Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE, apa yang diPHOBIAkan?
Sunday, April 17, 2011 @ 11:08 PM

As salam...

urgh! pembuka bicara dengan air tembikai seketul... srup srup sedapnya... silakan minum...

waktu itu OE keluar dengan kawan OE... perasan tak semuanya pink?

"alahai kamu memang peminat tegar PINK kan kan kan"

oh sudah semestinya...
MyEm0.Com

baru OE perasan yang OE nie kalau keluar makan, mesti nak order air TEMBIKAI... tak pun TEMBIKAI blended...

kalau makan dekat cafe je, mesti nak air TEH BENG (teh ais)...

okeylah tak payahlah nak heran... OE memang macam tu... dah suka tu kalau boleh bermati-matian suka benda yang sama...

bila sekali dah tak suka, orang belanja pun rasa nak marah...
MyEm0.Com

"okey poyo di situ"

pasal semalam... kan OE cakap OE phobia kalau naik kereta... kadang tu boleh membuatkan OE nak meneteskan air mata kalau naik kereta yang dibawa dengan kelajuan 100km/h

OE tak faham satu je... kenapa kalau OE ambil gambar dalam keadaan cahaya yang sebegini, OE nampak macam seorang budak yang baru lepas nangis... inilah budak gembeng

hari tu ada cik Anis Izyan tanya gembeng tu apa...

gembeng atau kata lainnya kuat nangis
MyEm0.Com
okey mungkin tu perkataan OE je tak pun orang lain guna jugak... OE pun tak pasti...

okay back to our topic...

"macam nak buat group discussion je"

OE phobia naik kereta sebab OE pernah accident yang melibatkan patahnya tulang rusuk OE dan hilang tulang rusuknya yang sebelah kiri...

oh silalah cari tulang rusukku itu

"stop it OE! serius... kalau tak ada tulang rusuk belah kiri tu, lelaki je..."

MyEm0.Com
sebenarnya tak adalah seteruk itu... cuma OE tercampak jadi SUPERwoman je dekat situ...

sebab waktu tu OE yang kononnya innocent dan rajin nie nak pergi tuisyen masa tu STANDARD 6... waktu tu malam dan yang menghantarnya ayah OE...

waktu tu naik motor kapcai cap ayam yang kelajuannya tahap kura-kura semput yang tak pandai nak membeli inhaler...
MyEm0.Com

lepas tu sampai satu trafic light nie, ayah OE berhentilah... dah tu, bila nak hijau lampunya kan, baru nak jalan...

ayah OE nie pulak rabun malam... dia kalau benda yang gelap di malam yang gelap... memanglah dia tak nampak...
MyEm0.Com

dan tak memasal ada satu kereta nie dari arah kiri, dengan penuh bergayanya dia langgar lampu isyarat dan secara lansungnya melanggar juga OE dan ayah OE yang ada atas motor kapcai pecah berderai...

waktu tu OE terhilang roh sekejap dan terhilang ingatan sikit... OE sedar-sedar, OE dah mencium tar jalan...
MyEm0.Com

'uh di manakah aku? adakah di surga?'

"ayat klise bila seseorang tu pengsan dan lepas tu dia terbangun"

OE blur sangat-sangat waktu tu... tak pasti ada dekat mana...

"sebab tulah agaknya sampai sekarang penyakit blur OE tu ada... itu rupanya sejarahnya"

dan dah tu, bawa pergi klinik... dah keluar klinik tu pun masih lagi tak faham apa-apa... cuma bila doktor inject, meraung sekejap...
MyEm0.Com

lepas tu doktor sapukan antiseptik dekat luka melecet sebesar kertas A4 dekat kaki sebelah kiri OE, meraung jugak walaupun doktor tu kata dia dah bagi ubat tahan sakit...
MyEm0.Com

dah balik rumah tu barulah ayah OE cerita...

'buat pertama kalinya ayah ada anak superman'

masa tu tak faham lagi... lepas tu ayah terangkan dekat OE, rupanya ayah OE nampak yang OE terbang naik atas kereta yang langgar kitorang tu...

"macam ngeri je cerita dia tu... percaya percaya..."

dahlah masa tu OE pakai baju kelawar... tahu... baju tidur yang perempuan suka pakai tu... yang berangin je tu...
MyEm0.Com

tapi sekarang OE dah tak pakai baju kelawar...

itulah ceritanya dan kisahnya...

"bukan sepatutnya kamu takut naik motor ke? bukan naik kereta sebab waktu tu kamu naik motor"

yelah sebab sekarang mana ada OE naik motor lagi... sekarang naik kereta je... dah tentu-tentulah cerita pasal PHOBIA NAIK KERETA...

pernah jugak dulu OE naik motor dengan ex OE... tapi memang waktu tu rasa tercabut nyawalah... walaupun waktu tu dia bawa motor tu dengan penuh berhemah sebab tahu OE takut naik motor...
MyEm0.Com

okeylah itu sahaja cerita OE untuk kali nie... dah habis baca, singgah jugalah tengok contest OE bagi sesiapa yang tak masuk lagi...

bagi yang dah join... thanks... arigato...

OE berlalu dulu...

OE katakan...
"inilah masalahnya kalau orang kadang menyesal dengan apa yang dia dah lakukan... keputusan yang dulu membuatkan diri sendiri yang rasa menyesal... kadang tu otak teringat lagi pasal ex padahal dah 3 tahun rasanya dah tak ada apa-apa... dan entah kenapa OE kadang tu teringat-ingat benda yang dia buat untuk OE... alahai"

8 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me