Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE terpaksa menerima PILIHAN keluarga?
Wednesday, March 23, 2011 @ 4:57 PM

As salam...

ada dua peristiwa yang membuatkan OE terfikir-fikir semenjak dari semalam petang lagi...

"tapi sekarang baru nak letak dalam nie"

yelah sebab OE nak comfirmkan betul-betul... apa yang OE buat nie betul ke?

alahai... bukan benda serius sangat pun... cuma pasal nak menerima PILIHAN KELUARGA atau PILIHAN SENDIRI...
MyEm0.Com

untuk apa?

untuk calon husband OE...

"alahai malulah saya nak berbicara perihal ini... kita tukar tajuk lain, bolehkah?"

hah... kita start dengan first story...

story 1:

pada satu hari... burung-burung...

"cut it off OE! serius!"

okey... semalam waktu OE jalan-jalan dekat laluan depan farmasi sambil-sambil teman kawan-kawan OE pergi cucuk duit, waktu nak balik tu OE terserempak dengan satu mamat nie
MyEm0.Com

mamat nie = mamat yang ibu OE selalu cakap, 'kalau kau dengan dia pun okey jugak'

yang senang cerita dia satu kampung dengan OE lah... senior OE dekat sini...

OE terserempak, OE nie jenis kalau orang tak tegur OE, jangan haraplah OE nak tegur... lagi-lagi lelaki kan...

OE penyegan orangnya
MyEm0.Com

okey... OE pandang dia sekilas, lepas tu kalih kut lain... tapi ekor mata masih lagi curi tengok

okey OE bukan gatal, but tak selesa... bila ada orang pandang kita...

tak lamalah... it takes about a minute and a half...

tapi waktu tu, OE teringat ibu OE... benda-benda yang dibincangkan dengan ibu OE...

selalunya OE kalau nak bercakap pasal benda-benda nie, tunggu OE sendiri dengan ibu OE, barulah OE rajin nak bergurau dengan ibu OE...
MyEm0.Com

bila ibu OE start cakap macam nie...

'ma... ibu tengok kawan ibu yang baya ibu, semuanya dah ada cucu. dah ada menantu'

pandang ibu - 'habis, ibu kahwin kan jelah orang'

'hah! kau pergilah cari'

'orang tak nak cari sendiri. ibulah carikan untuk orang. kalau ibu nak suruh orang cari sendiri, sampai bila pun orang tak kahwin'

'ada pula macam tu. habis kalau ibu suruh kau kahwin dengan si lembut tu, kau nak ke? senang sikit, kampung dekat. balik sekali'

OE tak terkata...
MyEm0.Com

in the end of our conversation, ibu OE akan cakap...

'nanti kalau ibu carikan, kalau tak bahagia, kau salahkan ibu pula' - tapi dalam masa yang sama dia sibuk suruh OE dekat dengan budak tu

"oh sorry kerana menggelar lelaki itu dengan si lembut. sebab ibu OE yang menggelarnya"
MyEm0.Com

dan selalu je kalau OE cakap dengan dia... 'ibu... bakal menantu ibu naik bus sama dengan orang ni hah!'

dia suka bukan main. tahu je siapa yang OE maksudkan tu... hailah... jangan masin mulut ibu OE, sudahlah...

dan sebab tulah OE teringat ibu OE kalau setiap kali terserempak dengan itu mamat.

dan OE selalu cakap dengan ibu OE... 'ibu kan pandai nak tengok kalau orang tu baik ke tidak. jadi ibu jelah pilihkan'

'jadi, dengan si lembut jelah.'

alahai... OE terus je tak nak cakap dah... asal tercetus je topik 'ibu kahwinkan orang', mesti dia keluarkan cerita pasal mamat tu... ish ish ish...


story 2:

oh sorry entry yang panjang... dah lama OE tak buat entry yang panjang...

"perasan! selalu kamu buat entry memang panjanglah OE oi!"
MyEm0.Com

okey teruskan... beberapa hari lepas, OE mimpi... dan mimpi tu amat amat amat amat jelas sehinggakan OE terlihat siapa gerangan mamat yang berada dalam mimpi OE tu

OE kenal dia tapi OE tak pernah tegur dia...

bukan Ady Putra klon... dan bukan juga Fahrin Ahmad klon...
MyEm0.Com

tapi adalah salah sorang yang pernah satu kelas dengan OE dulu dan yang penting bukan that budak Chinese yang OE pernah cerita

OE mimpi macam nie... kitorang duduk bawah satu pondok batu sambil study kalau tak silap OE...

dah tu, dia mulakan perbualan...

'mak aku kata, dia nak aku kahwin sebelum gred, jadi aku dah fikirkan... aku nak hantar pinangan dekat rumah kau. aku nak kahwin dengan kau'

OE dengan semangatnya menjawab - 'cubelah try.'

dia membalas tanpa hesitate - 'aku dah hantar pun. dan mak aku dengan ibu kau dah terima. dah bincang dah semua'

terus OE bangun dan dengan jantung yang begitu kencang rasa macam meraton seribu enam puluh kilometer sejam
MyEm0.Com

dahlah sebelum nie OE termimpi dia jugak... dia bagi something dekat OE...

yang peliknya...
... boleh dikira satu dua kali je OE berbual dengan dia dalam masa 2 tahun kitorang satu kelas
... dan dalam satu dua kali tu, kitorang berbual macam agak mesra walaupun lepas tu bila bertembung, macam orang tak kenal
... OE akan mimpi dia bila waktu tu OE sedih dan mulalah keluar doa, 'Ya Allah, kau tunjukkanlah kebenaran padaku. sama ada perlu aku menunggu atau tidak'
... OE rasa berdebar kalau bertembung dengan dia bila kadang nak ke pasar malam
... dia persis ayah OE tahu!

itulah tu... sampaikan OE takut sungguhlah hai...

"mimpi tukan mainan tidur..."

itulah tu... OE cuba yakinkan diri OE yang itu hanya mainan tidur... tapi tetap jugak OE rasa takut...

okeylah sudahlah tu ceritanya...

kalau macam nie kan... ada ke orang yang nak ambil jadi menantu? macam dalam cerita crekarama dekat TV tu...
MyEm0.Com

gadis ghotic berpakaian serba hitam dan mata penuh dengan kesedihan... kononnya

ke yang tak matang + cakap pun masih lagi macam budak-budak + muka penuh dengan keceriaan dan membawa keceriaan pada orang + ayu bertudung + perasan

mana satu? mana satu? mana satu?
MyEm0.Com

okey OE dah tak betul...

hanya satu pertanyaan yang OE nak ajukan...

antara pilihan keluarga dengan pilihan sendiri, mana yang lebih baik?

okeylah dah habis bercerita panjang sepuluh plus satu page... jangan lupa masuk contest OE ye kawan-kawan...

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"OE asyik sedih je memikirkan kalaulah mimpi OE tu jadi kenyataan, apa akan jadi dekat OE... dan kalau apa yang ibu OE nak tu jadi kenyataan, apa akan jadi dekat OE? alahai... complicated sungguh..."

Labels: , , , , ,


16 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me