Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
ibu OE cantik vavavom... ibu kamu?
Friday, March 25, 2011 @ 8:13 PM

As salam...

oh sebelum nak memulakan hari, seperti apa yang dah tercatat dalam reminder OE kononnya...
MyEm0.Com

"padahal kakak dia punya suara yang jadi reminder... ceh tadi dia duk sedap tidur buat air liur basi"

oh oh cut it off... sat lagi ibu OE nak baca nie entry... habislah OE nanti...

"apasal terkeluar loghat lain pulak tu?"

oh sesungguhnya ibu OE adalah orang Johor ye kawan-kawan...

okeylah... OE sebenarnya bukan tak ingat seperti mana yang diperkatakan ibu dalam telefon bila OE telefon dia dalam pukul 10 setengah tadi...

'yelah... lupalah tu... dah pagi baru nak cakap'

oh bukan begitu ye ibu cantikku... percayalah... anak ibu yang teror amat matamatik nie memanglah mengalami lemah pundi kencing...
MyEm0.Com

'awok dah kata... awok tak boleh kawal. buah pinggang awok lumpuh tau' - bak kata Usop, Mak Limah

"oi OE! dah-dahlah tu merepeknya..."

okey... anak ibu nie lemah daya ingatan terhadap tarikh... ibu cuba tanya bilakah tarikh Melaka ditawan Portugis dekat anak ibu nie... confirm orang tak leh nak jawab wahai ibu ku...

jadinya... memanglah orang mengambil masa untuk mengingatnya... itu pun diatas request orang pada kak Esah untuk mengingatkan orang...

"alahai kena jugak sebut nama sebab tak nak kena baham"

okey itulah ceritanya ibu ku... jadi di sini anakmu hendak mengucapkan selamat menjamu selera...

alah salah lagi...

SELAMAT ULANG TAHUN...

yang ke?

cuba teka ibu OE umur berapa? kalau betul OE bagi flying kiss yang takkan sampai sekali...

okey OE tunjuk gambar...
MyEm0.Com

"cakaplah sebenarnya kamu lupa umur ibu kamu berapa..."

ai chet... itu tidak dilupakan okey... OE ingat... dua nombor... okey lihatlah ibuku yang vavavom... vrom vrom...
yang pakai baju kuning merah biru hijau apakah warna semua ada tu...
MyEm0.Com

"kan senang cakap pakai beg putih tu je... alahai"

okey.... berapa umur ibu OE... trivia...

okey mulakan pula pesanan untuk ibu OE yang nun jauh di mata... tak leh nak peluk macam nie...
1- ibu... orang rindu...

...rindu nak peluk ibu
...rindu nak cium ibu
...rindu nak ibu peluk-peluk orang
...rindu sangat sangat sangat sangat sangat sangat dekat ibu
MyEm0.Com

2- ibu minta maaf...

...sebab orang selalu buat ibu marah, bebel, sedih dengan orang
...sebab orang tahu, kalau bukan dengan kemaafan, orang takkan pernah rasa bahagia
...sebab orang tak nak hidup orang tak berkat

3- untuk ibu...

...orang tak janji apa-apa sebab orang pun masih bawah tanggungan ibu dan cuma orang boleh janji yang orang akan sentiasa doakan ibu atas apa je yang ibu nak buat
...ibu nak pergi Dubai, ibu pergi dengan balik dengan selamat tau... orang tunggu ibu balik dan orang nak balik Johor jumpa ibu

ibu... orang nangis tulis entry nie... orang sayang ibu tau walaupun orang kadang tu tak dengar cakap...

ibu HAPPY BIRTHDAY...

walaupun tak banyak, sikit pun jadilah orang nak buat ibu bahagia dengan orang... sebab tulah orang kongsikan apa yang orang ada dengan ibu... memang tak banyak, tak sebanyak apa yang ibu bagi pada orang...

ibu... orang rindu ibu...
kalau boleh orang nak terus jadi baby, supaya dapat sentiasa duduk dengan ibu... sentiasa dimanja, sentiasa dibelai...

kalau boleh memang orang nak duduk dekat dengan ibu, macam kak Esah, macam Rahmah, macam Amin yang boleh balik seminggu sekali...

tapi orang tahu, pengorbanan yang orang buat nie satu hari nanti mampu membuatkan ibu tersenyum...

dahlah ye bu... orang nak nangis...
MyEm0.Com

ibu SELAMAT HARI JADI... orang sayang ibu...

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"Memang orang kata masa ada ibu tu penuh dengan bahagia... dan OE dapat masa tu seketika dan dijauhkan OE dengan ibu... tapi ibu tetap dekat hati OE walaupun sejauh mana OE diletakkan untuk menguji OE... dalam jauh macam nie, OE selalu fikirkan sesuatu... kalau betul waktu yang OE tak ada jugak dia nak pergi selamanya dari OE, OE redha... dan memang itu ketentuan Ilahi... yang hidup pasti akan pergi"

Labels: , , ,


18 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me