Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
PAO : Rezeki...
Sunday, December 2, 2012 @ 3:00 PM

Assalamualaikum... 

mood : menyiapkan assignment ketika dateline dah hampir tamat

entry yang nie macam pendek, tapi macam panjang. apa apa pun still sama macam yang sebelum ni, hanya pengisisan dari ayah OE yang OE kutip dan letakkan dekat sini. 

yelah sebelum nie OE ada suruh dia buat blog, dah dibuat, dia pula tak pandai nak menggodeh sebab dia duduk dekat rumah, OE duduk dekat Kelantan

dan yang pandai nak menggodeh blog dekat rumah OE tu, OE sorang je 

jadi, kali ni...



REZEKI kita takkan jadi REZEKI orang dan sebaliknya...


ayah OE cakap, rezeki tu bukan dikira hanya pada DUIT yang kita dapat atau GAJI yang kita terima tiap tiap bulan je.

rezeki tu satu nikmat yang Allah swt berikan pada kita dan rezeki tu pun termasuk jugaklah...

1) makan pagi, tengah hari, petang, malam
2)  kecantikkan, kekacakkan
3) keluarga yang harmoni dan bahagia
4) mata yang masih boleh melihat, hidung yang masih boleh menarik nafas

lebih kurang macam tulah. kalau nak senarai, memang nikmat yang Allah swt berikan memang tidak terhitung banyaknya kan 

lagi... pernah tak ada sesekali kamu kamu terfikir atau tersebut dekat ibu atau ayah

'hari ni orang teringin sangat nak makan tembikai' (contohnya)

kamu kamu tunggulah sampai seharian tak ada jugak orang yang respon kadang tengok dekat TV ada rancangan makan makan, terliur sendiri

tiba tiba belah malamnya, ada pula orang menghantar tembikai dan kamu yang suka nie pun terus je terjah

ini juga dikira salah satu rezeki yang boleh dikatakan rezeki yang tidak dijangka dan biasanya kita lansung tak sedar perkara itu 



iklan : sekarang nie OE dah lama tak ambil gambar dengan ayah OE. yelah kalau tidak OE jadi photographer, ayah OE tu yang jadi photographer. jadi, letak gambar ISTERI ayah OE pun jadilah...

OE letakkan beberapa ayat ye... 

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." (Surah Al-Baqarah : ayat 212)

“Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)" (Surah Ali-Imran : ayat 27)

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Surah Al-Isra' : ayat 30)

itu jelah. banyak lagi sebenarnya dekat dalam al-Quran ayat ayat yang berkaitan rezeki ni.

one more thing, OE ada pernah dengar, kalau kita selalu baca surah Al-Waaqiah, in sha Allah rezeki takkan pernah putus... 

sekadar muhasabah diri buat seketika...

sampai sini dululah

until the next entry, bye 







OE katakan...
"Sebenarnya semalam OE tengok cerita Istanbul Aku Datang dekat youtube, full movie lagi. jadi OE cakap dekat facebook yang OE tengah tengok cerita tu. kawan kawan yang lain semua mintak link dan ada yang mintak tolong downloadkan untuk diorang. OE yang dah tengok dah nak 2 jam nie, internet pun slow bila nak mendownload dan memang waktu tu OE dah nak tidur sangat. jadi OE fikir, OE tidurlah dulu. download cerita boleh buat esok pagi lepas subuh. tiba tiba pagi ni, OE buka link yang OE dah save tu, oh! movie tu dah di-remove oleh grand brilliance. bukan rezekilah tu namanya. alahai."

Labels: , , ,


10 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |



Pesan Ayah OE (PAO) : Besederhanalah
Sunday, November 18, 2012 @ 2:01 PM

Assalamualaikum... 

mood : baru balik beberapa hari, dah teringat rumah nie

kalau dekat rumah, setiap pagi, OE mesti akan duduk depan netbook atau laptop untuk buat something lepas subuh

bila ayah OE dah mula duduk depan tv, mesti ceramah dia akan keluar. kadang macam macam isu yang tercetus sebab tengok pada topik apa yang terlintas dalam kepala dia

ayah OE suka bercakap dengan OE mungkin sebab OE suka bagi respon yang OE nie tengah mendengar

ada satu kali tu, pasal perkara ni...


Bersederhana dalam MENEGUR 

sebab ayah OE ada cerita ada seorang ustaz nie menegur seorang perempuan yang tak pakai tudung 

ayatnya lebih kurang macam ni...

'kalau tak pakai tudung, amalan kita takkan diterima. solat juga tak diterima'

lepas tu perempuan tu jawab balik... 

'habis kalau macam tu, tak perlulah saya bersolat terus.'

lepas tu, ustaz tu berfikir dan terus berfikir macam mana cara menegur yang boleh menarik orang untuk terus mengubah diri jadi baik, bukan meninggalkan terus benda yang baik tu 

jadi, pada perjumpaan yang seterusnya ustaz tu keluarkan ayat yang ini pula...

'teruskanlah bersolat dan mohonlah pada Allah supaya bukakan hati kamu untuk menutup aurat.'

dia rephrase balik ayat tu supaya tak nampak macam keterlaluan sangat.

macamlah juga keadaannya kita tengok orang tak berhijab, janganlah kita caci dia, cakap dia yang bukan bukan sebab sepatutnya kita doakanlah orang tu supaya satu hari nanti dia terbuka hati untuk mengenakan hijab

kalau orang tu dah tutup kepala dia dan kita tak berkenan dengan cara dia berpakaian dan sebagainya, doakan juga atau tegur dengan berhemah bukannya kita cakap dia yang bukan bukan 

hidup kita ni bukan nak judge orang tu salah, orang ni berdosa, orang ni masuk neraka, orang ni masuk syurga

yang meletakkan hukuman tu kerja Allah, biarlah Dia sahaja yang menghukum orang tersebut bukan kita. kita bolah membenci sesuatu perkara keji itu, tapi tidak membenci si pelakunya.




like father like daughter... 

macam juga ada satu lecturer OE tu cakap... 

'ada sorang kawan saya ni dulu, sangat baik orangnya... semua dia tak buat. mencuri dia tak buat, merokok dia tak buat dan solat pun dia tak buat.  but, once dia kenal konteks ISLAM yang SEBENAR, dia menjadi seorang MUSLIM yang sangat hebat.'

lebih kurang macam tulah apa yang OE nak sampaikan dalam entry nie 

semoga perkongsian ni dapat menambah ilmu serba sedikit

"OE rasa macam OE nie skema dalam entry nie. alahai..."

sampai sini dulu...

until the next entry, bye...





OE katakan...
"kadang kita tak sedar yang cara kita itu keterlaluan. jadi, muhasabah balik diri kita sama ada kita bercakap itu menggunakan akal ataupun emosi. sebab emosi biasanya akan lebih membuatkan orang lain mudah terasa berbandang apa yang keluar dari akal dan pemikiran. cuma berkongsi, tak ada niat hendak mengkeji"

Labels: , , , , ,


20 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me