Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
MASAK sambil TIDUR
Wednesday, January 25, 2012 @ 7:38 PM

Assalamualaikum.

mood : berbangga dengan diri sendiri. tapi kadang rasa sadis.

tadi OE tolong ayah OE masak. tak adalah masak macam mana grand pun . cuma masakan kampung yang sedap dan best.

sejak dah asyik berangan nak kahwin nie, makin galak pulak OE duduk dapur.

walaupun tak pegang kuali, tak terpercik minyak, sekurang kurangnya OE duduk dapur dengar ayah mengajar OE masak itu dan ini.

supaya nanti, OE bolehlah masak sendiri.

- nie apa yang OE buat tadi. ayah masak kari, OE buat nie. ayah siap lagi cepat dari OE. sabar jelah.

OE nie buat kerja lembab sikit. satu satu . bak kata ibu OE, focus bila buat something.

dan disebabkan itu, OE buat kerja memang sangat lambat. kalau buat semua dalam satu masa, alamatnya salah satu atau semua, mesti hangus OE kerjakan.

nampak jelah kuah kacang dah macam coklat cair OE kerjakan.

okey sudahlah pasal masak . segan pulak OE nak cakap banyak banyak pasal masak sebab OE memang baru je nak belajar masak.

"well, kamu kan perasan kamu masih 16 tahun. okey apa belajar masak time umur umur macam nie, kan?"

okey sila jangan percaya OE nie 16 tahun.


- iklan : sentiasa perasan diri 16 tahun. dah banyak sangat minum collegen dan ubat ubatan untuk awet muda. yes terima kasih pada ibu OE yang selalu membebel pasal tu.

pasal tidur. tahu kan ada waktu waktu yang kita tak patut tidur, dan waktu waktu yang patut tidur

"tak bagi salam tak bagi apa, tiba tiba cakap pasal tidur."

waktu boleh dan sepatutnya tidur

... waktu malam sebab malam memang sepatutnya orang rehat dan satu hormon akan dikeluar aktif pada waktu malam sahaja. hormon tersebut baik untuk tubuh.

... waktu tengah hari sebelum Zohor sebab waktu tu, kalau tidur, mesti nanti akan rasa lega untuk buat kerja di petang hari.

dan...

waktu yang dilarang dan tak sepatutnya tidur

... waktu pagi sebab pagi pagilah rezeki masuk dan orang yang suka tidur pagi akan mewarisi kemiskinan.

... waktu petang sebab akan mewarisi kegilaan.

... waktu Maghrib sebab Maghrib kan pendek, nanti tertinggal solat pulak. dan ada orang cakap, waktu Maghrib banyak syaitan berkeliaran.

okey itu apa yang OE tahu dan asyik diceramah oleh ibu sebabkan dulu OE kuat tidur.

tapi, sebenarnya sekarang pun OE masih lagi kuat tidur sebenarnya . tapi dah pandai pilih waktu.

tapi semalam, OE terlewat sangat tidur tengah hari dan lepas tu, terlajak sampai ke petang dah nak injak 6 setengah.

dan kebiasaannya OE kalau tidur waktu waktu macam tu, guaranty punya akan alami mimpi ngeri.

dan nasib baik ayah OE kejut . alahai.

dan lepas bangun tu, terus je dapat idea untuk cerita baru.

tapi memang sungguh tidur petang sangat sangat dilarang sebenarnya kecuali dah terlampau terdesak.

okeylah. sampai sini je dulu.



OE katakan...

"nasib baik OE boleh bangun. kalau tak bangun terus, tak ada oranglah nak update blog nie nampaknya. dan yang paling seronok dapat idea untuk novel baru. buat cerita thriller lah pulak nampaknya lepas nie."


ayah OE kata pulak...

"dia (OE) nie pelik sikit sebab dia dapat idea dengan tidur . mana tak nya, tidur sepanjang masa, bangun je tidur, terus capai netbook dan tekan tekan tekan dengan dahi berkerut kerut, lepas tu, sambung tidur balik. itu maknanya dengan tidur boleh jana idea."

Labels: , , ,


5 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me