Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
cikgu OE prefer smoky eyes (tutorial)
Thursday, March 17, 2011 @ 1:26 PM

As salam...

caution : diantara entry yang banyak gambar yang OE hasilkan...

OE jadi burung hantu seketika buat hari nie sebab esok hari Jumaat = hari cuti untuk OE

dan disebabkan OE berjalan-jalan tanpa arah sambil tekan-tekan older post orang, tiba-tiba dekat satu blog nie, OE bacalah...


OE suka dengan ini budak comel... persis Hana Tajima... OE suka... dan entry dia yang itu, lebih kepada dia tanya macam mana nak buat smoky eyes tu...

"smoky eyes = mata berasap?"

memandangkan OE pun selalu... dan boleh dikatakan selalu jugak pakai jenis solekkan macam nie, jadi OE berbesar hati tiba-tiba nak buat tutorial
MyEm0.Com

masa tu OE ada bagi tips pasal pemakaian eye liner...

sebab bagi OE yang selalu apply solekkan macam nie, OE nak kata senang, itu bagi OE lah... tapi tak tahulah pada orang lain kan...

tapi OE cuba ajar sesimple boleh dan senang difaham... kalau tak faham, baling derian je dekat OE... alahai...

orang kata, kalau OE tak senyum, muka OE garang... garangkah? ke sebab mata tu membuatkan OE nampak lebih garang...

itulah diantara gambar OE yang buat smoky eyes... dan OE buat yang kebiasaannya yang OE lakukan je ye... harapnya fahamlah pelajar-pelajar OE...
MyEm0.Com

"dah mula berangan jadi cikgu... tak sudah!"

okey OE selalu guna makeup yang basic je...

foundation, lipice, lipstick, liquid eyeliner, shadow, mascara dan bedak kadang-kadang

dan yang OE bold kan tu, yang OE gunakan untuk buat smoky eyes dan ditambah dengan brush yang bermacam size untuk memudahkan penyapuan eye shadow
MyEm0.Com

sebab kebiasaannya, kalau pakai yang cotton dia tu kan... maksud OE yang ada muncung kecik untuk sapu eye shadow selalu tu...

"alahai cikgu ni pun tak tahu apa nak cakap benda alah tu"

benda untuk sapu eye shadow tu kebiasaannya didatangkan sekali dengan eye shadow...

kalau pakai itu, dia susah sikit nak lekat dan akan nampak tak cantik nanti smokey eyesnya...

untuk lagi senang dimaksudkan dengan gambar...

dua brush berlainan saiz...

yang OE tulis nombor 1 tu, itu OE dapat dari blusher yang OE dah tak guna... OE memang suka recycle je... sebab brush tu lembut dan senang nak digunakan... (nampakkah macam mana berusnya?)

yang nombor 2 tu, OE beli dekat watsons dan dia memang khas untuk shadow...

yang eye shadow dalam bekas 4 segi tu, itu warna hitam, jenama simplysiti...

kemudian ini untuk melengkapkan smoky eyes tersebut... liquid eyeliner...

kenapa liquid? sebab mudah dan sapuan dia pun cantik... tak macam pensil punya yang kadang-kadang keras matanya dan menyakitkan pula mata kita kan...

tutup putih jenama simply avon, yang terbuka tu, jenama silky girl...

"betul ke jenama? alahai.. bolehlah... OE tak tahu nak panggil apa"

okey kita mulakan ye para pelajar...

model : kakak cikgu OE

firstly, kamu kenal pasti kelopak mata kamu tu...

maksud OE dekat sini... nampak tak OE buat line tu... satu warna oren, satu warna pink...

yang warna pink tu, lipatan kelopak mata kita kalau kita buka mata... silalah abaikan mata ini budak yang memang tak ada lipatan...

kebiasaannya mata kita mesti ada lipatan tu kan... sila kenal pasti sebab kamu nak sapu shadow mesti melebihi lipatan tersebut...

