Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Pesan Ayah OE (PAO) : Besederhanalah
Sunday, November 18, 2012 @ 2:01 PM

Assalamualaikum... 

mood : baru balik beberapa hari, dah teringat rumah nie

kalau dekat rumah, setiap pagi, OE mesti akan duduk depan netbook atau laptop untuk buat something lepas subuh

bila ayah OE dah mula duduk depan tv, mesti ceramah dia akan keluar. kadang macam macam isu yang tercetus sebab tengok pada topik apa yang terlintas dalam kepala dia

ayah OE suka bercakap dengan OE mungkin sebab OE suka bagi respon yang OE nie tengah mendengar

ada satu kali tu, pasal perkara ni...


Bersederhana dalam MENEGUR 

sebab ayah OE ada cerita ada seorang ustaz nie menegur seorang perempuan yang tak pakai tudung 

ayatnya lebih kurang macam ni...

'kalau tak pakai tudung, amalan kita takkan diterima. solat juga tak diterima'

lepas tu perempuan tu jawab balik... 

'habis kalau macam tu, tak perlulah saya bersolat terus.'

lepas tu, ustaz tu berfikir dan terus berfikir macam mana cara menegur yang boleh menarik orang untuk terus mengubah diri jadi baik, bukan meninggalkan terus benda yang baik tu 

jadi, pada perjumpaan yang seterusnya ustaz tu keluarkan ayat yang ini pula...

'teruskanlah bersolat dan mohonlah pada Allah supaya bukakan hati kamu untuk menutup aurat.'

dia rephrase balik ayat tu supaya tak nampak macam keterlaluan sangat.

macamlah juga keadaannya kita tengok orang tak berhijab, janganlah kita caci dia, cakap dia yang bukan bukan sebab sepatutnya kita doakanlah orang tu supaya satu hari nanti dia terbuka hati untuk mengenakan hijab

kalau orang tu dah tutup kepala dia dan kita tak berkenan dengan cara dia berpakaian dan sebagainya, doakan juga atau tegur dengan berhemah bukannya kita cakap dia yang bukan bukan 

hidup kita ni bukan nak judge orang tu salah, orang ni berdosa, orang ni masuk neraka, orang ni masuk syurga

yang meletakkan hukuman tu kerja Allah, biarlah Dia sahaja yang menghukum orang tersebut bukan kita. kita bolah membenci sesuatu perkara keji itu, tapi tidak membenci si pelakunya.




like father like daughter... 

macam juga ada satu lecturer OE tu cakap... 

'ada sorang kawan saya ni dulu, sangat baik orangnya... semua dia tak buat. mencuri dia tak buat, merokok dia tak buat dan solat pun dia tak buat.  but, once dia kenal konteks ISLAM yang SEBENAR, dia menjadi seorang MUSLIM yang sangat hebat.'

lebih kurang macam tulah apa yang OE nak sampaikan dalam entry nie 

semoga perkongsian ni dapat menambah ilmu serba sedikit

"OE rasa macam OE nie skema dalam entry nie. alahai..."

sampai sini dulu...

until the next entry, bye...





OE katakan...
"kadang kita tak sedar yang cara kita itu keterlaluan. jadi, muhasabah balik diri kita sama ada kita bercakap itu menggunakan akal ataupun emosi. sebab emosi biasanya akan lebih membuatkan orang lain mudah terasa berbandang apa yang keluar dari akal dan pemikiran. cuma berkongsi, tak ada niat hendak mengkeji"

Labels: , , , , ,


20 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History | future




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me