE cakap macam ni bila OE dah start cium-cium benda
MyEm0.Com

'kau ni dah macam anjinglah' - sambil resah melihat OE yang sibuk menjalankan tugas

"tugas eh... tugas menghapuskan bau busuk"

tapi kalau bau yang kurang menyenangkan datang dari ORANG... rasa-rasa, segan tak nak tegur?
MyEm0.Com

kalau family sendiri mungkin kita tak kisah untuk menegurnya

tapi kalau itu girlfriend kita, tak pun kawan lelaki kita, macam mana pula?

tak ke tak pasal-pasal kena tahan sampai macam nak menangis dibuatnya
MyEm0.Com

okey sini OE nak bagi PEMUDA sikit macam mana nak hilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan tersebut
MyEm0.Com

ingat OE pernah kata, kita jangan harap orang berubah untuk kita. kita kena mulakan dulu

kalau kamu terasalah kamu ada... tak payahlah mengaku depan-depan. mengaku dalam hati je cukup
MyEm0.Com

"PEMUDA tu apa OE oi...?"

oh PEMUDA... tak tahu?

PETUA - tips yang dikeluarkan orang tua-tua
PEMUDA - tips yang dikeluarkan orang muda-muda

MyEm0.Com

"suka kamu je bantai semua benda"

biasalah OE. jadi, kita mulakan ye...

1- bau kaki...

... first, kalau rasa kamu ada masalah tersebut dan masalah tu adalah kritikal, jadi kamu tak payahlah pakai sepatu. paling tidak pun, pakai je selipar atau sendle sebab pengaliran udaranya lebih baik

... kalau kena juga pakai sepatu (kasut) dengan cara yang amat mudahnya, silalah kamu mendapatkan bedak baby dengan segera
MyEm0.Com

... sebelum sarung stokin, sapukan bedak baby tu dekat kaki kamu dan taburkan sikit dalam kasut yang kamu nak pakai tu

alasannya: sebab bedak baby akan menyerap peluh-peluh halus yang kaki kamu hasilkan kerana peluh-peluh itulah yang akan mengakibatkan bakteria dan bakteria itulah punca bau kaki

ada faham?

... dan seminggu sekali, kamu rajinkanlah diri pergi beli limau kasturi atau tak pun garam yang dekat rumah kamu tu pun boleh juga

... ambil dan masukkan dalam besen yang mengandungi air suam kemudian rendamkan kaki kamu tu, insyaAllah bau tu akan beransur hilang dari hidung orang lain
MyEm0.Com


2- bau tiak (armpit)

... ini selalunya lelakilah... bukan mahu prajudice ye, memang OE tak nafikan... tapi ada je orang perempuan pun berbau sedemikian

... jadi ini dengan mudahnya boleh dihindar. jangan risau...

... hanya perlukan limau nipis. pagi sebelum kamu mandi tu, kamu tenyehkan di tiak kamu dan kemudian biarkan seketika. sementara gosok gigi ke, apa ke

... dan kalau boleh hindarkanlah bulu-buluan di situ supaya menambahkan dramatisnya tiak kamu itu sebab dengan adanya bulu-bulu itu, tiak kamu akan mudah berpeluh dan secara umumnya, peluh membuatkan bakteria membiak

ingat tu!

... dan kalau boleh, jangan tabur bedak baby dekat tiak kamu. sebab bedak baby bila bercambur dengan peluh tiak, dia akan mengeluarkan satu bau yang super hangit sampai boleh jadi pening
MyEm0.Com

... seindahnya, kamu letakkan deoderant je selepas mandi

"kenapa kaki boleh letak bedak baby, tapi tiak tak boleh?"

alasannya: tiak menghasilkan peluh yang banyak... kaki menghasilkan peluh yang nipis-nipis sahaja


3- bau badan

... ini palinglah senang nak dihindarkan jika tahu caranya macam mana. jadi, inilah ni OE nak mengajarnya ni

... hanya perlukan daun sirih. direbus sektika, dan bila mandi tu, tenyehkan seluruh badan
MyEm0.Com

... insyaAllah lepas tu mesti tak ada punya bau yang kurang menyenangkan. malah kamu akan berbau natural

... dan dah selesai mandi tu, jangan lupa sapulah cologne @ gunalah perfume sebelum keluar

okey macam mana? senang kan? memanglah. PEMUDA, memanglah senang-senang. tak payah panjat gunung kinabalu bersama program pilih kasih barulah dapat nak buat PEMUDA ni
MyEm0.Com

kalau dah cuba, janganlah lupakan OE pula jika ketika itu kamu disenangi oleh rakan sekeliling

eh taklah... tak apa je... OE memang suka kongsi-kongsi ilmu dengan orang

jadi, sampai di sini sahaja rancangan opsss... duduk jauh2lah sikit bersama Cikgu OE

"merepek!"

okey OE berlalu dulu...

oh sebelum tu, jangan lupa pergi jenguk contest yang cikgu OE buat tu ye...

OE katakan...
"kalau kamu segan nak cakap dengan kawan kamu yang dia ada bau-bauan di atas, kamu cuma suruh dia jenguk ke blog OE ni hah. dan sebelum tu, kamu hadiahkanlah dia bahan-bahannya. nanti senanglah dia nak buat kalau dia dah baca. KEJAMnya cikgu OE nie!"

Labels: , ,


24 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me