Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
kesiannya OE... ish ish ish
Wednesday, April 13, 2011 @ 6:06 AM

As salam…



oh adakah yang merindui diri ini?

Oh dah beberapa hari OE...

...tak dapat nak update blog

...tak dapat nak online

...tak dapat nak lawat blog orang lain

...tak dapat nak bagi kata-kata semangat dekat orang

“kononnya bagi kata-kata semangat. Ye ye je si OE nie tau. Padahal komen yang entah apa-apa je yang dia bagi”

OE amat-amat tak sengaja sebabnya broadband ayah OE dah pun innalillah...

Bukan innalillah sebab dah jahanam. Bukan jugak sebab kerosakkan. Cuma tak bayar lagi bilnya. Alahai bilalah agaknya kakak OE nak bayarkan bilnya

Sekarang nie pun OE online guna wireless free... jangan tanyakan di mana

“ceh sadis bebenarlah tu kan”

Tapi apa-apa pun, nanti OE dah balik Kelantan, lepas je OE jawab periksa, OE akan menjelajah ke seluruh pelusuk blog

“berkobar-kobar bebenarlah dia nie. Jangan asyik nak fikirkan blog je. Exem tu fikirkan jugak”

Jadi disebabkan sekejap je OE dekat sini, I mean dekat kedai makan nie, yelah sekadar nak mengisi perut OE je nie kan dan dah malam lagi pun, jadi tak bolehlah panjang-panjang.

Lagipun ayah OE dah pandang-pandang OE nie. Kejap lagi dia siaplah tu makan.

Oh OE ada benda nak ceritakan... tapi nanti-nantilah bila OE dah balik Kelantan nanti

“akhirnya internet di Kelantan juga yang dirinduinya”

OE cuma nak cakap, nanti insyaAllah 30 April nie, bersemperna tarikh tutupnya contest OE, OE akan berada di PWTC...

Sebab apa? Sebab apa? Terujakah kamu hendak berjumpa OE?

“perasan!”

Oh sebab OE dijemput untuk pelancaran novel OE yang first dekat sana. Kan ada BOOK FAIR dekat sana. Jadi insyaAllah OE akan ada di sana jugak

OE rasa berdebar-debar pulak dengan benda alah nie. OE tak dapat bayangkan... OE yang penakut dengan orang atau boleh dikatakan OE nie ada public phobia, nak duduk di tengah-tengah orang ramai demi cita-cita OE yang satu tu

Oh doakan OE tak pengsan dekat tengah-tengah lautan orang tu ye...

Okey... OE dah nak kena pergi. Kalau rindu, rasa nak tenung-tenung OE, jangan tenung lama-lama, OE segan nanti...

OE berlalu dulu...

OE katakan...

“OE pernah terfikir nak buat vedio untuk pengenalan pasal OE, tapi tiba-tiba OE rasa malu sangat-sangat. Entahlah... nantilah. Mungkin satu hari nanti, bila OE dah tak rasa malu, OE tunjukkan vedio yang OE buat tu. OE rakam sendiri dan OE pun tak pasti kenapa OE buat. Alahai”

Labels: ,


23 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me