Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
kisah ANAK CINA
Wednesday, March 16, 2011 @ 7:15 AM

As salam...

oh hari tu kan OE ada cakap pasal BUDAK CINA yang ada blog tu kan...

ingatkah?

kan OE kata OE nak cerita pasal dia... disebabkan semalam OE sibuk dengan mengedit manuskrip OE, jadi OE tak sempat nak jenguk blog
MyEm0.Com

dan tak sempatlah juga nak bercerita siapa BUDAK CINA yang OE maksudkan tu...

meh tengok sekali lagi gambar BUDAK CINA yang OE dah lukis sehabis boleh...

'hallo... saya anak cina yang OE maksudkan'

okey sebenarnya, tak adalah dia ni musuh tradisi OE... OE tak pernah nak bermusuh dengan orang pun...

jangan salah anggap dengan OE ye...
MyEm0.Com

"ceh... orang lain dah salah anggap dah baru nak cakap jangan salah anggap?"

sebenarnya macam ni cerita dia...

dulu waktu OE kerja McD lepas SPM, OE free hair...

jadi nak dijadikan ceritanya, ada sekali tu OE punya name tag hilang. biasalah setiap pekerja fastfood kan mesti ada name tag dia

OE pun tak pasti apa motifnya pakai name tag tu. tapi ada sekali tu name tag OE hilang tak dapat dikesan
MyEm0.Com

dan berkerjalah OE hari tu dengan tak bername tag. tapi manager OE tak tahu...

kalau dia tahu, mahunya OE kena 'basuh' sebab tak pakai name tag tu
MyEm0.Com

"panjang cerita pasal name tag je"

tambah pulak waktu tu, sesiapa jaga bahagian yang pandu lalu tu, dia kena pakai cap, bukannya pakai topi retro yang ada lambang M tu

jadi, dalam beberapa jam OE kerja tu, orang asyik je tegur OE

'eh lancar eh awak cakap melayu, amoi'

'saya cakap cepat, awak faham ke amoi?'

'amoi... saya nak yang ini, ini dan ini'

'*&%$#^%$%%#@@' - bukan mencarut tapi cakap CINA dengan OE

yang cakap cina tu, manalah OE nak tahu kan. tak faham OE dibuatnya
MyEm0.Com

habis semua orang yang masuk pandu lalu masa tu tak kira melayu ke cina, diorang salah anggap ingat OE nie anak cina

"masa tu OE jaga tingkap pandu lalu a.k.a drivethru"

masa tu memanglah OE pelik dan terfikir... pening dibuatnya.

OE nie punyalah tak cerah dan nampak sangat melayu tulennya, diorang boleh ingat OE nie anak cina...

tang mananya anak cina dia tu
MyEm0.Com

OE pun tak faham...

jadi semalam punya semalam, OE baru balik kelas dengan muka tak bercuci lagi... dengan makeupnya lagi... OE pun sikat rambut dan ikat rambut yang dah macam singa jantan OE tengokkan...

dan tup! lampu dekat kepala otak OE bercahaya dan spontan mulut OE tercakap...

'patutlah dulu orang cakap aku anak cina'

yelah... macam gambar yang dekat atas OE lukis tu, macam tulah gayanya OE ikat rambut kalau duduk dalam bilik dan macam tu jugaklah OE dulu waktu OE free hair, waktu menjadi kanak-kanak rebina dulu...
MyEm0.Com

"rebinalah sangat kan..."

patutlah dulu-dulu tu ada je orang cina datang dekat OE nak jual barang ke, nak apa ke... cakap bahasa cina dengan OE... kalau waktu tu OE keluar berjalan dekat mana-mana...

tak pun sebab rambut OE kalau dah panjang, dia turn colour... jadi colour black hazle... mungkin disebabkan itu jugak orang ingat OE nie bukan melayu

tapi zaman OE free hair tu, ramai je OE tengok orang melayu warna rambut... tapi rambut OE memang semula jadi macam tu warnanya... black hazle...
MyEm0.Com

OE tak pernah terfikir nak warna rambut sebab tahu bahayanya pewarna rambut dan apa kandungan yang menggelikan dalam pewarna rambut tersebut...

ada orang cakap dulu... rambut OE nie jenis lurus cina... ini mungkin salah satu sebabnya jugak ke? alahai pening OE dibuatnya...
MyEm0.Com

OE pun tak tahu kenapa dia gelar 'lurus cina'... alahai...

dululah... tapi sekarang rambut OE tak pernah berubah... sama jelah...

alahai... nasib baik sekarang ni OE dah pakai tudung. tak adalah orang yang memeningkan kepala OE lagi bercakap benda yang OE tak faham dengan OE..

okey OE bangga menjadi orang melayu ye...
MyEm0.Com

kadang tu OE nak jugak tanya ayah OE, dia ada keturunan cina ke?

tapi dah tentu jawapannya tidak kan sebab OE tahu memang taklah... last-last, OE pun tak faham dengan diri sendiri

oh sudahlah cerita pasal tu... OE nak cerita pasal hari ni pulak...

OE terjumpa black henna tadi waktu jalan-jalan dekat mydin dengan kawan OE... sekali OE pun pergi beli sebab OE memang cari pun benda ni...

dengan terujanya OE membelinya dan balik tak tukar baju tak apa, terus je pakai

oh abaikan ke bulatan tangan OE tu...

lepas ni OE akan bertambah ghotic dengan kuku yang hitam legam ini
MyEm0.Com

okeylah.... OE nak pergi main lagi henna tu.

jangan lupa tau masuk contest OE...

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"kalau kamu-kamu bergaduh dengan kawan baik kamu kan... apa yang kamu lakukan? dan kalau kawan baik kamu khianati persahabatan, apa yang kamu akan lakukan?"

Labels: , , , , , , ,


20 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me