Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
HANTU betul OE nie...
Monday, April 18, 2011 @ 10:25 PM

As salam...

pernah tak kamu-kamu rasa takut bila duduk sendiri dan dalam gelap? dan terasa macam ada HANTU duduk sebelah kamu?
MyEm0.Com

oh satu lagi yang OE phobia...

"semalam cakap pasal phobia, hari nie cakap pasal phobia. tak ada benda lain ke?"

okey... tadi OE baru je tengok cerita KHURAFAT

ye OE tahu mungkin ada orang yang dah tengok cerita nie...

sebelum nie OE refuse tak nak tengok cerita nie sebab... yelah cerita hantu MELAYU kan... apa lagi kalau bukan keluar hantu yang muka penuh tompokkan darah dan sebagainya...

OE pun kurang faham kadang-kadang... sebab semua hantu MELAYU, mesti rupanya seakan-akan sama...

"habis HANTU KAK LIMAH kamu tengok pulak OE... sampaikan hafal-hafal dialognya..."

itu hantu lawak tak apa... ini hantu yang kononnya horror tapi tak adalah takut mana pun sebenanrya...

"hah! cuba ada duduk sebelah kamu... macam mana?"

oh janganlah begitu...
MyEm0.Com

bukanlah OE kata OE tak takut dengan hantu... OE cuma pelik kenapa orang MELAYU buat cerita hantu je, mesti OE tak rasa takut malah nak ketawa ada...
MyEm0.Com

nak kata orang KOREA, JEPUN, THAILAND, INDONESIA... diorang buat hantu.... takut ke?

kebiasaannyakan kalau nak ditengokkan...

sempat pulak dia nak menyelitkan gambar yang tak ada kena mengena... baru jumpa dekat FB... budak yang bernama NATASYA comel yang tag OE... waktu nie DINNER...

kalau perasanlah... (sambung balik ayat dekat atas)

HANTU KOREA :

- dia mesti ada bunyi pelik dan mengerikan sebelum hantu tu keluar...
- hantu dia mesti merangkak tak pun mengengsot (patah kaki barangkali)
- orang yang nampak hantu mesti tak larat dah nak lari
- muka pelakon dia mesti beriak takut + macam nak tunggu hantu keluar


HANTU JEPUN :

- merangkak jugak sebab best agaknya merangkak
- suka duduk tempat-tempat yang sempit dan keluar dengan sesuka hatinya
- orang yang berlakon jadi heroin mesti tak pandai nak menjerit


HANTU THAILAND :

- pengarah pun tak pasti macam mana nak buat hantu dia sebab kebiasaannya cerita tu cerita hantu tapi macam bukan cerita hantu
- terlampau banyak ilmu sihirnya sampai kadang tu tak faham ceritanya nak kisah pasal apa
- muka dengan penuh perasaan + berlenggeng + peluh yang tak mampu nak lap mesti ada dekat muka-muka pelakon


HANTU INDONESIA :

- mesti nak ada awalan cerita yang tragik-tragik macam tu... bunuh diri ke, kena bunuh ke, kena sorok ke... kena sorok?
- mesti ramai pelakon dalam tu... sampaikan tak pasti mana satu yang hantu dan mana satu orang
- menjerit itu sudah pasti
- ada jugak sikit-sikit magisnya


itu diantara benda-benda biasa yang OE boleh kesan kalau tengok cerita hantu....

"OE OE... pendapat OE tentang HANTU MAK LIMAH pulak..."

HANTU MAK LIMAH? hantu yang orang tak habis-habis sebut dengan OE OE sekali terikut-ikut...
MyEm0.Com

okey silalah layankan je...


HANTU MAK LIMAH :

- banyak pengajaran (pak JABIT)
- banyak buat lawak sampai nak pecah perut (USOP)
- banyak bincang isu politik (pak ABU)
- banyak buat muka ayu (CHE NIN)
- banyak berangan dengan motor besonya (HUSEN)
- banyak tiang dia willee (ABI)
- banyak buat comel (AZWAN)
- banyak menakutkan orang tapi sebenarnya tak takut (mak LIMAH)


itu jelah diantaranya... semuanya nak banyak... yang dalam kurungan tu siapa yang dipertanggung jawabkan...
MyEm0.Com

yang pentingnya kalau nak ditengokkan dalam cerita tu banyak perli sesetengah pihak... nak tahu yang mana, tengoklah sungguh-sungguh...

"OE tengok sekali pun dah boleh kenal pasti mana satu ayat-ayat perliannya"

itulah diantaranya...

oh terlupa pasal hantu MELAYU tadi...


HANTU MELAYU :

- mesti nak ikut mana-mana hantu yang kebiasaannya nampak seperti hantu KOREA tapi dikelakarkan
- mesti pucat tak cukup khasiat (dah tentulah!)
- mesti nak focus dekat-dekat sampaikan ulat keluar dari celah gigi pun nak tunjuk
- pelakon mesti buat muka suspicious dan kemudian menjerit sekuat hati sampai nak terkeluar anak tekak
- bunyi latar mesti sentiasa seram memanjang
- mesti nak ada bomoh (yelah nak buang hantu kan)

itu jelah... nanti kalau panjang-panjang orang kata OE kondem cerita MELAYU pulak walaupun memang itulah yang OE nak maksudkan sebab tu OE tak berapa nak gemar tengok cerita-cerita melayu...
MyEm0.Com

melainkan ada beberapa pengarah je yang OE boleh tengok cerita tu kalau dia yang mengarah...
MyEm0.Com

contohnya:

Khabir Bathia (senimantografinya memang terbaik)
Yasmin Ahmad (isu yang dia sentuh memang menunjukkan hidup yang sebenar)
Mamat Khalid (lawak dia memang terbaik)


itu antaranyalah... ke... itu je?

okeylah... dah panjang bebenor nie hah... jangan lupa contest OE ye...

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"ada sesiapa nak cadangkan OE tengok cerita apa-apa tak? OE nak kumpul cerita untuk cuti yang amat-amat panjang. macam nak berhibernasi je waktu cuti nanti... tapi rasa macam nak cari duit jugak... entahlah..."

Labels: , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me