Dari Kelantan ke KL
Tuesday, November 27, 2012 @ 5:10 PM mood : tak berapa nak sihat sejak balik dari KL hari tu
cerita nie sebenarnya dah seminggu OE simpan. apa yang OE update masa balik dari KL hari tu, konon konon macam tak nak bagi banyak sangat gap antara satu entry
memandangkan dah lama jugak OE tak update blog nie. sibuk tu, perkara biasa rasanya bagi pelajar, kan
OE just nak cerita pasal OE pergi KL hari tu jelah. banyak gambar yang OE letak memandangkan OE pun macam tak boleh nak berfikir untuk taip entry panjang panjang
OE pergi tempat tempat yang berkaitan dengan course yang OE ambil sekarang nie Medical Radiation
kalau nak tahu Medical Radiation tu ape, google lah ye... semuanya di hujung jari anda
"ceh dah macam buat iklanlah pulak."
okeylah tu kan... gambar pulak...
first sampai sampai tu, kitorang pergi sini. memang pagi tu sangat sangat mamai sebab beberapa jam perjalanan dari Kelantan ke KL
dekat situ, masuk masuk je dengar ceramah. nasib baik orang yang bagi ceramah tu pandai nak melawak.
![]()
gambar nie OE dapat dari page AELB tempat yang OE pergi dengar ceramah tu. tengoklah muka semua orang time nie, ceria sangat kan...
lepas dengar ceramah, bagi makan sarapan percuma. dan lepas tu...
beratur untuk ke tandas... dalam tandas pun sempat lagi nak posing posing bagai
terserlahlah kegempalan badan OE ketika duduk di barisan hadapan untuk diambil gambar...
selesai ceramah, makan dan toilet... kitorang ambil gambar ramai ramai depan pintu gerbang tu
kalau nak tahu AELB tu ape, itulah dia dekat atas tu dia punya nama panjang.
waktu nie memang sangat panas... lepas tu kena pula mendaki bukit...
lepas ceramah, kitorang dibawa tengok barang barang diorang. kebanyakkan barang barang tu kitorang akan guna nanti waktu dekat hospital atau dekat tempat tempat berbahan radioaktif
"dah keluar dah perkataan skema yang OE belajar selalu dekat kelas tu"
time nie, orang semua masih lagi cergas, tapi tak OE. OE duduk tepi, ada orang nak pulak ambil gambar OE
inilah jadinya kalau budak tak selalu berjalan, baru je tak sampai seharian, memang dah sangat sangat letih
![]()
orang yang konon konon penat dan tak bertenaga memang suka posing bergedik tak tentu pasal
lagi satu, tempat tu ada bermacam macam bau dan memang OE nie, kalau dah didedahkan dengan bau yang bukan bukan, boleh jadi macam orang mabuk.
![]()
bila semua dah tengok apa yang nak ditengok, mulalah sesi bergambar tak sudah.
ini semua adik adik OE. dekat dalam batch OE tu, OE yang paling tua. adalah tuanya dalam 2 3 tahun dari diorang semua
kemudian, tempat ketiga kitorang pergi, Agensi Nuklear Malaysia. dekat sini macam macamlah yang diorang tunjukkan. benda yang OE tak pernah tengok pun ada
tapi tempat tu OE tak bawa kamera sebab bahan bahan yang diorang gunakan, akan merosakkan kamera dan kamera memang tak dibenarkan dibawa masuk
jangan tanya kenapa OE tak ada dalam gambar dekat atas tu... sebab OE yang tukang ambil gambar
malamnya, dalam penat seharian pagi berjalan dan belajar benda yang baru, kitorang pergi The Mines lah pulak
dekat situ tak ada apa pun yang OE buat selain tengok tempat orang. biasalah tak pernah pergi, jadi jakun
![]()
time ambil gambar yang sebelum nie, OE baru je turun dari bas. biasalah orang yang first turun, lepas tu bergedik sendiri.
baru sekejap bergedik sendiri, datanglah ini budak budak nak bergambar sama. konon dah macam artislah tu semua orang nak ambil gambar dengan dia. perasan!
