Orkid Edyliyne as STUDENT
Welcome to my blog.You want to FOLLOW or go back HOME.
Perkara Yang Akan Dirindu...
Thursday, August 15, 2013 @ 9:37 PM

Assalamualaikum...

mood : masih malas dan mengantuk walaupun di tempat kerja

kerjalah sangat kan. padahal datang practical tanpa berbayar. hari hari buat benda yang samanye pun. dah bangun dari tidur, mandi, pakai baju, jalan ke Hospital Sultanah Aminah, JB (HSAJB). kemudian, meronggeng dalam department perubatan nuclear

sekarang pun sebenarnya OE tengah practical lagi tapi tak tahu nak buat ape

kebanyakkan masa dihabiskan dengan tertidur, tergelak kuat, terkacau orang, termengata orang.

"opss... bukan termengata. bercakap sikit je"

OE asyik fikir, macam nie ke kalau kerja nanti? rasa macam... boring pulak

mula mula dulu time masuk je kerja macam skema, terus belajar itu, belajar ini. sebab nama pun pelajar kan. jadi tugasnye mestilah belajar.

bila dah lama lama, start jadi macam otai. tak takut pun. alahai sabar ajelah.

OE tinggal lagi seminggu je nak habiskan practical. dan time practical nie pun tak ada benda yang seronok berlaku melainkan tengok pesakit setiap hari.

walaupun OE nie bukan doktor, tapi masih jugak akan nampak pesakit setiap hari sebab kerjanya dalam hospital kan...

sebulan lepas practical, puasa. jadi tak adalah nak cuba makanan dekat kawasan hospital nie. cuma sempatlah beberapa hari tu OE makan dekat hospital. selebihnya tak sempat.

sekarang dah tak puasa, bolehlah pergi breakfest tiap tiap pagi. setiap hari pun, bila nampak makanan OE akan teringat makanan sedap sedap dekat Kelantan

ayam percik
ikan keli goreng
spagetti goreng
laksa penang
tengkorak ayam
dan sebagainya yang sedap

padahal sebelum nie OE pernah cakap dengan orang, yang bila OE dah habis belajar OE takkan rindu apa apa pasal Kelantan.

sekarang nie, disebabkan dah 5 tahun duduk Kelantan, OE dah mula rindu makanan Kelantan. sampaikan masa tu balik dari Kelantan nak ke Johor, OE cakap dekat ibu OE...

"hari tu family OE datang ambil OE. sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik."

OE cakap macam nie...

"bu, orang rasakan nanti kalau orang dah habis belajar, orang nak ajak A**** bercuti dekat Kelantan. nanti boleh makan puas puas."

datang Kelantan semata mata nak makan. alahai...

p/s: OE belum habis belajar lagi ada setahun lagi dekat Kelantan.

tapi ada satu benda yang OE jumpa dekat HSAJB nie...

blueberry cheese tart

okey, itu adalah makanan jugak. OE rasa, nanti OE mesti rindu benda tu bila OE dah tak practical

oh oklah sampai sini je dulu. bye..

'Disebabkan raya, nie OE letaklah satu gambar raya. tahun nie tema kuning merah bata.'




OE katakan..."OE nie memang kuat makan. tapi OE tetap jugak memilih makanan apa yang akan masuk dalam perut OE. yang penting, makanan yang sedap. yang tak sedap nanti, perut akan meragam."

Labels: , , ,


4 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |



Story Behind the Picture # 3
Monday, June 3, 2013 @ 12:14 AM

Assalamualaikum...

sangat lame sebenarnye OE tak update blog nie. disebabkan kesibukkan yang selalu ada tu dah berkurang, jadi OE pun cube adekan masa untuk update jugak blog nie

sangat rindu sebenarnye dengan blog nie walaupun blog nie fungsinye untuk bercerita ikut suke je sebenarnye. tak ada info pun yang OE dapat keluarkan

but I really enjoy doing all this things, bila dapat tulis blog dan jalan jalan pergi blog orang lain

sekarang ni dah masuk bulan 6 dan tak lama lagi dah nak puasa dan raya lah pula. dan sibuk lah pula OE nak naik tahun 4 (final year) lah pula. 

"banyak benar 'lah pula' dia."

banyak benda nak cerita tapi banyak yang tak ingat. sabar ajelah sebab dah lama sangat tinggal.

kesibukkan jugak buat OE lupa benda yang terjadi

"ye ye jelah dia ni."

OE cubalah sikit sikit update apa yang OE ingat. sekarang nie, boleh letak gambar dengan cerita sikit je dulu ape yang OE ingat.

layankan jelah OE nie...

[picture taken by my friend]

gambar nie masa Dinner Course tahun nie. batch OE anjurkan dan jemputannya budak budak course OE jelah kan

theme kitorang WEDDING. tengok pada dua orang jejaka tu, pakai baju pengantin dah hah...

