alahai GELI lah!
Saturday, March 19, 2011 @ 12:42 AM
As salam... Sabtu adalah hari yang paling malas seantero dunia... bangun pun pukul satu... nak mandi malas lah tahu... tapi OE dah mandi... baru sahaja lepas... tapi sebelum tu OE singgah sini dulu untuk buat benda yang dah jadi rutin OE nie... OE tak faham kenapa OE makin sayang ini blog pink lagi macho bergaya ini... "OE... bukan itu yang kamu nak cerita hari ni" oh I almost forgot what I want to do... ini mesti sebab mamai lagi nie... disebabkan bangun lambat tadi, OE pun sekadar makan sandwich jelah mampunya... cukup ke satu ni? oh tolonglah jangan percaya OE makan ini satu je... OE makan sandwich macam nie, tapi 5 ketul "banyaknya kalori yang kamu ambil OE oi..." okey ini bertahan sampai petang dan malam dan esok... silalah percaya... OE malas jugak nak turun ke cafe sebab roommate OE tadi baru balik buat aktiviti, dia kata dekat cafe dah tak ada lauk... nasib baik OE tak turun... "nasib baik apanya! pemalas!" okey dahlah pasal sandwich yang hanya sedap ketika lapar tu je... semalam waktu OE duduk-duduk construct OE punya e-novel blog, OE teringat pasal satu benda oh sudah tentunya bukan pasal makan... pasal benda-benda yang OE geli... oh OE sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba je terkeluar itu idea... OE sangat-sangatlah tak boleh dengan minatang yang lembik + sejuk + menggelikan
oh sungguhlah geli... terutamanya katak tu kan... OE ingat lagi waktu tu OE form 5... dalam duduk bakar tudung... "bakar tudung buat apa? bakar hujung tudung je" hah! tiba-tiba je blackout... itu tak kisahlah lagi sebab memang depan mata dah ada lilin... OE tak takut kalau ada cahaya walaupun seciput... OE takut kalau cahaya tak ada lansung... mahu OE nangis dekat situ... "penakut gelap punya olang" dah tu dalam syok-syok membakar dalam gelap tu... tetiba je bunyi something... plepek! plepek! (membayangkan katak melompat di atas tikar getah rumah OE) OE yang telinga sensitif nie terus je berlezup lompat atas sofa sambil jerit... 'kau ni KATAK! tak ada masa lain ke nak keluar! AYAHHHHHHH!' waktu tu ayah OE tengah solat Isya' rasanya... waktu tu OE bukan sorang-sorang... OE dengan adik perempuan OE yang kononnya ganas tapi takut katak jugak. hampeh je... menjeritlah dua beradik macam nak pecah gegendang ayah OE... yang pentingnya OE nampak katak tu... BESAR amat dan MENGGERUTU amat... yalah katak rumah kan... dia tak berlendir, tapi dia MENGERUTU! ayah OE pun keluar dari bilik (waktu tu katak tu duduk dekat depan pintu bilik) sekali ayah OE terpijak katak tu (okey part nie tipu je) dah tu dia duduk betul-betul bawah kaki ayah OE... kalau ayah OE gerak je, mesti dia dah pijak katak tu.. alahai... 'mana kataknya?' - ayah OE yang rabun terlampau tinggi dengan keadaan gelap lagi... memangla dia tak nampak lansung... kitorang dengan nada terujanya... eh silap... dengan nada takut yang amat cakap katak tu bawah kaki dia... dan dengan selamba dia puk! sepak je... meleleh air hidung OE melihatnya... (yelah sebab menangis punya pasal) 'tu ambik penyapu... halau dia keluar... ayah nak sembayang pun tak khusyu' kau kerjakan' kena marah tak memasal dengan ayah... alahai... dah geli nak buat macam mana... gelap pun dia tetap dipanggil katak jugak! dah tu OE pun berani-berani je pergi halau dia... OE dah halau sampai ruang tamu rumah, tiba-tiba adik OE pergi tutup pintu... ceh hampeh di situ... OE halau sampai dia keluar... waktu tu rasa macam nak muntah tengok dia lompat malas-malas sebab badan dia besar... "entah apa jelah yang dia makan sampai badan besar macam tu! alahai!" OE balik semula pergi bilik tv rumah OE, adik OE cakap... 'aku ingatkan kau dah pengsan dekat depan.... tak bunyi-bunyi... aku takut nak pergi tengok' bukan dia nak kesiankan dengan kakak dia, dia boleh fikir takut dia... sekali lagi hampeh! itulah pengalaman yang paling mengerikan dalam hidup OE "tak ada lagi ngeri ke? jumpa momok ke apa ke?" OE serius tak boleh... geli tahu geli... dahlah.. malas OE nak memikirkan kegelian OE tu... kalau kamu rasa nak bergeli-gelian kan hati OE dengan membaca perangai pelik kamu-kamu, silalah masuk contest OE... okey OE berlalu dulu...
Labels: diri ini, herstory, march 2011, me'day for more reading, click 'history' or 'future'... |
Me, Orkid Edyliyne
Mummy Babies Links Blog List Jom Kita Kawan!
conected to... boleh like2 jugak Nota Pemberitahuan
sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya. kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL! any novel's review? can visit that blog, okey... p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^ Big thanks...
Header Image : Hana Header Edited : me |