Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Cuaca dan Musim Buah
Friday, November 9, 2012 @ 8:34 AM

Assalamualaikum... 

mood : nak makan rambutan, tapi tak masak lagi

sebenarnya beberapa minggu yang lepas, ayah OE ada cakap pasal durian, rambutan, manggis, langsat, semua berbuah balik 

sedangkan baru je waktu OE cuti sem sebelum nie, dah musim buah

biasalah, buah buah tempatan nie, biasanya ada musim die setahun sekali  

tapi sekarang, macam tak payah nak tunggu, buah tu terus terusan 

masa raya sebelum nie, waktu OE pergi rumah pakcik OE, dia ada cakap, semua benda nie sebab cuaca sekarang yang dah tak menentu, panas sangat dan bla bla bla

tapi, komen ayah OE pulak, sebab kampung yang OE duduk nie, penuh berkat sebab tu rezeki melimpah ruah

alahai, OE pun tak pastilah kenapa macam tu

tapi, bila nak difikirkan, disebabkan cuaca, buah pun terus keluar? 

kenapa OE cakap pasal buah buah tu semua? OE ada dusun ke? family OE ada dusun ke? atok OE punya dusun ke? 

"ada ke orang nak jawab atau tanya OE oi..."

sebenarnya, sekeliling rumah OE yang dekat kampung nie banyak pokok buah buah. semua atok OE yang tanam dulu dulu

tapi OE rasa, rambutan depan rumah OE nie, belum tentu masak sebelum OE balik ke Kelantan semule nanti... dapatlah makan yang dah hampir masak

dulu, kalau arwah atok OE dia mesti marah kalau nampak kitorang (cucu cucu dia) nie makan  buah buah tu  selagi tak masak semua buah atas pokok tu

contohnya kalau buah rambutan, kan ada bahagian yang akan masak dulu, ada bahagian yang tunggu lama lama baru nak masak

tapi, atok OE tu mesti tak bagi kitorang makan bahagian yang dah masak tu. dia suruh tunggu sampai satu pokok tu masak

tapi sekarang bila atok dah tak ada, tak ada yang nak marah 

"tiba tiba je OE rindu pulak dekat atok..."

OE ada gambar yang background-nya dekat sekeliling rumah OE jugak





background : akar pokok durian. padahal atas kepala ada durian. nasib baik tak masak lagi dan tak jatuh atas kepala...


background : pokok kelapa, pokok durian, tunggul pokok mangga


background : sama je dengan gambar first tadi

okeylah sampai sini je

until the next entry, bye 




OE katakan...
"orang selalu kata, kalau seseorang tu ada di hadapan mata, kadang kita tidak perasan yang kita sayangkan dia. tapi, kalau orang tersebut sudah tidak ada di hadapan mata, barulah kita tahu yang kita sayangkan orang tersebut. semua hasil dari dusun tu, adalah usaha atok OE yang dah lebih 2 tahun pergi tinggalkan kitorang..."

Labels: , , ,


9 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me