Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Dulu Orang Asing, Sekarang Sedara
Friday, November 16, 2012 @ 4:22 PM

Assalamualaikum... 

mood : teruja dalam proses terakhir untuk keluarkan novel terbaru

pernah dengar atau alami tak benda macam ni...

'dulu dia tu, aku lansung tak kenal. tengok macam sombong je. tapi bila dah kenal, dia baik dengan aku. dah macam adik beradik.' 

tak pun...

'dulu aku kenal dia sebab satu kejadian tu. tapi tiba tiba entah macam mana, aku boleh rapat dengan dia. kebaikkan dia tu dah macam aku ni sedara dia' 

tak pun...

'dia tu harap je sedara aku, tapi nak tengok muka aku pun tak nak. aku nie dah macam orang asing dah pada dia.' 

tak pun...

'dia tu nama je adik beradik, tapi nak mintak tolong sikit, berkiranya lebih. tapi kalau aku tak tolong dia, mesti dia maki hamun aku macam aku nie bukan adik beradik dia.' 

pernah tak terjadi salah satu dari empat situasi tu?

OE pernah jadi antara tiga atas tu jelah. setakat nie, alhamdulillah adik beradik OE semuanya masih bersatu hati lagi

"apasal macam pelik je ayat yang OE susun nie? sah kena penangan novel nie"

OE nak cerita pasal yang dulu orang asing, sekarang sedara tu je 

sebab semalam, sedara angkat ibu OE ada ajak pergi rumah dia makan durian

orang tu memang baik sangat padahal ibu OE nie bugis, dia tu jawa entah macam mana boleh nak mengaku sedara pulak

ibu OE nie memang selalulah datang rumah dia 

kebetullan sekarang kan musim buah lagi, jadi durian dekat dusun dia banyak, so dia pun ajaklah  family OE datang sana

family OE nie pulak kalau makan durian, memang tak ingat dunia. kitorang dah buat rumah tu macam kampung kitorang pulak. 

makan durian dengan semangatnya sampai kumpul kumpul kulitnya sebakul besar

dah lepas makan durian, bungkus pula durian yang dah lama lama, untuk buat gula durian makan dengan roti, makan dengan biskut

"OE tak tahulah kat tempat lain ada ke tidak istilah gula durian tu."

dah makan kenyang kenyang, boleh sempat tumpang tidur lagi 

bangun, tuan rumah dah sedia makan tengah hari pulak, makan pulak lagi

tapi, memang selalu kalau ibu OE datang rumah dia, memang orangnya macam tu pun

kalau nak mengharap saudara betul buat macam tu, memang takkanlah 

"itu bagi family OE lah. tak payah cerita panjang panjanglah pasal tak best. OE suka cerita pasal benda best je." 

macam tulah kiranya

jadi, boleh makan durian, boleh bawak bekal balik rumah... seronok lepas tu sebab dapat makan durian



'disebabkan nak pegi rumah sedara angkat, baju pun entah apa apa je yang OE pakai. tak ada kena mengena biru dengan pink.'


'konon nak tunjuk betapa kuatnya OE menolak kereta sorong tu dengan durian yang entah berapa bijik je...'


'durian yang akan sentiasa dirindui...' 

family OE makan lagi banyak dari yang berlonggok nie... masa tu datang 5 orang je. bayangkanlah

okeylah sampai sini dululah

until the next entry, bye 







OE katakan...
"walaupun OE sekarang konon konon sibuk nak buat final editing untuk novel yang akan keluar Januari tahun depan, OE akan tetap nak pergi merangkak ke blog blog orang lain. doakan OE siap dengan jayanya novel tu ye..."

Labels: , , , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me