![]()
semua diorang nie junior OE yang sempoi...
dah berjalan, bergedik macam nak naik river cruse, makan Pizza Hut dengan mahalnya, tibalah masa nak balik. sebelum nak balik tu, nampak pulak tempat nie
alah tempat yang satu barang 5 hengget tu dan semuanya sangatlah COMEL!
pantang sungguh OE nampak benda yang comel nie. memang macam nak beli semua je.
abaikanlah muka yang bulat.
![]()
waktu nie memang sangat teruja nak membeli stokin berbulu comel yang OE pegang tu. ke sana ke mari dengan stokin tu sambil rasa macam nak lompat lompat
![]()
masih lagi teruja. bulu stokin sangatlah lembut. dan bila pakai, memang rasa hangat. best.
jumpa je kawan kawan OE, OE pun melompat lompat cakap OE dapat beli benda comel dan tunjuk stokin nie. memang diorang cakap OE nie macam budak kecik
sabar jelah dengan akak diorang yang sorang nie. nasib baik sorang je akak diorang nie hah...
masih tidak mahu pergi meninggalkan DAISO. kalau boleh nak duduk situ belek satu satu barang comel comel tu dan teruja sendiri.
![]()
tapi sayangnya... suara mesin sudahpun menyuruh kitorang keluar dari kedai tu sebab dah nak tutup
hah yang itu yang OE tak tahu tu...
dah tu, lepak... tunggu bas kitorang datang jemput. di kiri dan kanan semua OE punya adik adik kesayangan OE...
tadi diorang tak perasan yang OE tengah bergambar. tapi sekarang diorang dah perasan pulak.
dalam bas tu, kawan OE yang tengah tu, dia cakap satu malam tu kitorang tak ambil gambar sama sama pun. dah dua dua pakai baju comel nie hah!
![]()
lepas tu, dekat biliklah pula kitorang menyambung kegedikkan. tiga orang gadis memakai dress pada malam tersebut.
"ayat tak payah nak novel sangatlah OE oi!"
yang tengah tu, OE kalau balik Johor, dalam bas, mesti banyak cerita nak kongsi dengan dia. dari A sampailah Z sebab kitorang nie kalau dekat U memang ada kawan masing masing dan kadang tak sempat nak share cerita. tapi, OE dengan dia boleh dikatakan rapat jugak...
![]()
yang sebelahnye, berbaju pink itu dari Sabah. cantik manis orangnye.
"dah OE. jangan nak skema ayat tu."
second day, kitorang pergi Amcorp Mall dengan Beacon Hospital, Cancer Specialist Centre. masa gambar dekat nie, kitorang dah selesai lawat hospital tu.
memang barang barang dekat hospital tu sangat canggih dan hiasan dalaman hospital tu memang macam hotel 5 bintang. OE rasa, kalau orang pergi dekat situ macam tak rasa sakit pun.
![]()
waktu nie OE memang dah sangat tak larat. nak berjalan pun dah tak larat. baju putih pun OE dah tak kisah, boleh duduk merata.
![]()
tengoklah muka pun macam orang sedih je. badan dah mula rasa tak sihat. apa yang ada dalam otak...
'I need my bantal busuk now!'
bersedia nak pulang kembali ke Kelantan. tunggu bas yang masih juga lambat.
lima gadis nie, boleh pula ambil gambar nak jadikan kenang kenangan.
yang tudung hijau namanya Siti, yang tudung kelabu namanya Paah, yang tudung pink namanya Suri, yang tudung cekelat namanya Sab. yang tudung biru? kalau tak tahu memang geram...
okeylah sampai sini dulu
Labels: belajar, diri ini, fun, jalan2, journey, kesukaan, november 2012, other people ![]() for more reading, click 'history' or 'future'... |
Me, Orkid Edyliyne
Mummy Babies Links Blog List Jom Kita Kawan!
![]() ![]() conected to... boleh like2 jugak Nota Pemberitahuan
sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya. kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL! any novel's review? can visit that blog, okey... p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^ Big thanks...
Header Image : Hana Header Edited : me |