Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
sedapnya cekelat DAIM
Tuesday, April 19, 2011 @ 8:41 PM

As salam...
MyEm0.Com

oh hari nie tak ada paper dan memandangkan begitulah gamaknya, OE pun berehat dan meregangkan urat yang tak pernah nak tegang ini...

tahunya duduk di atas lantai sambil online... try mencari idea untuk menulis lagi...

OE rasa OE dah lama tinggalkan blog e-novel OE tu...

sebab?

entahlah OE sendiri tak pasti apa sebabnya. macam dah tak ada soul untuk menulis... kesian betul...
MyEm0.Com

"ke sebab kamu malas OE oi?"

okeylah... OE malaslah nak cakap pasal kemalasan OE yang memang sentiasa ada tu kan...


dalam sem dua nie kan, OE tak tahulah kenapa OE suka sangat melepak. maksud OE melepak bilik kawan OE, satu course dengan OE...

OE pun tak pasti sama ada OE nie kekurangan kasih sayang ke apa. tapi yang pentingnya sekarang nie dah tiap-tiap malam OE pergi sana...

dan padahal kadang tu pergi bukan buat apa. menganggu ketenteraman orang adalah... tapi mungkin OE nak teman je agaknya...

yelah nak buat macam mana... inilah jadinya kalau orang dah kecewa nak cari kawan baik

sebab OE nie dulu jenis yang kawan seorang tu, duduklah melekat dengan orang tu je sampaikan agaknya orang tu dah bosan dengan kerenah OE yang memang sama sekali tak matang nie
MyEm0.Com

"huh! itulah kamu OE... kamu tahu nak bergantung dekat orang je. orang bosanlah dengan kamu"

dan sekarang pun OE tengok OE buat benda yang sama jugak...

tapi sekarang nie bukan sorang jelah... dua orang, tiga orang, empat orang, lima orang... mungkin...

OE tak naklah bersedih mengenangkan beberapa kawan yang dulu pernah menjadi sahabat dan sekarang no longer boleh tengok muka OE nie
MyEm0.Com

kadang OE terfikir... kenapa nak tunjuk yang kamu concern dengan OE sedangkan tak... kenapa? just nak cakap yang kamu masih ada dengan OE sedangkan kamu tidak...

sudahlah yang itu... OE tak kisah... OE dah selalu diperlakukan macam nie...

OE tetap OE... masih lagi boleh berdiri walaupun tak ada yang lain dan sekarang nie OE dah ada kawan-kawan baru yang OE boleh kongsi setilam... boleh kongsi makanan dan suka...

OE suka!


oh... kamu-kamu mesti pernah dengar pasal cekelat DAIM kan? cekelat yang berterabur di Langkawi tu...

tahu kan? kan? kan?

bukan ini yang menyebabkan OE sentiasa ada di bilik NURUL dan ANA... tapi disebabkan OE kurang kasih sayang, jadi OE ke sana

okey tahu kan cekelat DAIM tu...
MyEm0.Com

- luar lembik (yang disalut cekelat sedap)
- dalam keras (yang ada caremel + kacang)
- sampulnya yang berwarna merah mengancam

mesti tahu punya... lagi-lagi yang penggemar cekelat tu...

sebenarnya apa yang OE nak nyatakan dekat sini, janganlah sesekali buat kawan-kawan kita macam kita makan cekelat DAIM yang sedap ini...
MyEm0.Com

"apa yang OE merepek nie? ini dah banyak sangat makan DAIM lah nie"

tak adalah... OE nie orangnya suka symbolic-symbolic nie... jadi dengan cekelat DAIM sendiri OE boleh nampak symbolicnya seorang kawan itu pada OE

contohnya?

yang luar manis... kan kita selalunya akan hisap habis manisnya tu baru sampai yang bahagian keras tu kan...

maksudnya : kita lalui semua manis dengan kawan kita tu. sehabis-habisnya manis. ketawa, suka, meronggenglah dan sebagainya. seronokkan macam tu

yang dalam caremel dia tu... kan keras, kadang tu nak hisap buat sakit lidah, jadi kebiasaannya digigit... aum aum...

maksudnya : bila kawan kita lalui HARD TIME, kita tak mampu teruskan kemanisan berkawan tu dan kadang tu kita tinggalkan je dia. tak pun kalau dah ada rasa sakit hati dengan kawan tu, kita terus bunuh semangat berkawan tu

sampulnya yang merah menyala semangat membara denga tulisan DAIM tu...

maksudnya : bila kita dah makan sedap-sedap, kita takkan simpan sampul dia tu kan walaupun secantik mana sekali pun. jadi kita buang. begitu jugalah kawan. bila dah tak diperlukan, buang ke longkang

tapi OE tak nafikan ada jugak orang yang suka simpan sampul cekelat, kan kan kan?

dalam seramai-ramai orang yang suka makan cekelat, seberapa ramai yang suka nak simpan dan kumpul sampul cekelat?

tak ramai kan...
MyEm0.Com

macam tulah jugak tak ramainya orang yang pandai menghargai ertinya kawan tu...

kadang OE cuba cakap dengan diri OE...

- mungkin OE kena tukar cara OE berkawan (tapi OE rasa memang dari dulu OE kawan dengan semua orang. cuma yang paling rapatnya sorang)
- mungkin OE tak perlu banyak bercerita hal-hal dunia OE pada kawan (ia akan membuatkan kawan tu bosan dengan OE)
- mungkin OE perlu memilih dengan lebih berkesan lagi untuk mengenal kawan
- mungkin OE perlu bersendiri?

kena tukar cara berkawan sebab dengan itu OE tak ada yang paling rapat supaya OE tak rasa sakit bila dikhianati kawan
MyEm0.Com

"tapi kamu still buat benda yang sama"

bercerita hal diri pada orang... maksudnya sepanjang bertemu asyik je berbual pasal dulu OE buat ini, dulu OE buat itu... mungkin boleh diceritakan, sekejap-sekejap sekadar selingan bagi topik yang kita bualkan...

dan lebih memilih dalam mencari kawan... sebab OE nie dah dikurniakan instinct yang kuat dan selalunya OE degil... nak jugak kawan dengan orang tu walaupun apa yang hati OE cakap, 'satu hari nanti dia akan khianat dekat kau...'
MyEm0.Com

dan benda yang itu kebiasaannya berlaku... kawan yang hati OE cakap tak baik tulah akan buat OE sakit akhirnya...
MyEm0.Com

jadi after this, dah dapat instinct yang macam tu, OE perlu jauhkan diri dari orang tersebut...

okeylah... panjanglah pulak kan... OE nie dah melepaskan gian sebab lama sangat tak menaip panjang-panjang macam nie...

jangan lupa masuk contest OE ye... oh ye... perasan tak dekat sidebar OE ada 'they always talking' tu?
MyEm0.Com

oh OE ingat pada yang lima teratas, OE nak bagi something nanti. mungkin bulan depan... insyaAllah...

OE berlalu dulu ye...

OE katakan...
"mood OE waktu menulis nie sama sekali tak ada rasa sedih ataupun kesal. OE menulis nie sebab OE teringat something masa makan DAIM dekat bilik ANA dan NURUL semalam."

Labels: , , ,


12 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me