Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
OE dan WARNA
Friday, October 12, 2012 @ 2:30 AM

Assalamualaikum...

mood : tak tahu apa yang OE nak buat dipetang hari begini


hari tu, OE ada masuk kelas communication memandangkan OE dah masuk ke tahun yang boleh dikatakan nak sampai ke alam pekerjaan ni kan.

"apasal sejak kebelakangan nie OE suka guna ayat yang skema eh? ini memang sangat terpengaruh dengan penulisan manuskirp. alahai."

masa dekat kelas tu, boleh pula lecturer dia buat kelas cara pemakaian sewaktu bekerja.

OE nie dahlah selalu datang tak datang kelas dia memandangkan OE ambil tu pun sebagai elektif, jadi OE pun pakailah baju yang entah apa-apa bila datang kelas dia tu.

dah tu, duduk depan pulak tu.

"konon macam orang semangat nak belajar, tapi kadang mata nak tertutup jugak bila dah bosan."

bila dia nak tunjuk contoh pakaian-pakaian yang sesuai, dia panggillah beberapa orang yang pakai baju kurung untuk jadi model berdiri depan kelas.

dia komenlah kemas ke, tak kemas ke, matching ke, tidak ke.

dah tu...

"panjang macam nak buat cerpenlah pula OE nie bercerita. staright to the point tak boleh ke?"

biasalah, bila ada pakaian yang kemas dan sesuai, mestilah ada juga pakaian yang tak sesuainya untuk ke kerja.

dan pap! OE kena panggil pergi depan.

OE dengan yakin kononnya macam tak bersalah, pergilah depan.

dia pun komen cakap kalau boleh, janganlah pakai baju yang full hitam, macam orang nak pergi majlis kematian, tak ceria.

tapi nasib baik, OE pakai baju warna pink walaupun baju tu duduk dalam cardigan panjang yang OE pakai.

"OE tak ada contohlah. cerita jelah kan. OE tunjuk nanti baju pink yang mane yang OE pakai tu."




pink yang itulah baju yang OE pakai. itu pink ke, merah? alahai buta warnalah pula.

sebenarnya masa OE duduk tu, dia ingat OE pakai baju semua hitam. sebab tu dia panggil OE.

dan secara tak sengajanya, masa dia cakap pasal baju tu, dia tariklah baju OE, sebab budak yang duduk belakang mungkin tak nampak sebab baju OE tu tertutup pula dengan tudung hitam OE.

lepas tu alamak!

'oh sorry saya tak sengaja. saya ingat awak pakai baju panjang.'

tanpa disengaja dia terangkat tinggi sampai nampak perut OE.

nasib baik budak duduk depan semuanya perempuan dan kemungkinan untuk budak lain nampak tu adalah sangat tipis.

"lepas tu OE malu... ada pulak tunjuk perut depan orang. alahai."

apa kena mengena ye dengan OE dan WARNA?




ini waktu sambutan buka puasa. pakai baju jalur jalur, tapi tudung hitam juga. yang inner tu pun, konon konon nak berlakon macam tak nak bagi hitam semua. alahai.




ini OE berani pakai macam ni pun sebab OE ada pashmina yang lebih kurang warna seluar yang OE pakai. itu pun rasa tak selesa bila ada orang yang pandang OE. alahai.

sebenarnya, mula-mula masuk sem hari tu, OE adalah beli tudung warna-warna sebab kononnya sem nie tak nak pakai warna hitam dah.

tapi, masuk je minggu ke-3, OE dah malas nak match-kan baju dan tudung yang OE ada dan OE nie sebenarnya memang lansung tak yakin kalau pakai banyak-banyak warna

tambah-tambah lagi kalau nak ke kelas. memang alamatnya hitam, hitam dan kemudian hitam lagi.




antara tudung hitam yang OE ada... itulah dia yang selalu OE pakai. kadang pakai tudung syiria dan tukar je inner dia pada warna yang lebih kepada tone hitam.

cuma kalau berjalan dekat Johor je OE akan pakai warna-warna lain selain hitam. itu pun kalau OE tak kemalasan.

dah minggu demi minggu, ada pulak coursemate OE tegur...

'kak OE punya style minggu nie sama je.'

alahai. nak buat macam mane lagi. dah itu je yang boleh buat OE yakin. HITAM!

okeylah. sampai sini dulu.

until the next entry. bye.




OE katakan:

"OE ada pernah dengar OE cakap, hitam tu seksi. alahai. tapi, OE pakai hitam sebab OE tak suka pakai warna lain. tambahan lagi, hitam bukan semestinya kotor dan hitam bukan semestinya tak cantik, kan. oh semua gambar yang OE pakai, semua recycle balik sebab OE sekarang jarang ambil gambar."

Labels: , , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me