OE pulak... tak pasti temanya kena ke tidak sebab itu pun baju yang OE pinjam dari ibu OE. nak buat macam mana, baju ibu cantik sangat dan badan OE pun dah lebih kurang sama dengan ibu

"eh... ayat kat atas tu macam terbalik. badan ibu dah sama dengan OE."

OE jadi MC malam tu. sebenarnya itulah first time dalam sejarah OE meng-offer diri jadi MC padahal takut dengan mike...

gambar nie diambil suka suka aje ye. tak ada kontroversi. rasanya, macam dua dua tu dah berpunya. yang sorang baju biru tu memang lah dah berpunya 

next!


[picture taken by my sister]

 nie nenek OE belah ayah. nenek yang nie, nenek kedua, die kahwin dengan atok OE lepas dah lama nenek OE yang betul meninggal. die jaga atok sekarang nie 

gambar nie ambil masa pagi 18 Mei 2013

baju tu, baju kakak OE dan OE pakai balik untuk majlis kecik nie. tudung half-moon dengan make-up sendiri.

"macam tak tahu je nak cerita apa lagi untuk gambar nie"

okey next!


[picture taken by my sister]

nie budak paling comel dan paling bijak OE pernah jumpa dan sangat baiknye pun. lansung tak takut orang bile OE nak pegang dia. 

mak dia, bakal adik ipar OE (inshaAllah) jadi kiranya dia bakal anak buah OE (inshaAllah) 

bile orang nak ambil gambar die, cepat cepat die tengok camera. tak sampai setahun lagi die nie dah bijak. lagi pulak handsome. alahai. 

latar belakang, dapur rumah makcik OE.

okey next!


[picture taken by me]

satu cincin untuk die (Encik Tunang) dan satu cincin untuk OE. cincin die ibu yang pilihkan dan cincin OE, kakak die yang pilihkan. 

"die tak pernah cerita rasanya pasal tunang dalam blog"

pasal tu, nanti OE cerita dekat entry lain. untuk entry nie, just random picture je. alahai...

dua dua gambar menggunakan tangan OE (saiz jari 13).

"letak saiz jari sebab nak cakap jari die comellah tu"

dan cincin berbatu hitam itu adalah cincin saiz 23 ye. sebab tu 'model' yang pakai tu, letak dekat jari tengah. nasib baik tak letak dekat jari kaki. itupun masih besar lagi. 

anyway, cincin yang OE dapat tu dah nak dekat sama dengan cincin yang OE ada. cuba click sini kalau nak tengok.

okey yang seterusnya!

[picture taken by my sister]

jangan terpedaya dengan gambar yang begitu flawless. ini guna camera 360 android. 

itu adik OE. dah besar dah die. baru masuk asasi UiTM. semalam ibu OE hantar dia. sekarang, selalu je orang macam confuse antara OE dengan dia sebab ada orang cakap muka dia mirip muka OE

sampaikan ada sekali tu, orang panggil OE dengan nama dia sebab orang ingatkan dia. padahal pada hakikatnya memang tak berapa nak sama pun kalau duduk sebelah sebelah. dan dia sebenarnya lagi besar tinggi berbanding akak die nie. 

die kate, die sedih sebab sekarang akak akak die orang dah nak ambik. kesian die...

okey next! yang akhir sekali...


[picture taken by bakal kakak ipar]

yang duduk depan OE tu mak Encik Tunang. yang duduk sebelah OE pakai baju hijau tu, ibu OE. 

time nie semua orang tengah dengar ape yang orang belah sane cakap. tapi OE, berangan sendiri pandang camera. apelah...

perasaan di dalam hati : tak pasti

alahai...

pasal nie, nantilah cerita... okey dahlah tu. panjang sangat dah rasanya. OE nak pergi jenjalan blog orang kejap dan study.

bye... 




OE katakan...
"macam banyak gambar tunang je dalam nie. yelah orang dah ade tunang. bestlah die... ape jelah OE nie. lebih baik buat entry pasal hari tunang tu. saje jelah tu. alahai."

Labels: , ,


12 comment(s)





visit ORKID EDYLIYNE as NOVELIST blog

for more reading, click 'history' or 'future'...
History |




Me, Orkid Edyliyne

Assalamualaikum...


Hello everyone. Selamat datang ke blog 'Orkid Edyliyne as STUDENT' (skemalah pulak OE nie). butang yang ada, kalau nak picit, silalah picit.. manalah tahu nak explore lebih sikit dekat ruang OE nie. okey semua... enjoy for being here and thanks for coming. DO come again...

Story

Mummy

Babies

Links

Blog List





Jom Kita Kawan!




conected to...



boleh like2 jugak





Nota Pemberitahuan

sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya.

kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL!

any novel's review? can visit that blog, okey...


p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^




Big thanks...


Template by : Nur | Izzati
Header Image : Hana
Header Edited : me