dan nampak tak edge yang OE lukiskan dekat atas tu?

edge tu untuk menentukan sampai mana kamu nak sapu shadow tu jugak... jadi dia tak jadi melata sampai kamu tak pasti apa telah terjadi pada mata kamu kan...

okey sampai part nak apply shadow... kalau kamu rasa susah nak dapat edge dekat atas tu kan, kamu lukis je dulu eye liner... buat yang style terkeluar tu...

mata kucing punya style... jadi senang nak agak...

untuk nombor tu, rujuk balik pada brush dekat atas... kan OE tulis nombor...

jadi guna brush yang first, dan apply sungguh-sungguh dekat bahagian luar mata tu...

dan seperti apa yang dilihat di gambar ini, OE bulatkan dua bahagian...

1, bahagian luar mata... 2, bahagian dalam mata...

jadi bahagian dalam yang tertinggal seperti bahagian kiri tu, kamu apply shadow guna brush yang ke dua... (juga tengok kembali brush yang OE tunjuk dekat atas)

than it's look like this kalau kamu tutup mata... pastikan kemaskan balik sapuan eye liner sekali lagi...

closer look untuk hujung mata kucing OE... eh salah... mata model OE...
MyEm0.Com

dan guna maskara kalau nak nampak lebih menarik dan tertarik... OE guna jenama Maybeline, magnum...

than.. jadilah... sila tengok bahagian kanan ye... dan bandingkan dengan yang kiri...

kiri tu kurang menyerlah sebab tak ada mata kucing punya style dan tak diletakkan maskara...

"betul ke kiri dengan kanan OE nie? kiri - kanan... fahamkah?"

selepas jadi... haruslah menggedik bergambar dengan mata baru...

kalau tak ada OE, kakak OE tu hanya macam di bawah nie je... just pakai eye liner...

nampak tak bezanya atas dengan bawah?

dan disebabkan kakak OE nie dia punya kelopak mata tu absence, jadi dia nampak tak garang sangat kalau pakai mata smoky eyes nie...

dan sudah tentu gambar lebih-lebih juga ada... itu adik lelaki OE di sebelahnya... dan kakak OE menggunakan smoky eyesnya...

OE kalau dekat rumah, kalau kata nak berjalan je, OE lah jadi makeup artisnya...
MyEm0.Com

sampai pernah sekali tu OE cakap dengan ibu OE...

'ibu... orang nak pergi belajar andaman boleh?'

dan of courselah ibu OE tak bagi sebab OE kalau dah minat benda tu, OE akan focus benda tu je... jadi dia takut OE punya pelajaran terabai... jadi tak adalah OE pergi kelas andaman...
MyEm0.Com

just andam keluarga OE jelah... ibu OE, kakak OE, adik perempuan OE...

nie adik perempuan OE... waktu nie smoky eyes jugak OE buatkan dia... nampak ayu sangat dia kalau pakai smoky eyes...
MyEm0.Com

dan abaikan orang di belakang tu... terutama yang macam hantu cina tu...

okey OE nak jugak lagi letak gambar OE yang smoky eyes jugak... tak kira!

jugak smoky eyes...

eh dah panjang-panjang nie, faham ke orang yang membaca? agak-agak boleh ikut tak step yang OE buat?

alahai...

okey... OE sudah penat... OE mahu tidur sebelum mata OE jadi mata panda pula instead of mata berasap...
MyEm0.Com
kalau kamu-kamu nak masuk contest OE, silakanlah ye...

okey OE berlalu dulu...

OE katakan...
"biarlah tak dapat masuk kelas andaman pun yang penting OE boleh buat tester dekat muka adik-beradik OE sebab OE ada dua orang model itu... OE suka menggunakan diorang kalau OE nak test sesuatu solekkan... OE belajar dari pengalaman bukan dari kelas. harap maklum..."

Labels: , , , , , ,


16 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me