OE Tinggi Macam Model?
Sunday, December 16, 2012 @ 4:26 PM
mood : dah hampir nak exam, banyaklah test dan presentationnye. so... berusahalah!
sejak OE aktif berblog balik nie, tetibe OE terjumpa pulak satu orang si cantik manis nie, rupanya kawan sekampung OE
mula mula die tanye OE, orang Johor kah? Johor daerah mana? dan akhir sekali, baru tahu sebenarnya kitorang duduk dekat satu tempat yang sama
dan mungkin kitorang pernah berjumpa, dan mungkin tidak. sebab sebenarnya, muka dia pun familiar pada OE. bila OE tengok first time masuk blog die...
'eh... macam kawan kite...'
"tak payah nak macam budak kecik sangat OE, kawan kite eh....."
'OE tinggi lahhhh.... pakai ape semua mesti cantik je...'
okey sebenarnye macam nie, OE tak adalah tinggi mana pun. nak tinggi macam model, jauhlah sekali. dan tinggi OE nie, dari sekolah menengah dah stop dan tak tinggi lagi dah.
tinggi OE cume 157 cm je
"macam ukur ape je kan OE nie..."
dan kalau nak kata OE nie kurus pun, tak adalah kurus rasanya. pipi OE nie, kadang OE tengok, dah kalah pau daging dah.
cume mungkin ade beberapa perkara yang membuatkan OE nie nampak tinggi dalam gambar sebenarnya...
time sambutan raya dekat USM : OE pakai jubah recycle dengan pashmina kesayangan.
macam gambar nie, OE ikat riben tu kan... mungkin jugak nampak kaki OE panjang dan membuatkan ilusi mata orang yang tengok gambar nie, OE nie tinggi.
padahal, kaki bawah tu, pakai kasut tinggi sampai 3 inci plus plus...
masa pergi majlis kahwin sedara OE : pakai jubah ibu OE, tudung adik OE
dalam gambar nie, tudung tu je mungkin membuatkan OE nampak tinggi.
"ada kena mengena ke?"
tengoklah dekat hujung kaki tu, siap meleret kain tu, macam die pulak yang nak pergi kahwin pakai baju meleret leret nie.
time raya korban 2012 : seluar gedebeh kesayangan, baju buruk kesayangan dan tudung ibu OE belikan. juga ekor lembu, bukan ekor OE...
yang ini pulak, sebab seluar besar gedebeh tu. nampak kaki OE nie panjang dan jugak ilusi orang tengok OE nie tinggi. padahal, ekor lembu tu pun macam dah nak sama panjang dengan OE nie.
adik OE yang pakai baju warna merah tu pun sebenarnya jauh lagi tinggi dari OE, dan adik bongsu OE pun, dah lagi tinggi dari OE
cuma bangganya, OE lagi tinggi dari ibu OE dan kakak OE. alahai...
masa pergi KL hari tu : baju raya dua tahun lepas dengan tudung yang ibu OE belikan.
masa pergi KL hari tu : baju adik OE, tudung adik OE, pipi OE punye
yang ni pulak, sebab OE pakai dress tu. dengan tudung yang macam tu, jadinye, nampaklah OE nie tinggi orangnye.
conclusion-nye, sebenarnya kaki OE je yang panjang membuatkan OE nie nampak tinggi. tapi apa apa pun, OE tetap jugak bersyukur sebab Allah swt bagi OE kaki untuk berjalan.
sampai sini dululah.
until the next entry, bye...
OE katakan... Labels: diri ini, disember 2012, gambar2, kesukaan, rakan blogger for more reading, click 'history' or 'future'... |
Me, Orkid Edyliyne
Mummy Babies Links Blog List Jom Kita Kawan!
conected to... boleh like2 jugak Nota Pemberitahuan
sometimes, blog nie macam tak ada tuan yang empunya sebab tuan yang empunya blog nie, sibuk sikit dengan manuskrip untuk novel seterusnya. kalau nak jenguk blog 'Orkid Edyliyne as NOVELIST', click COMEL! any novel's review? can visit that blog, okey... p/s: doakan OE supaya dapat banyak idea untuk menulis ye... blog itu sudah dibuka, tapi tak full siap lagi. boleh tengok apa yang ada dalamnye. ^^ Big thanks...
Header Image : Hana Header Edited : me |